Assalamualaikum....
Selamat hari raya semuaaa..
kalau ada salah silap, terkasar bahasa dan perbuatan harap dimaafkan ye..
Dah masuk 2 minggu raya baru nak update blog.
Bulan puasa memang kurang bukak blog pun. Lepas raya, ni la baru bukak blog ni. Sorryla.. blog kawan2 pun saya tak dapat jenguk =D.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Raya tahun ni 8 hari 8 malam saya di Tanah Merah, Kelantan, kampung suami saya. Alhamdulillah 12 jam perjalanan pergi, 9 jam perjalanan balik ke KL lancar dan tiada masalah.
Barang banyak tak hengat, yang banyaknya barang-barang nak buat dan hias kek.
Cerita pasal kek ni, mula-mula saya stress gak pasal kena buat kek & cupcakes ni sebab asalnya saya ingat kena buat satu set cupcakes untuk hantaran kahwin aje. Tengok-tengok ahad malam, seminggu sebelum raya, kaka ipar confirmkan kene buat kek 2 tingkat, cupcakes 2 set hantaran & tat nanas bentuk buah (utk 2 set hantaran juga). Rupanya ada majlis tunang & kahwin sekali, and semua kene buat 2 set..mak aiiii...
Tepuk dahi jugakla.. sebab rasa macam tak sempat nak buat semua2 tu dalam masa singkat. Ditambah pulak persiapan raya langsung tak mula lagi. Biskut raya pun tak siap lagi huhu...
dann helllooo, cuti raya okayy.. nak berehat2 sambil menziarah saudara mara la kan?? tauke2 kek lain semua pun cuti maaa.. hehe..So minggu yg stress tu, 3 hari (isnin - rabu) spend untuk cari & beli barang kek (maklumlah nak dekat raya byk dah takde stok), isnin pas kerja pergi PKNS shah alam cari baju anak (baju mak ayah takde tahun ni..), 2 malam (selasa & rabu) spend buat tat nanas & warnakan. Balik kerja jumaat baru start packing barang/baju, and gerak pukul 2.30 pagi tu. Serius rasa cam kerja gila la.. saya lebih suka plan tersusun kalau nak berjalan jauh2/lama ni.. tak suka kelam kabut macam ni.. Mintak husband tunda satu hari utk siapkan semua dengan tenang, tapi memang tak dapat laaaa kannnn... walaupun bini kelam kabut tak cukup tangan & masa, takde makna la nak kompromi pun...dah namanya balik kampung diee.. huhuu..
Biskut raya terus stop production. so tahun ni sempat buat 2 jenis aje yg banyak, choc chip & snow almond. (biasa2 buat 6-7 jenis ). mazola & makmur buat sebalang aje utk mak. Untuk mak mertua takde, pasal tak sempat nak buat hehe...
Ahad pagi-pagi, saya dan husband ke pekan Tanah Merah, pergi pasar borong untuk beli barang2 keperluan juadah raya, dan stok2 barang dapur yang perlu. Dan husband akhirnya decide untuk cat dinding rumah yang penuh dengan 'hasil kreatif' anak saudaranya Alia Maisara =D. So bekerja keras la husband dan adiknya untuk cat ruang tamu selama 2 hari berturut2 =D.
:: gigih gigih.. ::Tahun ni menu raya adalah... nasi ayam orang KL hehe.. aparaaa, kita balik kelantan nak rasa masakan diorg dok, tapi kita lak kene jadi chef. Malam raya tu buat semua sorang2, rebus ayam 4 ekor tu, masak sup, potong segala tomato. salad timun, perap ayam, buat sambal cili..
Teringat2 kalau raya kat K.selangor malam raya ramai2 gotong royong buat itu ini sampai kol 4-5 pagi baru tidur untuk siapkan juadah raya.. terkilan gak bila tengok masing masuk tidur aje..terkontang kanting ku didapur huhu.. sadis sadis..ni raye ke tak raye wehh!!
Subuh raya mak mertua tolong sekali ngan my husband masak nasi and potong ayam yang dah goreng. Baru ade semangatt!! =D.. Baru le rayee =D
Okla.. layan gambar2 masa raya.. tak banyak snap gambar.. ramai saudara mara yang berkunjung..
:: sempat beli baju anak2 je.. tu pun capai mana yang sesuai aje.. ummy pakai baju raya 3 tahun lepas, ayah pakai baju nikah hahaha!! :: :: haaaa..kan dah comel dinding kat belakang tuu =D :: :: my kids dengan 3 cousins, Danish, Zakir & Alia :: bersambung... (pada bila2 masa rajin hehe...)