Assalamualaikum..
Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.
Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)
Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.
Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.
Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)
Saya pun dah masuk minggu ke-2 join Geng Bekal Ofis ni. Teringin juga nak bawa lauk yang macam-macam tapi kadang tak ada idea macam mana nak buat.
So banyaklah meng'google' idea untuk bekal/bento. Even request untuk join FB group Geng Bekal/Bento Malaysia. Memang hebat-hebat idea bekal/ bento yang ada ni.
Saya compile kan dalam blog untuk mudah saya nak refer nanti nanti.. :)
wow...banyak idea resepi ini... boleh guna untuk bekal hari-hari...tq
ReplyDeletehttp://yamanaimy.blogspot.my
https://www.printcious.com/my/designers/naimyart
sila sila.. moga bermanfaat :)
DeleteSalam cik norliza. Mohon izinkan saya share link di blog saya.
ReplyDeleteTerima kasih.
wsalam.. boleh je share :)
Delete