Salam...
Tengah hari ni ada masa terluang sikit, baru dapat jengah blog kawan2.. tiba2 ternampak latest entry nozie pasal ashra. Ter kompius kejap sebab tajuk takziah? last tengok FB yani, ingatkan ashra nak bersalin, rupenya kes lain.. saya dah salah faham rupanya.. At last, pergi blog ashra terus.. dan tahu kes sebenar..
Dalam masa terdekat saya menerima berita yang mendukacitakan.. sebelum ni Ayuz kehilangan baby Fawwaz Syahmi yang meninggal dunia semasa tidur. Kali ni Ashra kehilangan Nur Iman pada usia kandungannya 7 bulan. Kedua-dua kehilangan tidak dapat dikenalpasti sebabnya.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Sahabat-sahabatku.. tabahlah hendaknya.. aku doakan yang terbaik buat kalian. Sedih aku tak sama seperti yang korang rasa. Betapa berat mata memandang, berat lagi beban yang korang pikul..
Apapun aku doakan korang berdua cepat pregnant balik ok.. semoga Allah gandakan kegembiraan dalam hidup korang =D
*source: google