Wednesday, 14 December 2016

Shopping Diaper PetPet Murah di Lazada

Assalam...

Gigih aihhh!!

Nasib tak berapa baik pulak time Lazada buat Online Revolution Finale Megasale kita pulak dok kat tempat tak berapa nak ada line internet.

Edge aje memanjang. Asyik tak lepas masa nak buat payment. Hilang je data nya .

Tapi ku gigihkan jugak cuba jaya berkali-kali masa nak beli stok diapers untuk Zara dan Ali. Jimat dan murah dari beli biasa. Berbaloi-baloi!!

Diapers Petpet saiz S pek jumbo S58 untuk 4 pek harga RM59 aje. Dan Petpet saiz L pek Mega L64 untuk 3 pek harga RM79. Mula-mula dok try kasa harga RM73 tapi asyik hilang line, sudahnya harga berubah dah. But still masih sangat murah .

Sekarang memang kitorang beli stok diapers dari Lazada je... Sementara still tengah ada sale sempena Online Revolution ni, cepat-cepatlah grab offer yang ada okeh

Friday, 9 December 2016

SAVE THE DATE!! : LAZADA Online Revolution Final Mega Sale 12.12



Assalamualaikum dan hello :)

Sedar tak sedar dah hampir sangat kita dengan tarikh keramat yang ditunggu-tunggu, 12 Disember 2016! Final Mega Sale di LAZADA sempena Online Revolution 2016!! 3 hari aje lagi!

Sale besar-besaran oleh LAZADA yang merupakan laman online shopping terbesar di Malaysia. Pelbagai produk dan jenama terkenal memberikan potongan harga dan diskaun hebat sehingga 95%, ada Flash Sale setiap jam bagi produk terpilih dan tawaran-tawaran menarik sepanjang sale berlangsung.  
Online Revolution Calendar

Masa Mega Sale 11.11 hari pembukaan Online Revolution Sale, memang banyak produk-produk hot yang ada offer Flash Sale.  Antaranya Philips Pressure Cooker HD2139 bronze.  Harga terbaik RM299 sahaja. Hari tu memang 'riuh rendah' FB group pengguna-pengguna PHILIPS Pressure Cooker ni hehe.. Dapat jugalah mana-mana group member yang dok tunggu offer rembat PPC ni hari tu.  Yang melepas, gigit jari hehe..

So kali ni LAZADA Mega Sale 12.12, pastikan tengok setiap offer nya ya especially item Flash Sale. So untuk tak ketinggalan, dari sekarang dah mula survey dulu produk-produk pilihan hati. Baca siap-siap semua review, belek siap-siap semua gambar dan info yang ada. Nanti sampai tarikh 12.12, ada je offer untuk produk pilihan terus klik ‘BUY’.  Haaa.. tak ada lah baru terkial-kial nak baca review ke, description product ke... Terus checkout je.. :D

Dan kalau nak tahu latest info, kena rajin-rajin tengok update di FB LAZADA.  Follow aje FB LAZADA ok. Mesti tak ketinggalan info :D

So apa lagi, standby siap-siap ok untuk sale besar-besaran LAZADA ni. Tak lama.. 3 HARI AJE LAGI!

Wednesday, 23 November 2016

Ali Imran & Big Baby Fair Online Sale

Assalamualaikum dan hello :)

Hari ni dah 39hari umur baby Ali Imran. Alhamdulillah...

Perangai masih lagi asal bukak mata, nangis. Asal nangis, bukak mata. Ada jugak la sikit2 masa jaga, diam je or tengok TV or pandang sekeliling or bagi respon sengih-sengih bila orang agah-agah. But mostly, nangis huhuu...

Cepatlah besar sikit Ali Imran ek.. ;D

Ok nak letak gambar Ali Imran every week dari masa lahir.

And sekarang dah botak dah akhirnya...

Hari ni hari ditunggu-tunggu, ada Baby Big Fair oleh LAZADA.  Tengah-tengah cuti berpantang ni takyah berangan nak pergi baby sale kat luar. Nasib lah ada baby sale online hehe... 5 hari je start hari ni 23 November - 27 November 2016. Selalu-selalu borong diapers kat LAZADA ni. Memang dapat lagi murah dari kedai/pasaraya.

BIG BABY FAIR by LAZADA

Apa lagi... jom le menyopping hihii...

Monday, 21 November 2016

Online Revolution 2016 : Box of Joy Dari LAZADA!



Assalamualaikum dan hello :)

Tau tak sekarang ni LAZADA tengah buat sale besar-besaran? Online Revolution namanya. Tema tahun ni Brands For All.  Sale Online Revolution ni dah mula dari Mega Sale 11.11 lepas dan akan berakhir dengan Mega Sale juga pada 12.12 nanti. So kaki-kaki online shopping jangan miss sale ni okey :D

Sempena Online Revolution ni, LAZADA ada anjurkan Program Box of Joy dan saya antara yang bertuah menerima hadiah Box of Joy ni dari LAZADA. Yeayy!! Alhamdulillah... Terima kasih LAZADA Malaysia! :D

Ok jom kita tengok apa produk yang ada dalam Box of Joy ni. 

Tadaaaa!!! 


Amacam? Banyak kan?.. Jangan jeles okay :)
Semua produk sumbangan dari jenama-jenama premium dan terkenal tau.  Dan yang paling penting semua produk yang disumbangkan tu memang boleh didapati/dibeli dari LAZADA

So antara produk yang ada dalam Box of Joy ni adalah dari jenama Tefal, Milo, L’oreal Professionnel, Nestle (Nescafe, Just Milk, Maggi, Cerelac dan Lactokid), MamyPoko, SanDisk, voucher dari LAZADA dan FoodPanda.my.

Happy sangat-sangat rasa bila terima Box of Joy ni. Memang sesuai sangatlah dengan namanya tu Box of Joy = Kotak Keriangan hehe.  

Jom kita tengok dekat-dekat sikit satu persatu produknya.


Me and my husband memang coffee lover. So bila nampak produk ni, terus rasa nak cuba. Nescafe White Coffee Rasa Pandan ni sangat berkrim dengan aroma harum dan rasa pandan. Sedap dan wangi. Boleh dihidang panas atau sejuk. Perisa ni limited edition tau.

Air kotak pink (Nestle Just Milk - Full Cream Milk) tu tak sempat ummy keluarkan dari kotak, tengok-tengok Ammar dah minum. Senyap-senyap je tangan tu ambil dari kotak hehe.. Berebut si Zara dengan Ammar. Nasib gak dapat ummynya ni dapat merasa sikit, sedap. Husna pun dapat rasa juga. Husna pun kata sedap . So boleh lah masuk list susu pilihan keluarga hehe..

Tak pernah rasa sebelum ni. Maggi perisa tomyam memang my favourite tapi ni 1st time cuba white tomyam. Rasa pedas dan masam seperti rasa tomyam sebenar tau. Sedap!. Ok, lagi satu masuk list favourite hehe..

Haihh yang ni pun satu lagi yang direbut dek Zara dengan Ammar. Tapi Zara lah yang menang. Dah tu masing-masing dok buat drama merayu minta sikit dari Zara termasuklah ummynya hehe.. Anak-anak suka Nutripuff ni. Rasanya pun sedang elok, tak terlalu manis untuk kanak-kanak, just nice. Dan saiznya yang kecil-kecil comel mengelakkan risiko anak tercekik, but still perlu dipantau ibu bapa ye.

Pouch dan pen sumbangan Lactokid
Ok pouch dan pen ni dah warning anak-anak tak boleh ambil. Khas untuk ummy sahaja 


Beg Ola Bola sumbangan Milo.
Beg ni best tau. Saiznya cukup besar dan materialnya kukuh/sturdy. Beg ni korang akan dapat PERCUMA dengan pembelian set Milo terpilih. Ada free gift lain juga ye.. Silalah jenguk LAZADA sekarang 


Mamypoko Baby Wipes
Haih.. sesuai sangat dapat MamyPoko Baby Wipes ni. Macam meraikan kelahiran baby Ali pula hehe.. Tau-tau aje lah kalau dah namanya ada baby, baby wipes ni memang sentiasa kena ada stok kat rumah dan dibawa ke mana-mana.

MamyPoko ni memang terkenal dengan produk mesra bayi dengan menggunakan bahan yang sangat lembut untuk sesuai untuk kulit bayi yang lembut dan sensitif dan merupakan jenama no.1 pilihan ibu-ibu di Jepun.


Ok ni antara yang menjadi rebutan antara saya dan husband haha!!.. Produk ni memang sangat berguna especially pada orang yang kapasiti storage smartphone nya dok penuh sokmo. Kita boleh pindahkan gambar, fail dari Android ke computer/laptop dengan mudah.  


Banyak gak produk sumbangan L’oreal Professionnel ni. Produk untuk penjagaan/ kecantikan/ penggayaan rambut. Bila guna produk ni rasa macam dapat penggayaan rambut dari salon pula.. So memang best!


Tefal Manual Chopper
Bukak-bukak je Box of Joy ni memang dah tertarik dengan manual chopper ni. Excited nak guna sebab dah pernah ushar gak nak membelinya. Tiba-tiba dapat hadiah pulak. Terima kasih LAZADA hihi.. tak payah nak survey lagi nak beli chopper mana dah . 


Soft toy panda yang comel ni adalah sumbangan dari FoodPanda.my. Bukak je kotak anak-anak dah berebut nak panda tu..

FoodPanda ni merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan dari restoran-restoran terkenal sehingga ke pintu rumah anda. Boleh layari laman web mereka FoodPanda.my untuk dapatkan khidmat mereka.  FoodPanda pun tengah ada offer potongan RM10  dengan pembelian minimum RM40 guna kod voucher IMPANDA sehingga 31 Disember 2016 sahaja. 

-------------------------------

Apapun, jutaan terima kasih buat Nestle, Tefal, Milo, SanDisk, MamyPoko, L’oreal Professionnel, FoodPanda dan tentunya LAZADA Malaysia untuk kotak yang sangat istimewa ini.

Fuhh panjang lebar cerita pasal Box of Joy. Tapi yang paling penting dan pesanan paling utama adalah,  jangan ketinggalan untuk sale besar-besaran Online Revolution LAZADA.  Banyak produk dan jenama yang menawarkan diskaun dan potongan harga sehingga 95%. 

Sale ni dah bermula dari 11.11 sehingga 12.12 sahaja!  Jangan sampai melepas pulak produk-produk idaman hehe.. gigit jari je nanti bila sale Online Revolution tamat.. huhuu..

Bagi pelanggan-pelanggan baru, boleh gunakan kod voucher "20LAPOR25" untuk mendapatkan potongan harga tambahan sebanyak 20% (diskaun maksimum sebanyak RM25). Kod voucher ini sah digunapakai untuk pembelian di LAZADA dalam tempoh 1 November 2016 sehingga 17 Disember 2016 sahaja.

Apa lagi? Cepat-cepat bukak LAZADA sekarang! :D
Segalanya hanya di hujung jari.. Segalanya ada di LAZADA!


Friday, 11 November 2016

Set Berpantang Pilihan Saya

Assalamualaikum dan hello :)

Baru aje siap dodoikan baby Ali ni. Fuhh.. anak lelaki ni asyik nak 'melekat' aje. Tidur pun asyik tidur-tidur ayam je. Sambil-sambil mata gerak-gerak buka sikit intai ada ke tak ummy dia kat sebelah.. emmm... cepat la kamu besar sikit Ali hehe...

Kali ni saja nak share pasal set lepas bersalin/ set berpantang yang saya gunakan. Actually saya tak banyak pengalaman guna macam-macam brand. Tak berani sangat nak try test macam-macam. Cari dulu sebanyak mungkin info then baru beli. Dah tu bila dah serasi dengan badan, tak ada lah nak tukar-tukar brand lagi. Setia.. gitu! :)

Bersalin kali ni saya ada juga nak cuba 1jenama ni yang berasaskan jamu. Banyak kali nak klik beli tapi hold dulu. Sebab semua anak ada sejarah jaundis. Nak pulak orang kata darah O memang tak boleh lari mana lah. Cuma sekejap atau prolong je.

Tengok-tengok Ali lama pula jaundis nya. Sampai 3minggu. Masa 1st check jaundis doktor dah pesan JANGAN ambil 4 benda ni sampai jaundis hilang.

JANGAN makan JAMU
JANGAN makan LADA HITAM
JANGAN makan HALIA
JANGAN makan KUNYIT

Hambek ngko!

1st time pantang tak ambil lada hitam/halia ni. Tapi demi anak turutkan juga.

Nasib baik la tak jadi beli set jamu tu. Kalau tak dah tentu-tentu 3 minggu tak usik. Rasa membazir lak.


So kali ni untuk penjagaan dalaman still stick dengan set berpantang Shaklee sama macam masa bersalin Zara. Lagipun masa mengandung dah memang ambil Set Hamil Shaklee. So just continue je.

Cuma saya ada tambah produk lain macam Garlic, Zinc dan Lecithin. Kenapa saya tambah??

Saya memang standby Garlic Complex masa pantang sebab tiap kali bersalin akan bengkak susu sampai demam. Garlic bagus bantu masalah keradangan yang disebabkan bengkak tu. Bertindak macam antibiotik semulajadi.

Lecithin pula kawan-kawan yang cadangkan untuk bantu lancarkan aliran susu yang tersumbat bila bengkak susu ni. Bila saluran susu tersumbat kan nanti susu yang keluar biasa sikit daripada biasa. So selain bantu dengan urut/sikat breast, Lecithin pun dapat bantu juga.

Zinc baik untuk bantu penyembuhan luka-luka. Walaupun saya bersalin normal, saya ambil juga :)

B-complex dan Ostematrix pun item penting saya masa berpantang.  Masa pantang ni memang cepat stress dengan tak cukup tidur/rehat, perangai anak-anak lagi.. so wajib ambil.

Item-item lain pernah saya terangkan dalam post sebelum ni pasal set hamil. Boleh klik di sini -> Set Hamil Shaklee

Mudah je berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Telan je. Tak perlu bancuh-bancuh sangat (kecuali ESP). Lagipun tahan lama, boleh guna daripada mengandung, bersalin/berpantang dan menyusu. Pada saya berbaloi lah.

Lepas ni untuk menyusu just tambah Alfalfa je sebagai milk booster :D