Thursday, 1 October 2015

Cara Nak Guna Applikasi Telegram di Komputer/ Laptop (Telegram Web)



Assalamualaikum dan hello :)

Pernah guna Telegram Messenger?

Selain Whatsapp, saya memang guna Telegram Messenger ni. Empayar MFMS memang gunakan Telegram sebagai platform untuk komunikasi/ perbincangan bersama berkaitan bisnes dan lain-lain. 

Program Now Everyone Can Kurus (NECK) yang saya join dulu pun gunakan Telegram sebagai medium perantara. Antara kebaikannya sebab boleh memuatkan lebih ramai ahli kumpulan (berbanding Whatsapp) iaitu 200 orang.

Ok, untuk kali ni saya nak share macam mana nak gunakan aplikasi Telegram ni di Desktop PC/ Komputer/ laptop. Korang mesti dah tau guna Whatsapp Web kan.. (ke taktau? Kalau taktau, next post saya share ok :)). Siapa yang dah pernah guna Whatsapp Web mesti dah tau kesenangannya untuk menaip masa chatting tu..  kalau guna phone, memang terkedek-kedek sikit menaip. Asyik silap ejaan pulak tu..hihii

Actually sebelum-sebelum ni saya just guna Telegram for Desktop. Ni kena download software dulu dan install kat PC. Tapi yang saya kurang suka sebab kena link dengan mobile data di handphone.

Kalau dengan handphone kena USB tethering/ Hotspot lah kat PC. Kalau guna internet line yang lain (macam di ofis) memang tak boleh. Disconnected!


Sebelum ni just pernah guna Whatsapp Web yang mana memang menyenangkanlah nak balas whatsapp dari rakan-rakan. Dan yang penting masih boleh connect walaupun tidak link data dari handphone.

Bila di Google, rupanya wujud juga Telegram Web ni. Hehe baru tau huhu..

Fungsi yang sama macam Whatsapp Web. So boleh dah guna Telegram dengan line internet yang sedia ada. So hari ni saya nak share cara nak mula guna Telegram Web.

Tak perlu download atau install apa-apa software ke PC anda. Yang perlu hanyalah web browser dan talian internet :)

Cara-caranya?

1. Buka web browser anda. (Chrome/ Mozilla/ etc).
2. Taip web.telegram.org

 
 2. Ia akan keluar satu kotak macam ni.

 
2. Pilih negara anda = Malaysia



3. Masukkan no handphone anda. Country code +60 tu dah ada secara default. Just taip nombor berikutnya. Lepas tu klik "Next >"


4. Kita akan terima kod melalui SMS. Atau di apps Telegram di handphone (sekiranya memang ada install). Masukkan kod tu di ruang yang disediakan dan klik "Next >"





 5. Paparan di browser akan kelihatan seperti di bawah.


Ok, anda dah boleh mula menghantar mesej! 
:) 

Mudah aje kan? 
Share kan pada kawan-kawan yang belum tahu okay :D

4 comments: