Tuesday, 4 December 2018

Hari terakhir di MAHA 2018 : Tips bawa anak-anak

Assalamualaikum dan hello :)

Baru je cerita pasal 1st time ke MAHA 2018 berdua dengan husband.  Kali ni gigihkan hati bawa kanak-kanak kuasa 5 ke MAHA 2018. Last day! Expectation, memang packed dengan manusia lah. Sebab last day kan...

Sehari sebelum dah plan, nak pergi mana, flow macam mana, naik tram mana. So sebab bawa anak-anak for sure lah untuk fulfill keperluan mereka lah. Target bawa tengok lembu, kambing, ikan dan sayur-sayuran.

Kali pertama ke MAHA dengan anak-anak. Banyak benda dah plan tapi banyak juga yang kita belajar dari pengalaman. Next 2 years kalau nak pergi lagi dah tau apa yang nak dibuat/ bawa.



Next entry akan cerita experience anak-anak. But entry ni just untuk tips sahaja. Simpan sini senang nak rujuk. Dan kot membantu parents lain jugak. Sebelum ni tak kuat rasa nak bawa anak-anak. Tapi pengalaman mengajar kita kan... 

Antara tips nak bawa anak-anak ke MAHA:

1. Bawa baby? 
kalau boleh tak perlu bawa hehehe... kesian weh, panas lagi. Tram sesak, panas jugak. Menangis-nangis baby.

2. Bawa stroller. 
Bagus untuk anak-anak bila mereka dah letih. Tapi beban sikit kat mak pak sebab kena pikul kalau nak naik tram.


3. Bawa baby carrier.
Ni lagi baik. Sebab ada kawasan bertangga dan untuk tempat packed dengan orang kadang susah nak tolak stroller.

4. Bawa shopping trolley. 
Kalau nak beli macam-macamlah. Tempting sangat nak beli semua tapi fikir nak pikul, tak beli apa sangat pun huhu

5. Study pelan lokasi sehari sebelum. 
Ambil pelan untuk pengunjung kat bahagian informasi di Laman Tiba 1/ Laman Tiba 2. Tengok mana nak pergi, laluan tram mana. Banyak info dalam FB page/ MAHA Apps/ IG

6. Pergi awal pagi. Seawal yang boleh.
Kalau nak parking dekat dengan pintu masuk lah. Tak bukak lagi pun tak apa. Kalau tak, maybe park kat Laman Tiba 2 lebih dekat berjalan. Dan bila pergi pagi, banyak tempat boleh explore. Dan at least belum panas terik.


7. Pakaikan tag nama/no. telefon kat leher ke, tangan ke...pada anak-anak.
Ramai budak hilang.  Kalau nak pakai jenis yang ikat kat tangan mak pak + anak pun ok je. Biarlah orang nak kata apa.. karang kalau anak kita hilang, bukan orang lain nak tolong pun kan...

8. Bawa telekung
Surau ada sediakan telekung tapi bawa sendiri lagi senang. Tak perlu tunggu.

9. Bawa kamera/ smartphone caj penuh-penuh
Nak capture experience anak-anak kat MAHA. Moments yang tak boleh nak ganti kan... Precious :D

10. Off data handphone
Hehehe... ni pendapat sahaja. Sebab no.1, untuk elak phone cepat habis bateri. Sebab no.2. untuk kurangkan gangguan. Kena fokus kat anak-anak. Orang terlalu ramai, Takut terlepas pandang sekejap je entah kemana hilang anak tu.

11. Bawa tisu basah dan air dalam botol kecil
Untuk guna kat tandas bergerak tu. Sebab air macam keluar tak keluar je huhuhu...

12. Bawa duit lebih-lebih sikit
Untuk beli air dan makanan lah.. dan untuk bayaran masuk kat sesetengah tempat macam Petting Zoo dll. Dan mungkin untuk bayar sewa buggy car sejam RM98, atau MAHA Rider RM3/ RM25 (sehari) atau bayar motor yang boleh bawak barang (tak tau harga).



13. Bawa payung
Cuaca panas terik. Dan untuk standby juga kalau hujan.

14. Flexible. Jangan rigid planning. 
Bawa anak-anak memang banyak plan jadi kelaut. Tapi tak apalah. Motif nak bagi anak-anak experience pun kan.. :) Kalau letih, rehat. Lapar, makan. Kami siap bagi anak tidur dulu kat Dewan D. Kebetulan hujan kejap masa tu. Ambil peluang recharge tenaga masing-masing.

15. Pergi 2 hari
Hahaha!! ni kalau nak merasa pergi semua tempat. Serius tak boleh habis dalam 1 hari.



Begitulah cadangan tips berdasarkan pengalaman bawa anak 5 orang tu. Tak serik nak bawa anak-anak lagi. Dan diorang pun happy dan nak pergi lagi :D

Saturday, 1 December 2018

DIY Play Kitchen (Dapur Mainan) Guna Rak Buku 3 Tingkat Murah

Assalamualaikum dan hello :)

Nak share buat play kitchen untuk anak. Guna rak buku 3 tingkat je.


Sebenarnya tak ada plan nak buat tutorial ke apa. Sebab tak snap proses buat play kitchen ni dari awal. Dan bahan pun sebenarnya guna apa yang ada kat rumah. Yang betul-betul beli di Mr.DIY hanyalah wallpaper 2 gulung, cangkuk untuk sangkut periuk dan mangkuk plastik (untuk dijadikan sinki).

Asalnya entah mimpi apa entah, Ammar request nak play kitchen Ikea. Hmmm memang takde maknanya lah ummi nak belanja sampai RM389 untuk benda alah tu nak oi.. Beli makanan/keperluan anak-anak lagi bagus.

Tapi anak sorang ni jenis persistent. Apa dia minta, dia nak jugak. Hari-hari tuntut sampai ko bosan la dengar. Dan boleh naik angin gak lah huhu...

So macam biasa standard ummi dia ni semua yang tak mampu, kita DIY kan aje. Mula-mula cadang kat Ammar untuk buat play kitchen guna kotak je. Dia taknak. Alasannya kata nanti Ali panjat so akan rosak. 

Hmm.... mula-mula fikir mengada-ngadanya. Tapi bila dah siap play kitchen tu memang betul Ali dok bertenggek atasnya hahaha!! Kalau guna kotak betul-betul memang habis melepek la sudahnya. Nampaknya Ammar lagi faham fi'il adik dia tu hehe..

Bahan/barang yang kami guna

Yang beli di Mr.DIY
▪ Penyangkut baju (untuk gantung periuk)
▪ Wallpaper (guna sebab rak tu ada bahagian yang kembang kena air)
▪ Mangkuk plastik untuk sinki (cari stainless steel yang ngam saiz tapi tak jumpa)

Yang memang ada kat rumah:
▪ Rak 3 tingkat (memang dah sedia ada kat rumah)
▪ Papan untuk gantung periuk (baki papan drawer kabinet yang rosak)
▪ Skru pendek (memang ada)
▪Paip sinki (baki batang paip dan kepala paip lama )
▪Kaki kabinet Ikea (dari kitchen cabinet lama yang dah dirobohkan)
▪ Kain cotton untuk buat tirai
▪ Riben untuk gantung tirai

Hahaha banyak betul benda yang sedia ada kat rumah. Nampak macam hoarders pulak dah hahaha!
Sebenarnya motifnya guna aje la barang yang ada, be creative okey.

Caranya? Rasa tak perlu explain in detail sebab boleh guna common sense. Basically aturannya,
1. Tampal wallaper pada rak dan papan belakang (kalau guna). Kalau rak dah warna warni macam gambar ni tak perlu wallpaper pun.


2. Pasang papan belakang. (Cara saya skru macam dalam gambar bawah ni.)




3. Pasang kaki pada rak. (Boleh juga kalau nak guna roda. Kalau anak rendah je tak perlu kaki pun ok je.)
4. Skrukan penyangkut periuk.


5. Skrukan paip (mulanya gam tapi asyik cabut je)


6. Gamkan/skru sinki

7. Print gambar stove/burner/dapur dan tampal (saya laminate dulu)

8. Pasang tirai - skru kiri kanan then ikat riben+kain tirai. Ketatkan skru.

Gambar-gambar dalam pembikinan tak banyak sebab tukang buatnya tak tutup aurat hehe.. Gambar pun lighting tak cantik sebab malam. Tak sempat nak edit bagai.





Tu je.  Ada yang saya gam je guna glue gun tapi tengok agak kasar budak-budak ni main asyik tercabut. Kena skru jugakla nampak gayanya.

Mula-mula excited semua nak masak la hari-hari berebut bergaduh tapi lama-lama tak main sangat dah. Nasib baik tak burn kan duit dekat 400 beli hahaha!!

Harapnya dapatlah membantu mak pak yang nak jimat duit beli play kitchen mahal eh...

Wassalam...

MAHA 2018 - Kali pertama ke event MAHA

Assalamulaikum dan hello :)

Esok last day MAHA 2018. 

Tiap kali MAHA je plan nak pergi tapi saya spesis tak minat pergi tempat crowded orang. Nak pulak kalau nak bawa anak-anak yang ramai tu .

Tapi tahun ni semangat nk pergi sebab ada tempat memang nak pergi tengok. Cth: JoeJalil Concept. Nak tengok depan mata sistem tanam tak payah siram tu. 

Tapi kali ni sebab 1st time, husband ajak pergi berdua je. Tengok dulu sesuai ke tak. Dan saya jenis kalau nak bawa anak memang kena plan elok-elok, tak suka main redah je.

Plan awal nak park kereta dekat dengan mainhall A (Laman Tiba 1) tapi entah bila buka google maps sampainya ke pagar hujung lain. Laman Tiba 2. 

1st time pergi tak study betul2 nak tengok pempamer yang mana satu. Lepas ni boleh pergi lagi tapi memang kena studi dan plan. Sebab tempatnya besar sangat. Memang tak habis nak round satu-satu. Kena tau nak naik trem mana, laluan mana.

Kalau tengok kat FB Page MAHA 2018 ramai komplen pengurusan trafik. But then biasalah event yang beribu orang ni. Bukan organizer fully silap, kita yang pergi pun kena plan betul-betul.

Kena tau nak pergi mana, naik trem mana. Tanya je urusetia kat stesen-stesen trem tu. Urusetia pun akan announce. Tanya je. Semuanya helpfull. 'Nak pergi tengok lembu naik trem apa??' 'Nak gi dewan macam mana?' ' Nak pergi tempat Mok Cun camne?' 

Setiap trem dah set laluannya yang tertentu. Sila semak. Kalau malas, silalah bertanya okey :)

Kami pergi pukul 2.00pm++ dan balik 6.40pm. Sekejap aje.

Tempat yang sempat pergi,
Mainhall A
Agrotrade 1
Agrotrade 2
Empayar Makanan
Kulinari Hall
Laman florikultur

Sikit je. Kalau nak pergi banyak tempat lagi memang kena spend fullday kat situ.

Ok. Belanja sikit gambar.