Friday 19 March 2010

:: Demam Kuning / Jaundis ::

Ok.. harini cerita pasal Jaundis/demam kuning.. still related dgn BF..(lagi?? *sigh)=D..

Melalui beberapa bahan bacaan aku..

50% baby yg lahir cukup bulan akan kene jaundis dan berlanjutan sehingga 14hari.
80% baby pramatang akan kene jaundis dan mungkin mencapai sehingga 2bulan.

so nampak cam normal kan? tapi bukanlah bermaksud boleh ambil ringan yer..

Asyrani Husna dan Aliff Rayyan. Kedua-duanya kena demam kuning/jaundis masa awal2 kelahirannya. Tapi Aliff paling lama.. lebih 2 minggu jugak. Keadaan lebih sukar disebabkan Aliff ni sleepy baby. Berdasarkan apa yg aku pernah baca, memang jaundis menyebabkan baby tend to sleep all day dan baby yg sleep all day mmg akan develop jaundis sebab diorg akan kurang BF.

Boleh tengok gambar2 diorg ni

::Asyrani Husna~nampak tak kuningnya?tengok mata die::

::Aliff Rayyan~mmg ketara kuning::


Biasanya untuk ibu2 yg BF, kalau baby kene jaundis, disarankan untuk menyusukan bayi dengan kerap setiap 2 jam. Kalau baby baru hisap sikit dah tertidur,kena kejutkan jugak untuk BF. Ada banyak cara untuk kejut baby..contohnya cuit dagu die masa terlelap tu, urut2 badan die slow..but yang paling berkesan utk Aliff ialah dengan tanggalkan baju die, kira apakai diaper aje..(cara lain tak lut =D).

Memang adalah sangat best kalau baby tido lama2 kalau masa pantang kan.. sebab ibunya sangat busy dengan nak berurut,bengkung,berbedak, param, tungku bla..bla..jadi sangat penat and nak rehat lebih..biasanya kalau baby tido, mesti rasa ohh bestnyaa...(hahaha..ni aku pon sama hehe..)

Tapi actually ini adalah antara kesilapan yg berlaku. Adalah sangat penting untuk bayi kerap menyusu supaya bayi dapat buang air besar dan kecil dengan kerap. Susuibu tu sejenis laxative (betul ke aku eja ni..), yg buatkan baby mudah buang air besar. Bila semua bende2 tu dibuang dengan kerap, najis bayi yg warna hijau kehitaman (mekomium) tu dapat dikeluarkan dengan cepat yang membolehkan jaundis tu cepat surut. Mekomium tu kalau masih terkumpul dalam badan baby, meningkatkan paras bilirubin dalam darah yang meningkatkan risiko baby dapat jaundis (err..aku memang malas tulis ayat teknikal haha). Untuk pengetahuan, najis BF babies adalah warna kuning mustard. (Najis Aliff pun masih maintain cantu =D).

Lagi satu yang perlu dibuat adalah 'jemur baby'.

Masa bersalin Aliff, doktor siap pesan utk 'jemur' baby waktu pagi (kol 8-10am). Masa tu pulak musim tak panas..pagi2 mendung ajer..boleh kata dalam seminggu dapat jemur sekali ajer tu pun sekejap hish..

Jemur bukan direct yer cam jemur baju/sunbathing haha..tu salah!!. (Ada tau membe aku buat camni..kesian baby die habih sunburn..). Cukup sekadar letak baby kat area yg cahayanya masuk cam porch, dalam bilik dekat dgn tingkap pun takpe janji memang kene. Dahtu baby hanya pakai diaper..bukan pakai baju cantik2 siap bedung yer..(err..yg ni aku yg buat masa Husna,takde ilmu masa tu..) kita nak kenakan cahaya tu direct pada kulit die. kalau treatment kat hospital pun diorg letak bawah lampu biru tu, baby mana ada pakai baju kan? =D

Ada beberapa jenis jaundis. Ada jaundis fisiologi, jaundis phatologic dan ada salah satu disebut jaundis disebabkan BF. Kalau jaundis jenis BF ni, tidak berbahaya dan teruskan sahaja dengan penyusuan. Ibu2 should elak dari makan apa2 jamu/herba (selain ubat yg dibekalkan doktor) sebab kadang2 dipercayai ada efek jugak kat baby. Jangan risau, bila baby dah besar sikit (let say few weeks, boleh start makan jamu tu..).

Betul nak kene jaga badan bagi mantop balik la ketat sana sini la..takut suami cari lain la.. bla bla bla.. but time pantang adalah kritikal untuk bayi. Apa2 pun ibu2 should decide yang mana lagi penting : nak cantik cepat ke kesihatan bayi...=D. Ada banyak masa untuk cantik... kalau ada suami yang tak memahami tu..ermm..pada aku tak layak jadi suami/bapa.. sorry laa..

la la la la.....

4 comments:

  1. Lawa blog. Anis dan Aisyah kena hampir 2 bulan, pro-long jaundice. Seksa sebab lepas bersalin dedua kena admit hampir 10 hari, yg teruk Anis masuk NICU hampir 8 hari.

    ReplyDelete
  2. mekasih kak azrina..

    huih lama nye jaundis yer.. kawan saya yg pro-longed jaundice ni chinese. kot-kot ikut etnik ker.. melayu pun ada yer =D.

    kalau saya kene admit nangis ler..2 minggu pun tak tahan rasanya =D

    ReplyDelete
  3. Ni bukan dah nageh dah...dah jadi fed up. 2 hari sekali pi amek darah sampai mamanya nageh. Pastu admit wad, sehari 4 kali amik darah sampai lebam2 si Anis dah tu pramatang. Sampai kaki pon dia cari urat tak jumpa. Memang dia nageh gila2 sbb sakit sampai berat turun 1.8kg. Nageh dah takde airmata dah liza sampai pikir takmo beranak dah.

    ReplyDelete
  4. itula.. kalau la boleh tukar sakit tu kat kita, mesti nak jadi galang ganti.. itula ibu kan..

    saya tak sanggup nak tengok anak saya kene cucuk pun utk imunisasi walhal die ok je tak nangis. ambik darah memang lagi laa tak sanggup tengok..
    kesian yer anis..

    ReplyDelete