Assalamualaikum wbt dan hello :)
Sabtu lepas berlangsungnya majlis konvo atau Grand Ihtifal bagi tadika Aliff, Little Caliphs Bandar Sunway. Bergabung dengan Little Caliphs Taman Medan. Majlis berlangsung di Auditorium Angkasa, SS6, Kelana Jaya.
Tahun ni tahun akhir bagi Aliff sebagai murid tadika. Tahun depan dah mula melangkah ke Darjah 1. Uhh sudah besar panjang anak bujangku sorang ni. So majlis kali ni meraikan semua student 6 tahun yang habis tempoh tadika mereka.
Sesi untuk 6 tahun ni bermula 5 petang. Sesi pagi dikhaskan untuk majlis pelajar umur 4 & 5 tahun sahaja. Ok juga tu. Kiranya memang fokus pada mereka je. Even semua persembahan pun hanya murid 6 tahun sahaja yang buat. Tahniah buat principal, guru-guru dan anak-anak yang menjayakan majis kali ini. Alhamdulillah semua berjalan lancar..
|
choral speaking Little Caliphs Taman Medan |
|
sesi forum LC Bandar Sunway |
|
Tarian LC Taman Medan |
Majlis kali ini saya dapat lihat usaha yang hebat dari guru-guru dan pengurusan Little Caliphs Bandar Sunway & Taman Medan. Lokasi pun memang selesa, hiasan yang ceria dan menarik dan montaj, tayangan video yang memang hebat lah pada saya. Tahniah kepada mereka.
|
persembahan Aliff |
|
tercari-cari Aliff mana kami duduk. Dah nampak, tersenyum lebar dia :) |
Aliff buat 2 persembahan. Choral Speaking dan tarian lagu Intifada'. Bersemangat Aliff. Boleh nampak sisi lain dalam diri Aliff berbanding bila dia di rumah. Kalau kat rumah tu bila cerita persiapan Ihtifalnya memang bersungguh-sungguh, bersemangat. Berlatih hari-hari choral speaking.
Terima kasih tak terhingga kepada guru-guru yang pernah mengajar Aliff di Little Caliphs dari umur 5 tahun. Antaranya Teacher Ila, Teacher Kazi, Teacher Ani, Teacher Sya, Teacher Mariam. Maaf nama guru pun dah tak ingat semuanya. Segala sumbangan dan perhatian cikgu-cikgu amat saya hargai. Tak terbalas dengan apa pun. Hanya ucapan terima kasih dan doa semoga Allah membalasnya dengan sebanyak-banyak kebaikan di dunia dan akhirat.. InsyaAllah..
|
bersama Rafiq, jiran kami |
|
witk kakak dan ammar. zara dah tidur time ni |
|
tahniah Aliff.. semoga berjaya bahagia dunia akhirat |