Thursday 7 January 2010

Kurap/Ruam Susu

4nov09 : dah mula nampak merah kat pipi kiri

22nov09 : makin besar

18dec09 : makin ketara kurap

24dec09 : membesar lagi, masih kat pipi kiri

1jan10 : dah mula jangkit pipi kanan

5jan10 : kurap susu pd pipi kiri & kanan makin besar

Aku pun taktau nak wat camner ni.. mase memula bawak Aliff gi klinik pakar kanak2 kat kota damansara, Dr. Chua pun ade mention ruam kat pipi tu disebabkan alergi tapi takde lah mention alergi pada apa.

Aku dah belek2 buku nota aku..ape kebendenye yg aku makan menyebabkan ruam/kurap susu pada pipi Aliff.. aku pun dah belek2 gambar2 Aliff dari lahir just nak tau since bile kurap tu timbul..selepas dikaji2..rupenye pas aku balik dari umah mak mase pantang lagi.. memula kecit jer kat pipi kiri tp skarang dah jangkit pipi kanan..Makin lame makin besar dan merah..kesian tol kat Aliff.. en.suami kate, makan balik lah makanan mase pantang tuu..aiseymennn.. camno tuu???

Banyak info kate baby kebanyakannya alah pada protin susu lembu..tapi aku memang suke minum bersusu..tak kire la susu manis ke, fresh milk ke..mase pantang pun aku ade minum anmum for breastfeeding, susu pekat..takde lak kuar kurap susu tu..kalau betullah Aliff ade alahan pada sesuatu makanan, aku kenela try test satu2 jenis makanan lah nie..


Ni aku quote komen Mama Kamariah (moderator SI) :

"Ruam di muka bayi boleh terjadi kepada mana-mana bayi dan ianya menunjukkan gejala alahan. Walau bagaimanapun, perlu dipastikan apakah puncanya. Jika bayi minum susu secara campuran iaitu susu ibu dan susu formula, kemungkinan bayi mengalami alahan dengan susu formula yang diambil. Keadaan ini biasanya benar kerana kebanyakan bayi akan alah kepada susu berasaskan protin lembu (pada peringkat umur yang masih muda). Jika keadaan ini yang berlaku, biasanya ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi sepenuhnya atau jika terpaksa mencampur susu, gunakan susu berasaskan soya. Sekiranya bayi hanya minum susu ibu, dan masih mendapat ruam di pipi, ini biasanya disebut sebagai 'kurap susu'. Keadaan ini, biasanya terjadi apabila bayi minum susu sampai meleleh ke pipi dan tidak dibersihkan dengan cepat. Seperti yang kita tahu susu ibu juga adalah sejenis makanan dan jika dibiarkan pada kulit terlalu lama akan berlaku tindak balas bakteria dan fungus akan mudah membiak di bahagian yang tidak dibersihkan. Oleh itu, untuk mengatasinya, bersihkan segera segala baki susu yang terdapat di pipi bayi dan dapatkan krim yang sesuai untuk merawat ruam jenis ini."*source

Kalau bukan alahan, mungkin jugak kurap susu tu disebabkan susu yg meleleh kat pipi & tak dilap.. ermm tu biasenye time malam lah.. nyusu sambil tido/baring hehe.. mungkin jugak sebab mase pantang kat umah mak dulu tak pandai lagi nyusu sambil baring. so takde la susu meleleh kat pipi Aliff. bile balik umah sendiri baru praktis sampai master hehe..

Sejak Aliff dapat kurap susu ni, dah try letak gincu (aku pun tak tau ape kaitan lipstik ngan kurap susu..mak aku yg soh bubuh), krim (dari klinik tpt Aliff lahir), isi kelapa (ni pun aku tak berapa nak faham =D, famili mertua yg sarankan). Semua ni tak berapa nak jalan lah.. Ade gak forumers dlm SI yang sarankan krim Ezerra, Zaricort & Elomet.. aku pun tak berapa pasti lagi.. Eczema ker? takde lak famili history..hishh mintak simpang..

Tengoklah dulu beberapa hari ni..kalau tak baik2 gak, aku nak bawak gi paed balik lah..

'Cepat2 lah baik Aliff Rayyan.. risau pulak ummy..'

5 comments:

  1. fahry mule2 dulu pon ade ruam-ruam kat pipi tue..pastue hari2 aku letak cream diaper rash cream. Alhamdulillah hilang pulak..

    ReplyDelete
  2. just nak share pengalaman...
    saya amalkan bedak muntah belut untuk anak saya...pakai setiap kali lepas mandi...alhamdulillah tiada ruam...

    ReplyDelete
  3. slm...ank saya juga dpt ruam nie coz dia minum susu formula. kwn saran guna elomet cream. beransur kering tp juz layangkan sj cream tu muka jgn gn byk. insaAllah.

    ReplyDelete
  4. salam..mcmn ruam susu anak puan ek..mcmn nk ilang ek..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Ruam/kurap susu kat pipi aliff ni hilang bila dia makin membesar.

    Dah cuba banyak jenis krim juga. Doktor pun bagi krim yang untuk eczema gak tapi sekejap hilang pastu timbul balik.

    Doktor kata maybe sebab menyusu baring masa tidur, tak lap pipi so kesan kat pipi. So lepas menyusu jadikan habit lap pipi baby dulu dengan kain lembap so takde tinggal kesan manis-manis dr susu tu..

    ReplyDelete