Friday, 13 February 2015

Perginya Seorang Tokoh Menemui PenciptaNya ~ Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Dalam Kenangan



Assalamualaikum..

Terasa masih sebak sejak mendengar berita pemergian seorang tokoh besar agama dan politik negara kita, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat..


Seakan-akan sukar untuk percaya. Tapi setelah membaca berita dari media arus perdana dan FB anakanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, ialah hakikat yang terpaksa kita terima..
Kembalinya seorang tokoh sanjungan semua menghadap Ilahi..


Walaupun tak pernah bersua muka, tapi ketokohan beliau sentiasa memberi aspirasi kepada saya. Kerendahan hati beliau sungguh sentiasa menyedarkan hakikat bahawa siapa pun kita ini di mata manusia, tapi kita tetap hanya seorang hamba..

Kembalinya beliau dijemput PenciptaNya pada malam Jumaat penuh berkah.. Dikunjungi lautan manusia dari pelbagai kaum dan agama.. pelbagai pegangan politik, sahabat dan lawan..
Bukti mulianya peribadinya..
 







   






Perginya ditangisi setiap jiwa, in syaa Allah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akan berada dalam kalangan solihin.. 

Tenanglah damailah engkau di sana...



No comments:

Post a Comment