Monday 17 August 2015

Mesyuarat Warga & Jamuan Raya CSFJ - Tema Melayu 1950an

Assalamualaikum :)

Ceritera last week.. 

Mesyuarat Warga dan Jamuan Raya CSFJ di Dewan Tan Sri Mahfoz Khamis lepas.. 

Jamuan raya kali ni memang lain sikit banding dengan tahun-tahun lepas. Kali ni Pengarah nak setiap bahagian/unit bawa sumbangan makanan.. Dulu-dulu lenggang kangkung aje hehe...

Macam-macam gak berlaku di sebalik tabir pemilihan menu la.. masalah dewan la.. etc etc...
Ingatkan dah nak cancel dah majlis ni huhu...

Alhamdulillah.. setel juga masalah-masalah yang timbul tu...

Kami kat Bahagian Prestasi combine dengan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan.. Menu asal yang ditetapkan tu nasi putih bersama 2 lauk dan ulam tapi masing-masing membantah.. Maklumlah dah menu utama katering dah set nasi arab.. Takkan lah nak menu nasi lagi kan...

So geng kami sorang bincang dengan pengurusan.. Akhirnya kami decide bawa menu pasta.. bolognese dan carbonara... bos kecik pulak nak sponsor cream puff..

Our Menu. Table tagging ni disediakan oleh cik hajar :)
Jumaat nan indah hari 1st KL City Grand Prix haritu, kami semua shopping barang-barang pasta di Cold Storage, SOGO.. Memang ajaib sungguh sebab SOGO adalah lengang.. Tak pernah kot sajarah parking SOGO kosong hehe.. siap boleh pilih-pilih lak nak park kat mana...

Dengarnya kebanyakan majikan yang pejabatnya di tengah-tengah KL semua tutup ofis haritu.. maklumlah banyak jalan masuk ke KL yang tutup.. 

selfie di parking sogo yang lengang :)

shopping barang pasta
Last minute pulak EO BPKS emel kat semua bagitau Pengarah set tema jamuan raya adalah 1950an..  siap letak sekali contoh-contoh pakaian 50an.. Aiseh.. mana pulak  nak cari ni... 

Aiyaiyaii... tak dapek lah berglemer dengan baju raya baru hihii... 





Lepas tu masing-masing dok google lagi idea pakaian 50an.. At last terjumpa gambar ni.. emm rasanya tak la nampak pelik sangat.. Dan macam boleh pakai dengan apa-apa baju kurung kot..


Bincang-bincang dengan yang lain, masing-masing agree untuk pakai bunga tu.. So balik kerja je terus ke pyramid cari bunga.. Belilah 2 tangkai bunga ni kat Jusco.. 

mini project BP BKUB
Balik KP mulalah operasi tampal pin kerongsang pada belakang bunga tu.. Alaa.. senang aje.. potong tangkai, letak gam gluegun tu, then tampal pin.. siappp!!


Ni model nya :)
 Hari Rabu dah start gotong royong dekorasi dewan.. Tak sangka jugak ada cawangan yang supply sewa barang-barang deko yang kena lak tu dengan tema 50an tu.. Bagus betul jana pendapatan hehe.. Kelab sukan CSFJ patut buat camtu jugak ni...


pasang decoration
BP & BKUB pun nampaknya bersungguh-sungguh jugak untuk jamuan.. bagussss :). Mesti bangga bos besau hehe... Masa kami dok sibuk-sibuk dengan decoration, bos datang tempat kami tanya apa yang dia kena pakai hari majlis hehe.. Bagus betul lah bos.. sporting! :D

Gigih nak sediakan table tagging
zue & zira gigih siapkan backdrop
hasil kerja hajar, zue & zira
Hari majlis, mula-mula masing-masing segan nak pakai songket dengan bunga tu hihi.. Tengok-tengok makin lama makin selesa masing-masing .. siap dok selfie sana sini lagi hihii...

Ok lah.. layan gambar aje..





jaga gerai BP & BKUB

geng bahagian kejuruteraan pemulihan geoinformatik.. tauke aiskrim malaysia :)


pekena cendol kat 'gerai gigil' bahagian pemulihan jambatan

carbonara from zana's kitchen, bolognese from zimah's kitchen :)

liza, zira, zue just tukang rebus pasta aje hehe...

pn.narishah a.k.a bos kecik sponsor cream puff

dayang-dayang BP & BKUB

live band.. kemestian pengarah dan mejar ;)
Songket semua saya bawa.. pinjam husband, cousin dan adik.. 7 helai semuanya.. Dan the best part, dengan tak disangka-sangka saya dapat tempat kedua pakaian tercantik perempuan haha!.. Alhamdulillah.. tak sangka..tak sangka.. Kebetulan je baju kurung saya tu kainnya memang corak kain batik.. ;)


Anyway many thanks kepada semua kawan-kawan yang sporting untuk layannn aje.. kena paksa pakai bunga besar kat kepala dan songket ala-ala gadis melayu terakhir.. Korang semua memang thorrrrbaikk ! :D


us CSFJ 2015
:D

Tuesday 11 August 2015

Jamuan Raya Tak Henti-henti

Assalamualaikum...
Lama bercinta nak update blog.. Tengah cari feel balik.. Actually tengah busy sikit dengan projek Projennn (baca : Frozen)..

Jamuan raya oh jamuan raya...
Fuhh... dari last week samai ke minggu ni berderet jamuan raya dari Isnin sampai Jumaat. Rabu je tak ada jemputan jamuan hehe..

Rabu - jamuan Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jalan & Bahagian Pewartaan
Jumaat - Bahagian Penyelarasan Khidmat Sokongan
Isnin - Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jambatan
Selasa (hari ni) - jamuan raya Kementerian
Khamis - Caw Senggara Fasiliti Jalan
Jumaat - jamuan raya kantin

Semua pakat nak pulun buat jamuan raya since Sabtu  ni last Syawal..
Puasa sebulan, raya pun nak sebulan jugak hehe...
Puasa turun 1kg, raya naik 5kg..
Apekeheyyyyyyy ;)

Habih la diet wehhhh hihii...
Alhamdulillah, nasib baik ada Lecithin, OmegaGuard & Alfalfa. 'Geng-geng' membantu nak kurus/ maintain berat badan ;)

Alhamdulillah... since puasa aritu sampai raya la ni pun berat still maintain... Tak sia-sia join program #NowEveryoneCanKurus. Akhirnya dapat jugak kurus :D