Assalamualaikum... selamat hari raya aidiladha semua...
Tahun ini buat julung kalinya kami menyambut Aidiladha di Kelantan. Ya, sejak 5 tahun kahwin, belum sekali pun balik Kelantan untuk Aidiladha. Sebab musababnya termasuk banjir, jalan runtuh, cuti habis, dan akhir sekali mertua menunaikan haji. Tahun ini, sama juga.. cuti saya habis, jadinya cuti tanpa gaji la. Mujur saja 1 hari :)
Perjalanan seperti dijangka, jam teruk. Tapi lebih teruk dari balik raya puasa sebelum ini. Raya puasa 12jam perjalanan, kali ni 15jam perjalanan. Husna & Aliff tak begitu meragam dalam kereta, bersyukur sangat. Kali ni saya tak drive langsung, pergi atau balik. Dok saja kat belakang, crochet! haha!!..
:: Husna nak memanjat tingkap @rumah mok cik ::
:: Tertidur on the way ke Kg Jintan, Pasir Mas ::
:: Anak saya jakun tengok angsa/ayam hehe.. ::
:: Ami Tok Cik..::
Ahad dan Isnin kerjanya makan daging korban kat rumah orang (okay 2 rumah aje pun :)). Semuanya lauk daging. Kalau dihidang 10 jenis lauk, 10 tu lah lauk daging : masak singgang, gulai, black pepper, sup, kunyit dan macam-macam lagilah.. Hebat!! =D
Balik semula ke KL hari Selasa pukul 4pagi (walaupun plan asal 3pagi). Perjalanan ke KL Alhamdulillah, 8jam aje. Tapi kat Lipis, entah kenapa aircond tak sejuk pulak. Berhenti beberapa kali untuk check tapi takat check aje pun, bukan pandai repair pun hehe. Dan perjalanan ke KL seterusnya kena bukak tingkap hehe.. Sampai KL lepas rehat-rehat kejap, hantar kereta ke pusat servis untuk check. Dah siap repair pun :)
p/s:: Saya selalu dengar orang kata raya haji di Kelantan meriah berbanding raya puasa. Kenapa saya tak merasai kemeriahannya tu ya?? Dimanakah kemeriahannya tu? kot org kelantan boleh explain sikit...