Friday, 18 February 2011

Potret Keluarga (oleh Husna)

Salam..

Husna melukis malam tadi....

Mula-mula lukis Ummy...
kecik aje..
ooo mungkin Husna tengok ummy dah kurus kot hehe..

Lepas tu lukis Ayah..
sambil lukis Husna kata "badan ayah besaaaarrr.. kaki ayah besaaaarrr.." hehe..

Pastu Husna lukis diri Husna..

Last sekali Husna lukis gambar Aliff...

So inila rupa potret kami sekeluarga.. =D

:: keluarga kami ::

Thursday, 17 February 2011

Egg Tart & Puff Pastry

Salam..

Maulud Nabi baru-baru ni, ada majlis bacaan Yassin dan tahlil + family gathering di rumah mak saya.. saya buat lagi Portugese Egg Tart ni. Saya masih guna ready made puff pastry jenama Kawan tapi kali ni saya guna jenis lain.

Rupa-rupanya ada 2 jenis..

Sebelum ni saya guna Puff Pastry Block yana mana kene roll/gelek/canai dulu then terap. Satu lagi jenis adalah Puff Pastry Square memang dah siap nipis just ambil dan letak kat acuan. Tak perlu roll/gelek/canai dulu. Saya rasa jenis square ni tak dijual kat Carrefour. Saya beli kat Giant. Kat Giant takde jenis block.


:: rupa packaging : kiri - jenis block, kanan -jenis square ::
:: rupa puff pastry: kiri - jenis block, kanan -jenis square ::

Jenis 'square' ni memang la senang. Just ambil 1 piece, letak dalam acuan tart, potong lebihan pastry (kalau nak la..tak potong pun takpe hehe..), cucuk2 base dengan garfu, isi filling 3/4 penuh dan bakar... kalau jenis block tu kene la canai dulu sampai dapat ketebalan yang dikehendaki baru boleh buat semua proses kat atas tu.. 1 lagi, thaw tak perlu lama2 sangat, as long as dah boleh bentuk, ok aje.. kalau tak nanti jadi lembik sangat and melekat2 kat tangan..

:: kali ni guna jenis square ::

Tapi kalau guna jenis ni, kulit pastry nye akan kembang besar sikit la.. (cam tebal sikit) berbanding yang saya buat sebelum ni, memang buat nipis2 so boleh letak banyak filling =D.. Kat bawah ni rupa egg tart yang dah siap...

:: rupa tart guna puff pastry square ::

siap ada rupa jongkong emas CNY aje kan hehe.. husband cakap die lebih suka yang sebelum ni.. kebanyakan feedback famili nak suruh improve rupa tart ni.. okay.. so pasni kene buat kulit die lebih nipis lah.. =D

Maulidur Rasul 2011 -
genap 2 tahun arwah atok tan kembali kerahmatullah.. pada hari yang sama juga rakan sepejabat saya allahyarham Mubin Ahmad Kamal kembali menemui penciptanya...
Al-Fatihah buat mereka..

Sunday, 13 February 2011

My Mini Portugese Egg Tart =D


:: my portugese egg tart ::

Salam..
Dah lama teringin nak buat egg tart ni... Biasanya tak berapa suka egg tart sebab kuat sangat rasa telur tu. Tapi lepas cuba egg tart KFC rasa cam kene kat tekak ku.. so dok cari2 la resipi.. Kebetulan kat Resipi.net baru2 ni resipi ni jadi glemer lak, so mmg aim akan cuba buat. Kali pertama buat Jumaat malam yang lepas. 2nd time hari ni buat..

Saya suka resipi ni sebab mudah.. tak perlu buat puff pastry.. just buat filling je, tak banyak kerja.. =D

Tak google pulak camne cara nak handle puff pastry, so main belasah aje la.. puff pastry beli instant aje kat Carrefour jenama Kawan.

Saya guna tart mould dia. 7cm (kira cam mini tart). Kalau canai nipis, boleh dapat lebih kurang 20 mini egg tart tapi adunan filling kene ganda2 lah. Yang 1st time tu saya canai tebal sikit cam 5mm camtu, jadinye pastry die tebal and dapat isi sikit aje filling tu.. Harini saya buat separuh puff pastry and canai nipis lagi, guna kuning telur 5 biji, dapat 10 mini egg tart. Kurang rasa pastry nye tapi heaven rasa filling nye =D


PORTUGESE EGG TART

Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/722
Resipi sumbangan : skyblue@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 biji )
1 keping Puff Pastry

*Bahan-bahan A - filling*
1/4 cawan Gula Halus
1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
1/4 cawan Whipping Cream
3 biji Telur Kuning
1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara-cara

Panaskan oven, 200ÂșC.
Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan






:: husna dan aliff ::

Saturday, 12 February 2011

Husna & Aliff : Klinik Time

Salam...

Hari ni membuat lawatan ke klinik kanak-kanak. Last pergi klinik rasanya masa Aliff cucuk umur setahun. Kali ni lawatan ni disebabkan Husna yang dok komplen bahagian bawah kat area pipi ke leher tu sakit, pas tu on off demam. Kalau takat demam biasa saya gi klinik biasa aje.. tapi kalau rasa perlu info lebih detail, saya akan pegi klinik kanak-kanak ni.. Klinik ni kat Kota Damansara dekat dgn tol Kota Damansara la..hiway NKVE.

Klinik ni cam dah jadi klinik peribadi dah.. rasa selesa dan puas hati dengan semua2.. Husna pun suka betul bila kata nak gi klinik.. sebab dia tau, nanti lepas check, doktor akan bagi sticker dan vitamin.. =D

Sampai klinik dekat kol 12 tghhari. Malang la kalau sampai lambat camni, konfem lama nak tunggu. Ada dalam 8 orang sebelum kami. Dalam kol 1 lebih gak la baru sampai turn kami..

Disebabkan memang dah jangka lamaaa lagi baru boleh masuk, habiskan masa layandiorang main segala mainan yang ada situ.. memang bingit la dengan suara ramai budak2 ni kat situ...


:: sebelum-sebelum kami ::

:: father and son ::

:: aliff rayyan ::


:: style posing kegemaran aliff ::

:: husna nak berebut mainan ::

:: muka tak puas hati tak dapat apa dihajati ::


:: dah dok buaian aliff tapi still tak puas hati..dok komplen ::

:: ayah pening kepala layan kerenah husna ::

:: relax la ayahh...::



Kami belum cakap sakit apa pun tapi doktor dah cakap, nampak bengkak sikit kat muka husna tu.. Doktor kata kelenjar bengkak sebab jangkitan kuman kat kerongkong dan bukan beguk cam yang kami pikir..

Tunggu punye la lama..jumpa tak lama beno un hehe.. tapi takpe, puas hati =D

Tuesday, 8 February 2011

CNY di Red Land

Salam...

Lately ni bila bertembung dengan rakan-rakan se'Bahagian', masing-masing sure tanya "Bulan ni tak outstation ke?..".. amboi-amboi... jangan le perli saya kekeke..

Semalam baru tulis Aliff takmo jalan.. balik rumah mak semalam, Aliff ada jalan sikit. Tapi kat rumah kami, langsung takmo.. saje nak manja lebih kot nye..

Cuti panjang sempena CNY lepas, kami balik Red Land (Tanah Merah), kampung husband. Bertolak Isnin malam sampai la Sabtu.. Perasaan balik kali ni cam kosong.. cam takde buat apa2 pun, dok rumah aje.. well..selama ni pun camtu gak hehe.. husband hari-hari dari pagi sampai tengah hari dok ulit semua anak angkat dia.. ade 6 semuanya... rindu bebeno kott.. hehehe...

ni le antara anak-anak angkat my husband...
.
.
.



:: lembu..lembu.. untuk dijual haha!! ::


my husband cakap dia nye lembu asalnya ada 7 ekor tapi seekor dah mati.. sebab ape ehh.. rasanya penyakit kuku ke? tak hengat le pulokk.. my FIL yang tolong jaga lembu-lembu ni.. saya pun tak tau berapa total semua lembu derang (my FIL's + BIL's + husband) pasal haku tak tanya pown hehe..

hari-hari Husna mesti tanya mane ayahnye.. seriously, i memang alergik dengan soalan ni okehh.. ada one time tu Husna tanya lagi..

Ummy : "ayah gi tengok lembu dia.. bagi lembu makan.. mandikan.. tidurkan.." (actually dgn perasaan geram sebenarnya)
Husna : "ayak tepuk eh ummy..?" (maksud : ayah tepuk montot lembu tu untuk tidurkan cam tidurkan Husna..kene tepuk punggung hehe..)
Ummy : "hmm.. mungkin kot ayah tepuk...." (tahan gelak aje la.. haha!!)

Husna and Aliff dengan cepat dapat sesuaikan diri. Saya pun agak impress dengan Husna pasal dia boleh paham pulok apa deme cakap pasal kan semua orang kan kecek Klate belake.. Nampak derang pun happy pasal ghama saing ke.. memenuhkan aktiviti dengan main, menjerit2, lari sana sini, masuk parit dan bekerjasama dengan cousins lain menconteng dinding rumah nenek hehe..



:: Husna, Aliff and cousins with nenek ::

Ni kali kedua balik dengan kereta BIL. Kali pertama masa end of July last year masa wedding my SIL. Kali pertama Husna muntah 2-3 kali gak dalam kereta. Kali kedua ni pun sama. Tambah pulak dengan demam, mungkin sebab main kat luar rumah the day before.. tak biasa kann.. kat KL dok rumah atas langit mana ada laman/kene panas hehe.. sooo anak orang bando (bandar)..



:: Husna dipaksa tidur supaya tak mabuk + muntah ::

but already said to husband..ni kali terakhir naik kereta balik Kelantan.. pasni naik flight or back to train like before this.. Ramai cakap this time traffic jam memang teruk.. memang pown kami salah satu mangsa hehe.. 13 hours dok dalam kereta dengan anak yang demam and dok muntah. Errgghh stress nye.. Kalau travel malam, derang ok sebab sejuk and tidur aje tapi husband lak komplen tak berapa boleh nak drive malam.. nak balik siang. Tapi balik siang = Husna asek muntah + Aliff asek buat perangai/mengamuk dalam kereta.

:: Aliff nak dok ceruk tu.. hah lantak laaa.. ::

Takpe... pasni kite beli private jet aje hehe..

Monday, 7 February 2011

Aliff Rayyan : 1 tahun 4 bulan

Assalamualaikum...

4hb lepas Aliff Rayyan dah genap 1 tahun 4 bulan.

Perkembangan? Macam kurang berkembang aje... ish ish ish..
ok.. let me see...

1. Aliff suka duduk kat birai katil/kerusi/tangga.. jenis kaki terjuntai camtu.

2. Berjalan? secara rasmi belum lagi.. aritu dah mula berjalan 13 Januari 2011 masa kat rumah mak. 2 hari je dia jalan. Hari ketiga mak saya dengan tak sabar2nya pegi bawak Aliff urut kaki die. Lepas tu Aliff dah taknak jalan dah sampai sekarang.. tak tau la ada kaitan ke tak ngan kesan urut tu. Pada saya Aliff boleh jalan tapi dia cam takut kalau tak pegang pape. So sekarang kene pimpin atau die pegang la dinding ke, meja ke, kerusi ke untuk jalan..

3. Nampak agak keras hati sikit. Kalau dia tak nak buat, dia takkan buat... Dulu ajar dia tatih, memang dia keraskan badan dia taknak bangun pun. Tatih apetah lagi. Sekarang dia nak jalan berpimpin, kalau nak lepaskan tangan, dengan cepat dia dudukkan diri dia.. Memang kena ikut flow dia la..

4. Sekarang dah macam stop menggigit. Tak taula kalau time nak tumbuh next gigi pulak. Sekarang gigi depan ada 8 (4 atas, 4 bawah) + 2 gigi geraham kiri kanan bawah. Total 10 batang gigi. Sangat tak suka gosok gigi. Kena paksa la sampai mengamuk2 la kat dalam bilik air..

5. Dah makan macam2 gak. Tapi kalau tak perhati dia makan, dia akan polok (sumbat semua sekali dalam mulut). Pastu mula lah cam nak tercekik & muntah balik. Memang menakutkan betul. Kalau kita tengok die makan, elok pulak dia gigit sikit2.. Bertuah betul!!

6. Kalau Husna nangis (Husna kuat cengeng sikit), Aliff selalu panggil "kakak..kakak..".. dengan style nak memujuk camtu..

7. Husna panggil "ummy", Aliff lak ntah bila dok panggil "mama..mama".. aishh.. Husna pun ngikut pulak panggil "mama".. alahh.. tak gemo den

8. Aliff masih fully breastfeed. Walaupun stok dah tak banyak mana, tapi still cukup la sebab Aliff tak kerap sangat menyusu.. suka makan
9. kalau kita sebut "bismillah.." automatik Aliff akan tadah tangan nak baca doa.. kalau duduk kat car seat je pun automatik tadah tangan nak baca doa naik kenderaan.. kita pun lom sempat duduk lagi hehe..

Ermm.. tadi mula2 rasa cam takde perkembangan sangat.. tapi sebenarnya banyak gak ehh.. Nak tulis lagi tapi cam dah terlebih panjang dah..
Kadang2 kita tak beri perhatian perkembangan yang pada kita kecik2 aje.. sedangkan itu mungkin pencapaian yang besar maknanya untuk anak tu..
ya, nampaknya saya yang kurang bersyukur.. alhamdulillah..