Skip to main content

Hari Guru 2014 : Hadiah untuk Cikgu

Assalamualaikum...

Hari ni 16 Mei 2014.. Hari Guru..

Husna dan Aliff akan meraikan guru-guru mereka hari ini..

Semalam dok fikir dan google pinterest idea-idea untuk gift cikgu.  Banyak gak yang menarik walaupun simple je.. Tapi pening gak nak pilih mana satu.. Nak pulak bila minta pendapat member, buka cerita cikgu adiknya siap pesan awal-awal taknak hadiah pen, cawan dan apa lagi entah.. sebab kononnya dah banyak dapat. Hadiah lain ok tapi kalau nak bagi pen ke, takyah bagi hadiah pun takpe/lagi baik.. 

Aikk menyirap gak darah tiba-tiba.. teremosi pulak.. Rasanya tak kisah la kalau murid tu sekadar mampu nak beri pen ke cawan ke... mungkin tu aje pun yang termampu disediakan oleh parents tu.. Kalau siap demand, emmmm tak sesuwaii...

Sudahnya member kata, masa hari guru tu adiknya taknak pergi sekolah..


Sebagai ibu, perasaan saya adalah untuk beri anak saya rasa keterujaan untuk memberi sesuatu atau hadiah kepada seseorang yang lain terutamanya kepada orang-orang yang dia hormati atau sayangi. Jadi pada perasaan seorang anak kecil, tentu tak tahu nilai mahal murah sesuatu benda yang nak diberi. Janji ada hadiah yang dia boleh beri, walaupun sekadar sekeping kertas yang dilukis/warna, dia akan rasa sangat-sangat happy.  Sebab pada mereka, itu adalah sesuatu yang besar (rasa dihargai)..  

Saya berharap, cikgu-cikgu anak-anak saya tidakla berfikiran 'sempit' begitu.. insyaAllah tak semua guru camtu.. :D

Sebab saya pun sediakan gift yang simple aje. Tak besar & tak berat so anak-anak saya yang masih kecil tu boleh bawa ke sekolah.

Tahun ni saya sediakan 21 gift untuk 21 cikgu Husna dan Aliff.. Ada yang beri pendapat bagi pada guru kelas aje.. tapi since kemungkinan besar tahun ni je Husna dan Aliff akan bersekolah di sekolah sedia ada masing-masing (tahun depan tukar sekolah), so takpelah sediakan untuk semua cikgu yang mengajar mereka.

Jadi, ini la hadiah yang saya sediakan. Frame gambar dengan kad ucapan. Simple aje kan? :D.

Hadiah Hari Guru 2014 - Selamat Hari Guru


Ideanya memandangkan frame ni boleh letak gambar dikedua belah depan-belakang, cikgu-cikgu boleh letak gambar keluarga ke kat meja guru dan biarkan kad ucapan tu dibelakang.  Tapi kalau nak letak gambar di kedua-dua belah pun takpe. Kad tu boleh dikeluarkan untuk disimpan berasingan.

Aliff bersemangat nak bantu Ummy sediakan hadiah hari guru.. Husna sampai rumah terus tidur.. ngantuk sangat barangkali..

21 hadiah hari guru 2014 untuk cikgu-cikgu Husna & Aliff

Ni untuk guru kelas aje.. Cikgu Rosnani & Ustazah Ayu.  Tambahannya Surah Yassin dengan fabric cover. Pun DIY :)


Biru & Hijau warna untuk cikgu-cikgu Aliff

Kuning Pic warna untuk cikgu-cikgu Husna


Semalam lunch hour rush pergi Ikea beli frames ini.. Barang-barang lain dah memang ada di rumah.. Ingatkan nak buat warna-warni tapi rupanya stok kertas warna yang ada kat rumah hanya beberapa warna aje.. Sampai rumah hampir pukul 10malam, terus mulakan projek ni.. sampaila hampir pukul 1 pagi..

Memborong di Ikea.. kalau buat doorgift wedding pun ok ni


##################

Selamat hari guru buat guru-guru yang pernah mengajar saya dari dahulu hingga kini..serta buat semua insan yang pernah menyampaikan ilmu kepada saya walaupun bukan tugas hakiki sebagai guru..

Untuk guru-guru sekolah juga :
Tadika Kemas Taman Dato' Harun
SRK (1) Taman Dato' Harun
SRK (1) Assunta
SRA Taman Dato' Harun
SM (P) Sri Aman
MRSM Jasin (Tun Ghafar Baba)
UTM Skudai
UiTM Shah Alam - Kelas Bahasa Korea



Untuk cikgu-cikgu kelas bukan akademik :)
Bagus Shah Alam - Kelas Basic Deco Buttercream
Chef Asma - Kelas Kuih Talam
Loveliana Cakes - Kelas Cake Decoration
ICCA Kota Damansara - Kelas Cakes Baking
Chetam - Kelas Coklat
Lynn Hassan - Kelas Kek
Kak Faridah - Kelas Tat Nanas Bentuk Buah
Kak Nomie (Piqa Bakery) - Kelas Macaron
Mamazieza - Kelas Roti

Untuk mentor-mentor motivasi/bisnes dan bisnes Shaklee
Dr. Azizan Osman
Presidential Master Shareeza
Master Firdaus & Master Maria
Mummy Kam Haryatie & Daddy Kaulat
Tuan Zuhairi Nopiah

Penulis-penulis buku motivasi, penceramah-penceramah agama dan motivasi dll
 

Comments

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …