Skip to main content

Pinjam Buku Secara Online : Q'reazant Enterprise

Salam.
Saya nak berkongsi satu kedai yang amat menarik pada saya.. Saya sangat suka buku jadi kedai buku ni memang menarik perhatian saya.. tapi saya belum berkesempatan nak melawat kedai ni.. kedai buku ni menawarkan khidmat pinjaman buku.. jadi amat baik kalau kita tak mampu beli buku2 yang mahal terutama dari luar negara..so kalau dapat pinjam amatlah berbaloi kan..
Malah, kedai ini juga menawarkan pinjaman secara on-line.. penghantaran buku dan pemulangan dilakukan secara pos sahaja.. amat mudah bukan?? =D
Kedai ni diusahakan oleh Raja Nazatul Akhma dan adiknya (tak silap saya sejak 2007). Beliau merupakan rakan saya di MRSM Jasin pada tahun 1998-1999.
Untuk maklumat lanjut boleh lawat laman web nya di www.qreazant.com



Q'reazant Enterprise

42-1-1A, Jalan Medan PB2B, Medan PB2,
Pusat Bandar Bangi.
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
43650
contactus@qreazant.com

Opening Hours: Tuesday through Sunday 11.00 am to 7.00 pm

Close on Monday


.................................................................................................................


Artikel di bawah merupakan artikel dari myMetro


SANTAI...ruang membaca disediakan bagi kanak-kanak.



JIKA dilihat dari luar, kedai buku ini kelihatan sama seperti kedai buku lain. Namun apabila kaki mula melangkah masuk ke dalam Q'reazant Enterprise di Bandar Baru Bangi, Selangor, hati seakan-akan teruja melihat dekorasi dan susun aturnya.

Deretan buku pelbagai genre dan bahasa tersusun kemas di atas rak mengikut susunan abjad nama penulisnya.

Rak buku berkenaan pula dicat dengan pelbagai warna yang menimbulkan suasana ceria dan tenang, sekali gus menepis stigma negatif mengenai kedai buku.

Premis yang menawarkan perkhidmatan pinjaman buku itu bagaikan mini perpustakaan bagi individu yang gemar menjadikan buku sebagai teman dan tempat mencari bahan bacaan.

Bagi pemiliknya, Raja Nazatul Akhma Raja Fuaddin, 28, idea membuka kedai ini tercetus apabila melihat koleksi bukunya semakin banyak dan ruang di rumahnya semakin terhad untuk menempatkan bahan bacaan itu.

Katanya, sejak kecil dia dan adik-beradiknya yang lain diterapkan dengan minat membaca oleh ibu bapa dan hampir setiap bulan pasti ada bahan bacaan baru dibelinya.

"Lama-kelamaan buku semakin banyak dan menimbun sehingga rak buku tidak lagi mampu menampungnya.

"Daripada terperuk 'dihiasi' habuk, saya terfikir ada baiknya jika buku itu dikongsi dengan orang lain dan dari situ tercetus untuk idea untuk membuka kedai ini," katanya yang menjalankan perniagaan bersama adiknya, Raja Ezatul Akhma, 24.

Pada mulanya dia hanya menjalankan servis itu daripada rumahnya, namun apabila jumlah pelanggannya semakin bertambah dia mula berfikir untuk mencari ruang lebih besar dan selesa.

Katanya, sehingga kini dia memiliki hampir 4,000 jenis buku yang merangkumi pelbagai jenis, genre dan bahasa yang mengikut selera pembaca.

Tambahnya, plabagai bahan bacaan, daripada ilmiah hinggalah ringan seperti komik dan majalah boleh didapati di Q'reazant.

Dia berkata, harga kebanyakan buku, terutama yang ditulis oleh penulis antarabangsa, lebih mahal berbanding buku tempatan.

"Sesetengah pembaca kurang berkemampuan mendapatkan bahan bacaan terbabit serta berasakan mungkin tidak berbaloi mengeluarkan belanja besar untuk sebuah buku yang dibaca hanya sekali.

"Justeru, di Q'reazant kami menawarkan pelbagai buku hasil tulisan penulis antarabangsa, termasuk yang menjadi kegemaran pembaca di luar negara," katanya.

Raja Nazatul berkata, setiap bahan bacaan yang ditempatkan di premisnya mendapat permintaan tertinggi pembaca di negara ini.

"Lazimnya setiap dua bulan sekali kami membeli bahan bacaan terbaru sama ada melalui syarikat penerbitan mahupun ketika pameran buku berskala besar.

"Kami hanya memilih bahan bacaan yang menduduki tangga teratas dalam senarai kedai buku terkemuka di negara ini bagi memenuhi cita rasa dan selera pembaca," katanya yang mempunyai memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran), Universiti Putra Malaysia.

Tambahnya, setiap kali 'memborong' buku, dia akan memperuntukkan hampir RM6,000 untuk mendapatkan bahan bacaan yang benar-benar berkualiti.

Sementara itu, Raja Ezatul menolak persepsi masyarakat yang sering melabelkan seseorang yang menggemari buku sebagai ulat buku dan kurang bersosial dengan masyarakat luar.

"Jika dilihat di negara Barat, membaca menjadi budaya mereka, malah kita boleh melihat di mana-mana saja mereka akan membaca jika ada waktu terluang.

"Cuma di negara ini, minat membaca di kalangan masyarakat masih rendah dan dan secara tidak langsung mengundang pandangan skeptikal sesetengah masyarakat kepada individu (gemarkan buku) berkenaan," katanya.

Sejak kedainya beroperasi tiga tahun lalu, sambutan diterima memuaskan dan kebanyakan pelanggannya adalah golongan perempuan berusia 20 hingga 30 tahun.

Lebih menarik, Q'reazant turut menawarkan servis pinjaman buku secara dalam talian dan pelanggan boleh membuat pilihan buku melalui laman webnya.

Katanya, pembaca boleh melanggan pakej disediakan dengan bayaran tertentu secara bulanan dan buku yang dipesan akan dikirim kepada pembaca dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

"Bayaran dikenakan termasuk kos penghantaran. Kami menjalin kerjasama dengan Pos Malaysia bagi memudahkan proses penghantaran buku yang dipesan.

"Apabila pelanggan mahu memulangkan semula buku, mereka hanya perlu memaklumkan kepada kami dan anggota Pos Malaysia akan terus ke rumah mereka untuk mengambil buku itu. Cukup mudah," katanya.

Bagi pinjaman dalam talian, tiada tempoh masa pinjaman ditetapkan, sebaliknya mereka perlu membayar yuran pinjaman setiap bulan.

Raja Ezatul berkata, bagi pembaca yang meminjam terus daripada kedai, mereka perlu membayar deposit dan sewa bagi setiap buku dipinjam.

"Apabila mereka (pelanggan) memulangkan buku, kami akan mengembalikan semula wang deposit. Had tempoh pinjaman sebuah buku adalah 30 hari. Setiap kelewatan dikenakan caj RM0.50 sehari," katanya.

Selain itu, Q'reazant mengadakan bengkel membina kemahiran komunikasi dan sains untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun pada Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

Katanya, mereka juga mengadakan kelas tuisyen berskala kecil bagi murid sekolah rendah untuk mata pelajaran Matematik, Sains dan bahasa Jepun.


>INFO
> Ditubuhkan sejak 2007 dan terletak di Bandar Baru Bangi
> Memiliki lebih 4,000 jenis buku pelbagai genre dan bahasa
> Pembaca boleh membuat pinjaman secara terus atau menerusi dalam talian (on-line)
> Tempoh pinjaman yang dibuat di kedai adalah 30 hari
> Bagi pembaca yang membuat pinjaman menerusi on-line, tiada had masa ditetapkan
> Untuk keterangan lanjut sila layari www.qreazant.com atau www.facebook.com/qreazant


>PROFIL
NAMA: Raja Nazatul Akhma Raja Fuaddin
UMUR: 28 tahun
ASAL: Bangi, Selangor
ADIK-BERADIK: Kedua daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Kejuruteraan (Rekabentuk Industri), Universiti Takushoku, Jepun dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran), Universiti Putra Malaysia

>PROFIL
NAMA: Raja Ezatul Akhma Raja Fuaddin
UMUR: 24 tahun
ASAL: Bangi, Selangor
ADIK-BERADIK: Bongsu daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Perniagaan (Sumber Manusia), Universiti LaTrobe, Australia

Comments

  1. menarik ni...harus diterjah...thanks liza..

    ReplyDelete
  2. emm..bgs ni.le aku pinjam buku2 resepi yang bes2..nti aku terjah ye.hehe

    ReplyDelete
  3. weh bagus nie.. aku mmg sker bace buku omputih (especially citer2 mengarut yg ader vampire =p).. kalu sebulan nak beli 3-4 bijik bengkok gak kn.. baca nyer skali je.. baik pinjam je.. hehehe.. thanxx for the info beb..

    ReplyDelete
  4. ayu, ashra, yani : korang pun mesti minat buku kan.. =D.. jom sama2 terjah disamping membantu usahanita melayu kita =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …