Ok sambung balik cerita trip ke Cameron Highlands 6-8 Oktober lepas. Kali ni untuk cerita Taman Agroteknologi MARDI ni nak kena hold kejap. Sebabnya most gambar dalam kamera Samsung ku.
Dan diduga pula kamera ni tercicir kat Taman Agroteknologi MARDI. Dipendekkan cerita ada hamba Allah yang jujur dan baik hati jumpa dan simpankan, bawak balik Sg. Buloh lagi. Dan akhirnya kamera saya dah dapat ditangan Isnin baru ni. Alhamdulillah...
Dah ada gambar-gambar dari kamera baru boleh buka cerita Taman Agroteknologi MARDI ni kan :)
Target saya asalnya adalah nak pergi tempat-tempat yang masuk percuma sahaja. Tapi Taman Agroteknolgi MARDI ni memang target WAJIB pergi walaupun berbayar. Sebab kebanyakan blog cakap kat MARDI ni macam dah mewakili keseluruhan Cameron Highlands tu sendiri.
Gitu hehe..
Ok, 1stly lokasi Taman Agroteknologi MARDI ni di Tanah Rata, yang mana lokasi paling terasing daripada tempat-tempat yang kami rancang nak lawat. Nak pergi tak susah, taip aje nama dalam Waze/ Google Map, mesti jumpa. Jarak dari RPP Cameron Highlands adalah 4.3km (dalam 10 minit perjalanan kalau tak sesak).
- Waktu operasi : 8.00pagi - 5.00petang.
- Tutup : ISNIN
- Koordinat : 4.467996,101.385013
- Bayaran tiket masuk : Dewasa RM5, Pelajar RM2.
Ok, masuk je terjah Laman Bunga dulu. Memang banyak jenis bunga berwarna-warni. Excited anak-anak tengok bunga haha.. Kesiann.. dok KL nampak bangunan aje kan hehe..
Laman Bunga |
Laman Bunga juga |
Next terjah Ladang Contoh Tanaman Strawberi MARDI & Al-Mashoor Strawberries.
Dalam ni pun ada kebun strawberry juga tau. Siap ada cafe jugak. Boleh beli aiskrim, dadih dan produk berasaskan strawberry keluaran Al-Mashoor ni. Aiskrim dan dadih memang sedap! Thumbs up. Aiskrim RM4/cup dan dadih RM3/cup.
Ada juga dijual anak pokok tin. Husband entah sejak bila dok minat sangat dengan pokok tin. RM70/pasu. Tapi tak beli pun hehe..
Kat ladang ni aje yang anak-anak dapat merasa pegang buah strawberry yang masih dipokoknya. Tapi tak petik pun. Takat bergambar aje.
1st time masing-masing tengok pokok strawberry. Jangan petik wokehh! |
Cafe dan ada pokok tin siap berbuah lagi |
aiskrim dan dadih strawberry di cafe |
Taman Bunga Berpasu (Pot Plant)
Taman anggur (dapat tengok dari luar pagar aje sebab berkunci)
Taman Dapur (Edible garden)
Taman tomato (tengok dari tepi)
Taman arnab
Taman burung? (entah eh tak tengok signage nye hehe...)
Kebun teh
Taman ros (tengah bina)
Pot Plant (Tanaman Pasu) |
Taman Arnab, Kebun Teh, Oregano, Taman Burung? ;) |
Taman Anggur berkunci |
Kat dalam Taman Agroteknologi MARDI ni pun boleh beli pokok-pokok yang dipamerkan.
Ada juga gerai-gerai dan karavan yang jual makanan. Tapi tak singgah.
Singgah solat asar di surau yang disediakan, sambung bergambar lagi di kawasan pintu masuk. Dah puas bergambar, moh la balik :D
Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas
No comments:
Post a Comment