Monday, 7 January 2013

Persediaan bersalin : checklist beg hospital



Salam Isnin.. :)

Hari ni kandungan berusia 37minggu 1 hari.. belum bersalin.. 
Kalau ikutkan masa camni Husna & Aliff dah selamat dilahirkan.. so bila yg 3rd ni rasa lambat la pulak :)
Husna dan Aliff pun hari2 dok tanya "bila baby nak keluar..", "lambatnye baby kuar".. hmmm

Alhamdulillah.. pam Medela Harmony yang sebelum ni hilang dah selamat dijumpai dalam salah satu beg dalam 'stor' hehe.. syukur, selamat rm269 ku hihiii...

blur sikit masa listkan barang2 untuk persediaan bersalin ni..haihh padahal ni dah anak ke-3 ni hehe.. masa Aliff dulu ade tulis checklist dlm diari.. ditambah baik dengan kemudahan pakcik google.. jumpa baanyak checklist dr mommies semua..

sebelum2 ni saya tak bersalin di hospital gomen so kebanyakan barang macam set mandian, towel, baju + kain dah ade dlm pakej bersalin.. kali ni nak cuba di gomen lak.. tak berapa pasti apa yg disediakan/tak disediakan..

Maklumat dr web HUKM :

Keperluan Asas Semasa Kemasukan Pesakit Ke Wad
  1.     Sepasang baju dan seluar
  2.     Tuala besar
  3.     Tuala kecil
  4.     Berus gigi & ubat gigi
  5.     Sabun mandi
  6.     Sikat
  7.     Bedak
  8.     Cawan
  9.     Termos flask / bekas air
  10.     Sepasang selipar
Pengunaan Alatan Di Bawah Adalah Dilarang
  1.     Telefon Bimbit
  2.     Kerusi Malas
  3.     Peralatan Elektrik (TV, radio, "charger" telefon bimbit)
  4.     Tindakan akan diambil sekiranya anda melanggar peraturan.
Pesakit Tidak Dibenarkan
  1.     Keluar dari wad tanpa kebenaran Jururawat yang bertugas.
  2.     Menggunakan sinki dan tisu yang terdapat di wad. Sinki dan tisu adalah untuk kakitangan wad  sahaja. (so kena bawa tisu sendiri la kan.. kalau nak la..)
  3.     Membawa makanan dari luar / rumah tanpa keizinan dari jururawat yang bertugas dan sekiranya kebenaran diberi, bekas makanan mestilah dicuci di rumah. Sisa makanan hendaklah dibuang dalam tong sampah. Jangan sekali-kali menbuang ke dalam singki.
  4.     Membawa wang dalam jumlah yang banyak serta jangan memakai barang kemas semasa berada di dalam wad. Kakitangan PPUKM tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan
Dari pelbagai sumber :

Documentation:
  1. Buku pink
  2. Guarantee Letter (GL) - utk yg keje gomen
  3. Kad pengenalan

Ibu :
  1. T-shirt longgar/ ade butang kat depan
  2. Stoking
  3. Kain batik
  4. Sweater
  5. Set mandian (towel, sabun, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, syampu, sikat, bedak etc)
  6. Tuala wanita (utk materniti / heavy flow/ night)
  7. Selipar
  8. Seluar dalam banyak2 sikit (pakai buang pun ok tp saya pernah beli masa bersalin Aliff, tak muat kat bhgn peha hehe..gemuks)
  9. Nursing bra
  10. Tudung
  11. Breastpump manual + botol

Baby:
  1. set baju + mitten + booties (saya suka jenis one suit tu je / long romper takyah bawak mitten/booties segala)
  2. diaper
  3. bedung / selimut hooded

:: rasa-rasa dah complete ni ::
Ni je yang macam sesuai nak letak dlm beg hospital tu.. takde la rasa nak bawak banyak2 kot.. hmm entahla.. perlu ke bawak berpasang2? Baju2 untuk ibu/baby ni just 1 pasang aje kan?? (untuk pakai  masa keluar hospital)

update : 
baju baby + diaper kena bawak berpasang2 ikut bilangan hari kita kat wad. diorg takde uniform spital cam mommies :)


10 comments:

  1. liza, waaaaa.. nak bersalin dah.. semoga dipermudahkan semuanya.. nnt update ye,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ninie hehe.. cam tak percaya eh :)
      terima kasih.. moga dipermudahkan amiin..

      Delete
  2. Tisu x bole guna? Pelik plak.....lain spital....lain servisnya kut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..
      maybe kot.. tp masa anak admit kat PPUM dulu pun diorg tak bagi guna sinki & tisu kat wad. hanya utk kakitangan hospital aje..

      Delete
  3. hehehe.sdpnya duduk dlm umi ye
    kakak abg da x sbr da tu

    moga dmudahkan ye
    cecepat update tau da bsalin nti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kakak n abg memang tak sabar dah tu.. :)

      amiinn moga dipermudahkan.. insyaAllah will update..
      tq ashra :)

      Delete
  4. pelik jugak ek hosp ni, siap tak bagi guna tisu. Hp pun xleh bawak? ala cane nak update2, amik gamba baby bagai..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah eh.. tu info dr web diorg tu..
      hp tu jarang la org tak bawak. dah jadi macam wajib ada.
      maybe diorg takut hilang n dipersalahkan kot.. :)

      Delete
  5. layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

    hamper barangan bayi pada harga berpatutan..utk diri sendiri @hadiahkan kpd kenalan..

    maaf tumpang iklan

    (alat senaman utk kempiskan perut pun ada dijual..kegunaan lps besalin nti..kurus kembali)

    ReplyDelete