Lembaga Tabung Haji dah umum tempoh buka rayuan haji bermula 26 Januari - 1 April 2024. Sesiapa yang nak buat rayuan dah boleh isi borang rayuan melalui laman web THiJARI.
Tempoh hari masa drive balik kerja, ada terdengar segmen dalam radio dari penyedia pakej haji swasta tentang mengerjakan haji melalui pakej haji ni. Antaranya syarat mestilah telah mendapat panggilan haji dari Tabung Haji (TH). Sekiranya tidak berjaya dapat jemputan haji TH, tetapi ingin jadi calon rayuan, boleh buat rayuan dengan syarat TIDAK PERNAH MENUNAIKAN HAJI. Maksudnya bukanlah haji kali kedua ketiga. Dan lainnya, mesti telah DAFTAR HAJI di TH sekurang-kurangnya 5 tahun.
Hari ini cuba buka bahagian rayuan haji ini. Sebelum isi borang, dah ada keluar pop-up penerangan kriteria/ kategori rayuan haji. Klik 'setuju' dulu baru boleh teruskan ke page seterusnya. Jadi saya nak letak sini untuk panduan juga suatu hari nanti bila dah cukup mana-mana syarat untuk buat rayuan.
KRITERIA DAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN RAYUAN MENUNAIKAN FARDU HAJI MUSIM HAJI 1445H/2024M
Kriteria terakhir no.10, "Lain-lain Rayuan (R12)", TH pun maklum syarat rayuan, tempoh daftar haji melebihi 10 tahun. Kalau baru daftar haji tahun lepas nak buat rayuan mungkin sukar sikit nak berjaya kecuali ada termasuk dalam mana-mana kriteria 1-9 yang lain.
Panggilan haji ini adalah jemputan dari Allah SWT untuk jadi tetamuNya. Jadi usaha, berdoa dan percaya Allah SWT akan jemput di masa yang terbaik untuk kita insyaAllah.