Thursday, 1 July 2010

Engkau Terbaik Untukku

Antara blog yang saya suka lawat adalah blog Ummu Husna. Banyak artikel yang ditulis memang kadang-kadang terkena batang hidung sendiri.. =D..

Ya, saya ni masih kurang ilmu.. masih banyak ilmu di dunia ni yg belum diterokai.. masih seorang pelajar sampai bila-bila..

.............................................................................

Saya seorang isteri kepada seorang lelaki yang cukup baik. Tapi ya la.. dia manusia biasa yang ada kelebihan dan kekurangan. Saya akui saya pun bukanlah baik sangat dan tak perfect langsung hehe.. Kadang-kadang amat hampeh hehe..

Saya masih lagi belajar dan berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk hubby saya (mungkin juga bukan terbaik utk org lain)...

Sebagai dua insan yang dibesarkan dengan cara yang berbeza, persekitaran yang berbeza, pendidikan yang berbeza, selalu aje kelihatan cacat cela/kekurangan pasangan sedangkan kebaikan yang ada sebenarnya lebih banyak.. kadang-kadang tak puas hati, kadang-kadang menjeruk rasa..

Namun begitu, kalau diberi pilihan untuk memilih lelaki lain untuk menggantikan suami saya, saya akan memilih untuk kekal bersamanya..

kerana suamiku.. Engkau Terbaik Untukku


*artikel ni saya ambil dari blog Ummu Husna

............................................................................................

" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sibyl, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.

"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.

"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.

"Alamak Sibyl, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba. "Why?"Sibyl tertanya-tanya.

"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sibyl menyambut dengan ketawa.

Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.


SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG

" Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU


" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, Insya Allah.

10 Rabi'ulakhir 1430

6 April 2009.

4 comments:

  1. suka entry ni..
    btul la kan..kdg2 kita isteri ni pun byk kurangnya. antara kita sedar tak sedar.bukan senang nak jd isteri sebenarnya kan..
    tapi,kasih suami aka ayah ni,besar nilainya..
    kalu le,memang nak kekal ke akhir hayat biar pun susah senang dugaan menimpa.amin...

    ReplyDelete
  2. betul tu ashra..
    jadi suami/isteri bukan setakat selesai majlis kawin aje.. pengisian dlm perkahwinan tu yg penting.. kadang2 kita tak pasti apa matlamat kita berkahwin dan tak tahu apa sebenarnya tanggungjawab isteri/suami.

    sama2la berdoa untuk kesejahteraan rumahtangga kita ye.. semoga bahagia & kekal dunia dan akhirat..♥♥

    ReplyDelete
  3. liza, ayu sangat tersentuh...

    boleh ayu copy paste di FB ayu..

    ReplyDelete
  4. ayu,
    sure.. saya pun copy dr blog ummu husna ni.. penulisan die banyak isu2 wanita..memang best =D

    ReplyDelete