Wednesday, 28 July 2010
:: Lunch @ Restoran Cheng Ho ::
Kami amatlah lambat keluar untuk lunch sebab menunggu ex-boss yang tiba2 kene panggil meeting dgn pengarah kanan.. sudahnya almost kol 2 baru keluar ofis.. gile lapar tak hengat.. dah le tak breakfast pagi tu pasal lambat sampai opis.. haihh..
Lunch hari tu kat Restoren Cheng Ho milik Amy Search.. (tapi tak nampak la Amy Search nye..).. owh.. sebelum ni aku pernah dengar nama aje.. ok, sekarang dah jejak kaki =D.. Restoran ni makanan die konsep chinese muslim punya style..
Bos pilih set untuk 10 orang (kami 7 org aje..).. so menu die nasi putih, tomyam seafood (kot), daging black pepper, siakap 3 rasa (kot), tofu dgn oyster sauce, mixed vege, omellete + long bean,red ruby+jackfruit, chinese tea. btw, saya betul2 tak hengat ape nama makanan yg kitorang makan pasal orang lain yg order..so menu tu lebih kurang la camtu la.. nama sebenar tak ingat =D..
Makanan? tak sempat nak snap sebab semua orang cam kebulur aje hehe.. tak ingat nak posing2 bagai..gambar pinggan kosong ade laa =D. Makanan semua sedap2.. licin habih semua pinggan mangkuk.. walaupun chinese style, tomyam & tofu die memang pedas la.. lenkali kalau nak order, mesti order taknak pedas la.. (err.. ada hajat juga ye nak gi balik hehe..)
Restoran ni terletak di Block 3b-15-17g, Belakang Pasaraya Carefour, Seksyen 4, Wangsa Maju.
Friday, 23 July 2010
~~Al-kisah Biskut Raya~~
Bulan puasa dah hampir dekat.. nampaknya sana sini promosi kuih raya dah mula. Dah tu email dari yahoogroup Rnet dah banyak soalan2 resipi berkaitan kuih raya.
Saya belum berfikir nak buat biskut raya apa tahun ni.. err puasa pun belum oiii!!
Saya suka buat sendiri, tak berapa suka beli.. test mana2 resipi yang nampak cun atau banyak review bagus2. Kalau hasilnya memuaskan hati saya and hubby adn Husna pun kata okay, then buat la banyak2 ke..
Sejarah saya start buat kuih raya ni of course la lepas kawin, tahun 2006. Masa tu memang excited nak cuba macam2 resipi, tengok menarik aje..try buat.. dah tu masa tu tak reti pulak nak cut half bahan2 resipi tu.. buat ikut sebijik2 resipi.. so ada yang dapat baaanyaaakk gile sampai dah penat nak terap biskut hehe.. ada yang terbuang je sebab tak jadi.. memang pembaziran ok.. sebab banyak resipi yang hampeh la.. saya tak ingat berapa resipi saya buat tapi baaanyaak laa... =D tak percaya leh tanya hubby saya hehe
Tapi selepas 4 tahun, takkan la saya maintain je perangai tak berapa bijak tu kan?.. of course dah banyak pengajaran yang saya dapat... sekarang saya tak buat banyak2 jenis biskut. Cukupla setakat 3-4 jenis ke tapi yang confirm sedap (pada saya la..).. dan yang pasti banyak biskut coklat laaa.. sebab kami ♥♥♥ coklat hehe =D.
nota: gambar biskut raya tahun 2009 ntah kat mana saya simpan.. kalau jumpa, saya upload later ~~
Thursday, 22 July 2010
Sesi Menambah Kalori : Pot Luck Ofis ♥♥
aiseyman.. hari ni belum wat kerja lagi.. ooppss kantoi lak =D
Lamaaaa tak buat pot luck.. dan akhirnya hari ni ada sesi menambah kalori.. =D
Monday, 19 July 2010
Cuti dah nak habis..tapi...
Sehingga kini cuti dah habis untuk...
4-5 Januari - balik kelantan (2 hari)
26 Januari - EL (1 hari)
9 Februari - EL (1 hari)
3 - 4 Mac - anak2 demam/tak sihat (2 hari)
13 Mei - EL (1 hari)
3 - 4 Jun - prepare Husna nye besday (2 hari)
18 Jun - dragonboat (1 hari)
*EL biasanya sama ada anak2 tak sihat or saya yg tak sihat..
total cuti yang sudah diguna = 10 hari
event akan datang...
29 - 31 Julai - wedding SIL kat kelantan(2 hari) ~ni baru dpt tahu last 2 weeks aje ni..
24 September - wedding my adik kat Lahad Datu (1 hari)
8 - 13 September - raya kat kelantan (3 hari)
7 - 11 Oktober - preparation & wedding my adik kat sini~umah kami (3 hari)
total hari cuti diperlukan = 9 hari
baki cuti yang hanya 5 hari sahaja.. ni belum termasuk mana-mana cuti kecemasan..
Unpaid leave?? banyak wooo nak unpaid sampai 4 hari..
saya bercadang untuk tak apply unpaid leave sebab mungkin unpaid leave diperlukan pada masa2 kecemasan lain..
so camne? wa suda pening wooo.. (@_@)v
Wednesday, 14 July 2010
My Love : Asyrani Husna
:: Husna bace doa makan ::
Asyrani Husna.. 26hb bulan depan dah nak genap 3 tahun.
Banyak Husna dah pandai.. (puji anak sendiri ko.. hmm sape lagi nak puji kalau tak mak die hehe..) taktau nak list camne.. tapi yang paling pandai ialah buat perangai =D. Kadang2 amatlah mencabar kesabaran ummy. Selalu kalau ummy dah hangin, memang ayah akan take over terus.. kalau tak, memang 'kene' la ngan ummy.. adoii..
Sekarang Husna memang amatlah dengki dengan adik Aliff.. selalu kalau ummy tak pandang, mesti Husna pukul Aliff. Tapi kalau tak sakit sangat Aliff selalu takde reaksi..blurr aje muka.. kalau sakit betul baru Aliff nangis.. nasib baik anak bujang ummy ni kuat..
Sekarang Husna suka tiru apa Aliff buat.. kalau Aliff panjat belakang ummy/ayah, Husna pun nak join sekaki, kalau Aliff main mainan, Husna rampas nak main jugak.. memangla kalau Aliff buat nampak comel la..tapi Husna wat mesti kene tegur ngan ummy/ayah.. mesti Husna bengang hehe..
Kadang2 ummy marah Husna.. nanti bila dah ok ok, Husna datang kat ummy tanya "nape ummy marah Husna..?".. alahai.. ummy taktau nak cakap camne.. cian anak ummy ni..
Husna masih maintain tak kasi ummy dok rapat2 ngan ayah. tapi ummy pun maintain suka usik anak ummy ni.. nanti nangis la Husna sebab ummy dok rapat2 ngan ayah.. saje aje..=D
Husna pun masih maintain sangat sensitif kalau tengok tv cerita sedih2 hatta cerita doraemon or ultraman cosmos (altrames komos, husna katalah)
Husna pada ummy dah memang dah petah bercakap.. cuma kadang2 kalau bende pelik2 tak sure jugak apa yg die cakap. tapi overall semua yang keluar dari mulut Husna tu boleh difahami. Pelat tu ade la sikit2..standard arr kan..=D
Doa pun dah boleh ikut sikit2 cam doa naik kenderaan, doa makan, doa tidur..
Tapi yang merisaukan ummy ni, Husna agak kurang berminat dengan buku. Sekejap aje dah bosan.. Nenek pun komplen.. Takpela.. belum lagi kot.. =D
Tupperware Brands Product Fair @ SCC
wah wah wah.. pagi2 dah terima email menggoda duit ku hehe.. ada Product Fair Tupperware kat SUnway Convention Centre nampaknye.. alamak.. 18hb tu ade kenduri lak kat Tanjung Karang.. uish uish.. camno ni.. sempat tak nak ushar2 aje ni.. Sunway Convention Centre ni tak silap aku kat CP3 SunwayPyramid.. jangan Sunway lain sudah..
EVERYONE’s invited to our Product Fair on
18 July,
Sun, 1.30-7.30pm
It’s going to be a day of fun and excitement and a great opportunity
to know Tupperware Brands; touch, see and feel our products, learn about the
opportunities we offer and have an experience of the exciting world of TupperwareBrands!
We’ve got an exciting line-up of activities – lots of fun and games to win great prizes from Tupperware Brands.
Bring a friend along too. Admission is FREE!
For further information, please contact our toll free number at
1300 88 5500 (Malaysia) OR visit our website at
http://www.tupperwarebrands.com.my/
Tuesday, 13 July 2010
Pinjam Buku Secara Online : Q'reazant Enterprise
Q'reazant Enterprise
42-1-1A, Jalan Medan PB2B, Medan PB2,
Pusat Bandar Bangi.
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
43650
contactus@qreazant.com
Opening Hours: Tuesday through Sunday 11.00 am to 7.00 pm
Close on Monday
.................................................................................................................
Artikel di bawah merupakan artikel dari myMetro
SANTAI...ruang membaca disediakan bagi kanak-kanak.
Deretan buku pelbagai genre dan bahasa tersusun kemas di atas rak mengikut susunan abjad nama penulisnya.
Rak buku berkenaan pula dicat dengan pelbagai warna yang menimbulkan suasana ceria dan tenang, sekali gus menepis stigma negatif mengenai kedai buku.
Premis yang menawarkan perkhidmatan pinjaman buku itu bagaikan mini perpustakaan bagi individu yang gemar menjadikan buku sebagai teman dan tempat mencari bahan bacaan.
Bagi pemiliknya, Raja Nazatul Akhma Raja Fuaddin, 28, idea membuka kedai ini tercetus apabila melihat koleksi bukunya semakin banyak dan ruang di rumahnya semakin terhad untuk menempatkan bahan bacaan itu.
Katanya, sejak kecil dia dan adik-beradiknya yang lain diterapkan dengan minat membaca oleh ibu bapa dan hampir setiap bulan pasti ada bahan bacaan baru dibelinya.
"Lama-kelamaan buku semakin banyak dan menimbun sehingga rak buku tidak lagi mampu menampungnya.
"Daripada terperuk 'dihiasi' habuk, saya terfikir ada baiknya jika buku itu dikongsi dengan orang lain dan dari situ tercetus untuk idea untuk membuka kedai ini," katanya yang menjalankan perniagaan bersama adiknya, Raja Ezatul Akhma, 24.
Pada mulanya dia hanya menjalankan servis itu daripada rumahnya, namun apabila jumlah pelanggannya semakin bertambah dia mula berfikir untuk mencari ruang lebih besar dan selesa.
Katanya, sehingga kini dia memiliki hampir 4,000 jenis buku yang merangkumi pelbagai jenis, genre dan bahasa yang mengikut selera pembaca.
Tambahnya, plabagai bahan bacaan, daripada ilmiah hinggalah ringan seperti komik dan majalah boleh didapati di Q'reazant.
Dia berkata, harga kebanyakan buku, terutama yang ditulis oleh penulis antarabangsa, lebih mahal berbanding buku tempatan.
"Sesetengah pembaca kurang berkemampuan mendapatkan bahan bacaan terbabit serta berasakan mungkin tidak berbaloi mengeluarkan belanja besar untuk sebuah buku yang dibaca hanya sekali.
"Justeru, di Q'reazant kami menawarkan pelbagai buku hasil tulisan penulis antarabangsa, termasuk yang menjadi kegemaran pembaca di luar negara," katanya.
Raja Nazatul berkata, setiap bahan bacaan yang ditempatkan di premisnya mendapat permintaan tertinggi pembaca di negara ini.
"Lazimnya setiap dua bulan sekali kami membeli bahan bacaan terbaru sama ada melalui syarikat penerbitan mahupun ketika pameran buku berskala besar.
"Kami hanya memilih bahan bacaan yang menduduki tangga teratas dalam senarai kedai buku terkemuka di negara ini bagi memenuhi cita rasa dan selera pembaca," katanya yang mempunyai memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran), Universiti Putra Malaysia.
Tambahnya, setiap kali 'memborong' buku, dia akan memperuntukkan hampir RM6,000 untuk mendapatkan bahan bacaan yang benar-benar berkualiti.
Sementara itu, Raja Ezatul menolak persepsi masyarakat yang sering melabelkan seseorang yang menggemari buku sebagai ulat buku dan kurang bersosial dengan masyarakat luar.
"Jika dilihat di negara Barat, membaca menjadi budaya mereka, malah kita boleh melihat di mana-mana saja mereka akan membaca jika ada waktu terluang.
"Cuma di negara ini, minat membaca di kalangan masyarakat masih rendah dan dan secara tidak langsung mengundang pandangan skeptikal sesetengah masyarakat kepada individu (gemarkan buku) berkenaan," katanya.
Sejak kedainya beroperasi tiga tahun lalu, sambutan diterima memuaskan dan kebanyakan pelanggannya adalah golongan perempuan berusia 20 hingga 30 tahun.
Lebih menarik, Q'reazant turut menawarkan servis pinjaman buku secara dalam talian dan pelanggan boleh membuat pilihan buku melalui laman webnya.
Katanya, pembaca boleh melanggan pakej disediakan dengan bayaran tertentu secara bulanan dan buku yang dipesan akan dikirim kepada pembaca dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.
"Bayaran dikenakan termasuk kos penghantaran. Kami menjalin kerjasama dengan Pos Malaysia bagi memudahkan proses penghantaran buku yang dipesan.
"Apabila pelanggan mahu memulangkan semula buku, mereka hanya perlu memaklumkan kepada kami dan anggota Pos Malaysia akan terus ke rumah mereka untuk mengambil buku itu. Cukup mudah," katanya.
Bagi pinjaman dalam talian, tiada tempoh masa pinjaman ditetapkan, sebaliknya mereka perlu membayar yuran pinjaman setiap bulan.
Raja Ezatul berkata, bagi pembaca yang meminjam terus daripada kedai, mereka perlu membayar deposit dan sewa bagi setiap buku dipinjam.
"Apabila mereka (pelanggan) memulangkan buku, kami akan mengembalikan semula wang deposit. Had tempoh pinjaman sebuah buku adalah 30 hari. Setiap kelewatan dikenakan caj RM0.50 sehari," katanya.
Selain itu, Q'reazant mengadakan bengkel membina kemahiran komunikasi dan sains untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun pada Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
Katanya, mereka juga mengadakan kelas tuisyen berskala kecil bagi murid sekolah rendah untuk mata pelajaran Matematik, Sains dan bahasa Jepun.
>INFO
> Ditubuhkan sejak 2007 dan terletak di Bandar Baru Bangi
> Memiliki lebih 4,000 jenis buku pelbagai genre dan bahasa
> Pembaca boleh membuat pinjaman secara terus atau menerusi dalam talian (on-line)
> Tempoh pinjaman yang dibuat di kedai adalah 30 hari
> Bagi pembaca yang membuat pinjaman menerusi on-line, tiada had masa ditetapkan
> Untuk keterangan lanjut sila layari www.qreazant.com atau www.facebook.com/qreazant
>PROFIL
NAMA: Raja Nazatul Akhma Raja Fuaddin
UMUR: 28 tahun
ASAL: Bangi, Selangor
ADIK-BERADIK: Kedua daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Kejuruteraan (Rekabentuk Industri), Universiti Takushoku, Jepun dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran), Universiti Putra Malaysia
>PROFIL
NAMA: Raja Ezatul Akhma Raja Fuaddin
UMUR: 24 tahun
ASAL: Bangi, Selangor
ADIK-BERADIK: Bongsu daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Perniagaan (Sumber Manusia), Universiti LaTrobe, Australia
Monday, 12 July 2010
Gembira :: Sedih :: Bengang
Beberapa hari lepas, tiba-tiba hubby bersuara
"Kak Dah nak kawin 29 Julai ni.."
dan aku.. "What?? Kak Dah nak kawin?? Sure ke ni??"
dan bermacam-macam lagi soalan yang dikeluarkan.. yup berita ni berita gembira..but terkejut gak sebab selama ni aku selalu dengar dia kata tak nak kawin..tuptup.. nak kawin dah..end of this month pulak tu.. iaitu just another 2 weeks to go.. oh ho..
Kak Dah is my eldest SIL. adik beradik die semuanya dah berkeluarga (5 org) except adik lelaki yg bongsu (25 y.o.).
~Aku and famili doakan semoga berbahagia sehingga ke akhirnya..
:: Sedih ::
Sehingga hari ini..12 Julai 2010.. aku masih gagal menjumpai kamera aku..
ya, walaupun kamera tu kira dah out dated sekarang but aku sangat sayang ngan kamera ku itu..
ohh sedihnya.. dah carik merata tempat..
aku suspek sama ada tercicir kat site masa berjalan2 tu or tertinggal kat site opis and somebody 'terambil' or whatever laa..
Masih berdoa, kalaulah ade org 'terambil' atau terjumpa, Allah lembutkan hati die utk pulangkan.. amiinn..
::Bengang::
Semalam Ahad 11/7, semua 7 blok apartment 17 tingkat, takde air..
awal pagi ada lagi.. pastu dah takde..
mujur le rumah mak dekat, leh tumpang.. dah boring melepak2 situ, we decided untuk gi jenjalan IKEA..
aku tengok ramai yg turun swimming pool untuk mandi.. petang sikit aku tengok paip bomba orang dah bukak untk ambil air..
pak guard kata ada org curi meter kat paip masuk.. jiran aku pulak kata dia call Syabas and diorg kata management tak bayar.. hampeh..
tapi yg tak best, fasa 1 (4 blok) aje yg under management. Kami fasa 2 yang another 3 blok tu meter air asing2.. tapi tak pasal2 terlibat sekali.. memang dasar hampeh.. 24jam takde air
So aku, Husna dan Aliff bermalam kat umah mak. Hubby bawak balik bekal air seadanya tido rumah kitorang sebab nak tengok WC ler..
And pagi tadi hubby called kata air dah ada kol 5 pagi tadi.. syukur..
nota: gambar takde sebab kamera hilang :'(
Wednesday, 7 July 2010
Aliff Rayyan : 9 bulan
Pada usia 9 bulan ni..
1. Aliff dah ada 5 batang gigi. 2 batang gigi bawah mmg dah ada, baru tumbuh 3 batang gigi atas (tapi lom kuar sepenuhnya)..patutla demam sikit arituh .. 3 batang sekali kuar..
cian Aliff
2. Aliff rimas kalau orang cium die lama2 ke..peluk kuat2 ke.. kalau cium lama2 nanti die tolak muka kita ngan tangan die.. kadang2 siap cakar lagi.. amboii
::Aliff suka mamamm::
4. Suka paut pada kerusi/sofa/tiang meja makan. kadang2 berjaya berdiri jugak sambil pegang apa2.. kalau berdiri kat sofa tu die meniti sikit2 kekiri/kekanan..
::Aliff sangat suka kereta sorong ni::
5. Kalau ade iklan Tom Tom Bak or rancangan tu sendiri, Aliff akan terpaku aje tengok tv. Kalau tengah nyusu pun boleh stop dulu tengok iklan Tom Tom Bak sampai abis then sambung balik..
6. Kalau Aliff poopoo (tengah2 malam), nanti die akan pergi kat ummy pastu die panjat kat badan ummy. Ummy tau la die bukan nak nyusu tapi kene tukar CD sbb poopoo.
::Aliff suka tarik rambut kakak sampai kakak nangis =D::
8. Tetap menjadi kesayangan ummy, ayah dan kakak Husna.. we love u=D
Monday, 5 July 2010
Hari pertama~~
hari pertama lambat pulak. lambat and lapar pulak tu. igt nak kuar balik carik mknn but konfem kereta tak leh start.. *sigh*. so na taknak kol 12tgh hari baru breakfast cum lunch.
1st lunch di site arini gi aji-don alley kat hartamas shopping centre.
kat ground floor ade jualan buku. mmg best tapi tak sempat nak round lama2. diskaun 30%-90%. ade jugak jual 3buku rm10 cun kan?? :D
aku rembat buku 'Heavenly Brownies', rm10.45 aje.. beli aje,buatnye lom tentu bile hehe..
Friday, 2 July 2010
7 superfoods to boost any kid's diet
"Superfoods" are packed full of nutrients that have wide-ranging health benefits. Some critics think it's misguided to focus on only a handful of healthy foods, but nobody argues that these foods pack a powerful nutritional punch.
Bottom line? Even if you can only wrangle one of these onto your kid's plate, you're doing good — and you may initiate a food habit that will help your child's health throughout her life.
1. Avocado
The only vegetable laced with monounsaturated "good" fats that may lower "bad" LDL cholesterol that can harm the heart, avocado is also a super source of soluble fiber, which helps stabilize blood sugar. And it's full of vitamin E, which protects your cells from free radicals.
"Try mashing avocado with a little lime or lemon juice and yogurt and using it on quesadillas or tacos — or as a dip for raw vegetables," suggests Jessica Seinfeld.
2. Blueberries
Loaded with vitamins, minerals, and antioxidants — substances that slow the body's release of chemicals that can damage cells — blueberries can help lower cholesterol, sharpen memory, and fight certain cancers. These little fruits offer big health benefits, whether fresh or frozen.
"I make a purple puree filled with blueberries and spinach that I add to tacos, burgers, pancakes, cookies, and brownies," says Missy Chase Lapine. "Wild, organic, frozen blueberries are one of the most versatile nutrient-rich foods you can disguise in dishes."
3. Oats
These mild-tasting, versatile whole grains help prevent blood sugar spikes and crashes, will keep your child feeling full, and aid in escorting bad cholesterol out of the body.
"Serve oatmeal for breakfast," says Chase Lapine. "The old-fashioned rolled oats, not the quick-cooking kind — they offer more fiber and longer-lasting energy. Cook them in milk, rather than water, and top with blueberries for a well-balanced start to the day."
4. Salmon
This cold-water fish contains healthful fats known as omega-3s that can lower the risk of heart disease. These nutrients may also help improve mood and prevent memory loss.
"Make your own fish fingers," recommends Jennifer Iserloh. "Choose wild salmon to reduce your child's exposure to toxic substances such as PCBs and mercury. Adults enjoy these lightly crumbed strips too."
5. Spinach
An excellent source of iron, calcium, and folic acid, along with vitamins A and C, spinach is great for growing bones and brains.
"This versatile vegetable has a mild flavor and cooks in a flash," notes Iserloh. "Stir it into hot soups, toss it into your tomato sauce, and tuck it into quesadillas."
6. Sweet Potatoes
Packed with vitamins B, C, and E, plus calcium, potassium, and iron, sweet potatoes are also rich in complex carbohydrates and fiber, which keeps digestion moving along properly.
"Sweet potatoes are good at preventing a sugar crash, thanks to those complex carbs," says Chase Lapine. "They also add a subtle sweetness to sneaky recipes and work hard to cut the acidity of tomato that some kids dislike in pasta sauces."
7. Yogurt
Rich in calcium and a good source of protein, yogurt helps build strong bones and teeth. It also aids in digestion and fights bad bacteria in the gut.
"Buy plain low-fat yogurt and add your own fresh or frozen fruit to it," recommends Iserloh. "That way, you'll avoid the sugar that's in flavored yogurts. It's so creamy and comforting that most kids go for it."
...........................................
artikel diambil dari babycenter
Thursday, 1 July 2010
Engkau Terbaik Untukku
Ya, saya ni masih kurang ilmu.. masih banyak ilmu di dunia ni yg belum diterokai.. masih seorang pelajar sampai bila-bila..
Saya seorang isteri kepada seorang lelaki yang cukup baik. Tapi ya la.. dia manusia biasa yang ada kelebihan dan kekurangan. Saya akui saya pun bukanlah baik sangat dan tak perfect langsung hehe.. Kadang-kadang amat hampeh hehe..
Saya masih lagi belajar dan berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk hubby saya (mungkin juga bukan terbaik utk org lain)...
Sebagai dua insan yang dibesarkan dengan cara yang berbeza, persekitaran yang berbeza, pendidikan yang berbeza, selalu aje kelihatan cacat cela/kekurangan pasangan sedangkan kebaikan yang ada sebenarnya lebih banyak.. kadang-kadang tak puas hati, kadang-kadang menjeruk rasa..
Namun begitu, kalau diberi pilihan untuk memilih lelaki lain untuk menggantikan suami saya, saya akan memilih untuk kekal bersamanya..
kerana suamiku.. Engkau Terbaik Untukku
*artikel ni saya ambil dari blog Ummu Husna
" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sibyl, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.
"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.
"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.
"Alamak Sibyl, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba. "Why?"Sibyl tertanya-tanya.
"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sibyl menyambut dengan ketawa.
Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.
SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
" Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Jumpa lagi, Insya Allah.
10 Rabi'ulakhir 1430
6 April 2009.