Friday, 2 February 2024

Jualan Al-Quran & Jualan Gudang Karangkraf (25 Jan - 4 Feb 2024)

 Assalamualaikum dan hello.

Jualan Al-Quran dan Jualan Gudang Karangkraf. Bermula 25 Januari - 4 Februari 2024 jam 9.00 pagi - 7.00 malam di Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.


Sabtu lepas hantar kakak ke Terminal 17, memang laluan akan lalu sebelah Karangkraf. Ternampak banner Jualan Al-Quran termasuk jualan buku-buku lain di Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Balik dari hantar kakak singgah sekejap. Zara kata nak beli Al-Quran untuk dirinya. Baru sahaja masuk Juzu' 1 Al-Quran. Selepas ulang alik selak semua pilihan Al-Quran, Zara pilih Al-Quran Waqaf & Ibtida' saiz B5 warna putih. Katanya mudah nak baca sebab saiz huruf yang agak besar. Harga asal RM50 selepas diskaun dapat harga RM37.50.




Ada jualan buku-buku ilmiah, novel, rehal, poster-poster doa/jawi dan lain-lain tapi tak berani nak belek-belek takut terbeli lagi buku. Sebab dalam proses declutter barang-barang termasuk koleksi buku. Tapi akhirnya terbeli juga 1 set buku baru Bayyan Linnas 😂. Jualan juga ada dibuat secara online. Boleh layari https://www.karangkrafmall.com/.

#buku #alquran #jualangudang #jualanbuku #karangkraf

Monday, 29 January 2024

Kategori dan Garis Panduan Rayuan Haji 2024M/1445H

Assalamualaikum.



Lembaga Tabung Haji dah umum tempoh buka rayuan haji bermula 26 Januari - 1 April 2024. Sesiapa yang nak buat rayuan dah boleh isi borang rayuan melalui laman web THiJARI

Tempoh hari masa drive balik kerja, ada terdengar segmen dalam radio dari penyedia pakej haji swasta tentang mengerjakan haji melalui pakej haji ni. Antaranya syarat mestilah telah mendapat panggilan haji dari Tabung Haji (TH). Sekiranya tidak berjaya dapat jemputan haji TH, tetapi ingin jadi calon rayuan, boleh buat rayuan dengan syarat TIDAK PERNAH MENUNAIKAN HAJI. Maksudnya bukanlah haji kali kedua ketiga. Dan lainnya, mesti telah DAFTAR HAJI di TH sekurang-kurangnya 5 tahun. 

Hari ini cuba buka bahagian rayuan haji ini. Sebelum isi borang, dah ada keluar pop-up penerangan kriteria/ kategori rayuan haji. Klik 'setuju' dulu baru boleh teruskan ke page seterusnya. Jadi saya nak letak sini untuk panduan juga suatu hari nanti bila dah cukup mana-mana syarat untuk buat rayuan.

KRITERIA DAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN RAYUAN MENUNAIKAN FARDU HAJI  MUSIM HAJI 1445H/2024M













Kriteria terakhir no.10, "Lain-lain Rayuan (R12)", TH pun maklum syarat rayuan, tempoh daftar haji melebihi 10 tahun. Kalau baru daftar haji tahun lepas nak buat rayuan mungkin sukar sikit nak berjaya kecuali ada termasuk dalam mana-mana kriteria 1-9 yang lain. 

Panggilan haji ini adalah jemputan dari Allah SWT untuk jadi tetamuNya. Jadi usaha, berdoa dan percaya Allah SWT akan jemput di masa yang terbaik untuk kita insyaAllah.

Wassalam.