Skip to main content

Breastfeeding + Working Mom = Kesilapan paling besar saya

Ya, kesilapan ni saya yang buat sendiri..

Kesilapan paling besar yang saya buat = Tidak menggunakan stok frozen..

Apa yang terjadi? Dulu saya sebut untuk prepare stok banyak2 kan? Ituler pasal...
Silap diri sendiri sebab bertekad untuk hanya beri fresh EBM pada baby. Fresh EBM paling banyak khasiatnya.. Frozen EBM akan berkurang khasiatnya disebabkan proses frozen tu bla bla bla... ni rasanya semua orang dah arif.. 

Memang kebanyakan akan cadang lebihkan stok fresh EBM berbanding frozen EBM bila bekalkan kat pengasuh. Betul! memang betul ni.. takde yang salah pun. Ni memang cara terbaik supaya anak dapat khasiat optimum dari susu ibu..

So ni la yang saya buat pun.. 

Tapi saya terlupa/terlepas pandang.. Masa baby masih kecil (belum capai umur 1 tahun), memang susu meriah ya amat.. sekali pam boleh dapat 3 botol sekaligus tuu.. TETAPI makin lama makin kurang susu yang dihasilkan.. Terutama untuk ibu-ibu bekerja. Ok fine, tak semua akan lalui pengurangan susu secara drastik BUT benda ni happened somewhere to somebody macam saya hehe... Pengurangan hasil EBM ni mungkin disebabkan; 

  1. datang haid, 
  2. tekanan kerja, 
  3. kesibukan bekerja sampai ter'skip' jadual memerah, 
  4. outstation berhari2 dan takde rangsangan natural dari bayi, 
  5. anak dah kurang minat nak menyusu sebab dah start ambil solid food/lebih suka bermain 
  6. dannn akhir skali si ibu menjadi 'kurang rajin' nak memerah terutama bila anak dah besar sikit...

So ni pun yang terjadi kat saya termasuk jadi 'kurang rajin' tu hehe....

Sudahnya, fresh EBM yang diperah akhirnya jadi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ngam-ngam aje untuk bekal Aliff hari-hari.. Bila dok bekal fresh EBM, frozen EBM yang disimpan tu pun jadi expired.. tak leh guna lagi daa.... nganga aje la... tu laaa..selama ni dok abaikan untuk guna frozen EBM, nak kejar fresh EBM aje la kan tapi terkandas.. 

Akhir kata pesanan penaja : Sila gunakan stok frozen EBM yang anda kumpul dari masa pantang/susu meriah dengan BIJAK! hehe... kalau tak, jadi macam saya..buang semua di bawah ni...

:: expired EBM untuk dibuang ::
Nota : 
Alhamdulillah... misi penyusuan susu ibu saya telah ditamatkan secara paksa-rela semasa Aliff Rayyan berumur 2 tahun 1 bulan. Walaupun stok EBM haru biru dimasa2 Aliff mencecah 2 tahun tu, Aliff tetap tidak minum FM disebabkan masa tu Aliff pun memang kurang sangat nak menyusu sebab lebih suka makan/main.. Saya akan jadikan pengajaran/pengalaman yang saya kutip sepanjang menyusukan Aliff pada masa akan datang...insyaAllah.. Moga Allah permudahkan...

Comments

  1. Tahniah!!!!! Ruginyaaaaa!!!!!

    ReplyDelete
  2. Allah...

    sebak lak tgk ebm yg kena buang tu...

    ReplyDelete
  3. bsalah sangat bila nk buang ebm tue kan..xpe bljr dr kesilapan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …