Tuesday, 27 April 2010

Aliff Rayyan : Thrush??



nota : Ermm gambar thrush kat mulut Aliff tak sempat snap, semalam tengok dah beransur baik.

Khamis 22/4/2010
Balik kerja ambil Aliff & Husna dari rumah mak. Tengok2 lidah Aliff ada lapisan putih macam milk curd. Selama ni memang tak pernah putih lidah die. Dalam hati "aihh takkan mak aku bagi susu tepung kot" (curious..)

Jumaat 23/4/2010
Masih ada lapisan putih kat lidah Aliff. Bekalan EBM habis so tak mungkin lah Aliff minum susu tepung. So teringat ada baca pasal thrush, aku terfikir kot-kot Aliff kene thrush ke..

Sabtu 24/4/2010
Lidah Aliff still putih. try nak kesat tapi tak melekat. kat lelangit pun ade bintik putih, kat bibir pun dah ada.. Google kat hp carik pasal thrush, memang ada contoh gambar thrush.

Ahad 25/4/2010
Kat bahagian dalam pipi dah ada tompok2 putih.. sah lah memang thrush nih.. Terus bawak gi klinik Dr.Chua kat Kota Damansara and doktor pun sahkan memang thrush. Aku tanya jugak apa yg menyebabkan thrush ni? ada kaitan dengan kebersihan ke? Doktor kata thrush ni memang normal pada baby. Tak perlu risau.


Bibir Aliff camni lah.. tapi banyak lagi putih die

Ni dah agak teruk ni..lidah Aliff tak sampai jadi cami but bhgn dalam pipi die ada tompok2 camni

(*pics source : google)



Thrush atau candidiasis adalah sejenis yeast infection yang tak membahayakan baby (so don't worry). Thrush mungkin akan disalahertikan sebagai sisa2 susu yang melekat kat lidah baby (tapi bukan yer..). Kalau sisa susu, ia akan mudah dikesat/sapu/tertanggal tapi thrush tak. Kalau tertanggal jugak, ia akan meninggalkan kesan merah dan mungkin berdarah pada lidah/dalam pipi baby. So jangan bersihkan secara paksa. Thrush kalau dibiarkan melarat akan merebak keseluruh mulut baby. Ia mungkin akan menyebabkan rasa tak selesa baby untuk menyusu/makan/minum.

Kalau baby breastfeed, kemungkinan untuk baby pass thrush ke ibu pun ada especially kalau latching tak betul,akan menyebabkan luka dah thrush tu menyebabkan deep shooting pain dlm breast. Tapi tak semestinya lah.. kemungkinan tu ada.

Thrush kadang2 menyebabkan ada baby rasa tak selesa/sakit. Tapi ada gak baby cam takde apa2 pun yang berlaku.

Keadaan Aliff macam biasa saja. Takde cam sakit/tak selesa. Breastfeed pun ok ajer tak fussy ke or berkurangan. Macam biasa. Doktor bagi oral gel Decozol (miconazole). So balik kerja semalam tengok mulut Aliff dah ok. Alhamdulillah..

4 comments:

  1. liza, dulu anak sedara aku kena sampai ilang suara.. tp benda nih cam sapu ubat pastu ok la..

    ReplyDelete
  2. Aliff pun suara die jadi ala-ala rockers sikit mase tu =D. memang pun takat sapu ubat dah ok.Aliff sehari je dah ok mulut die. Kalau org taktau mau digosok2 putih2 tu..jadi luka pulak. cian baby..
    Husna dulu tak kene..lain2 baby kan

    ReplyDelete
  3. Salam.saya ada bby berusia 13 hari dan mempunyai tanda2 sprti gambar yg puansertakn.saya mahu bertanya tentang ubt yg doktor bagitu...adak adakah ia krim atau ubt aor yang sperti ubt mouth blister org dewasa yg fungsinya rasa kebas di lidah supaya sakit kurang dirasai

    ReplyDelete
  4. Shafida,
    terima kasih singgah blog ni dan tahniah atas kelahiran baby =D.

    ubat tu berbentuk gel, cuma perlu sapu dalam mulut baby, lidah etc. tak pasti kalau dia menyebabkan rasa kebas tu tapi rasanya tak, sebab kalau kebas, baby mungkin akan rasa tak selesa. kebiasaan thrush ni tidak menyakitkan bayi.

    baby shafida menyusu badan sepenuhnya atau ada campur dengan susu artificial/formula? kalau susu badan sepenuhnya dan kalau kita cuba lap (perlahan), takde kesan susu tertanggal, mungkin juga tu tanda thrush. perlu bawa baby ke klinik secepat mungkin ya.

    ReplyDelete