Sunday, 31 August 2014

Menggalas Senapang Itu Tidakku Mampu



Assalamualaikum wbt dan salam merdeka!

Merdeka! 
Merdeka!
Merdeka!

Patriotik sikit hari ni..

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!

Entah kenapa, pagi hari ni tergerak hati nak buka channel tv1 untuk tonton siaran langsung sambutan Hari Kemerdekaan kita.
 
pic : borneopost
Saja nak ajak Husna dan Aliff tengok kemeriahan sambutan tu walaupun hanya dari kaca TV.

Kalau tahun-tahun sebelum ni kurang perasaan nak tengok pun.. lagi pulak tu aje antara hari yang boleh rehat lebih sikit. Biasanya tak buka pun TV. Teruk betul! ;)

Tapi bila tengok ramai juga pengunjung yang bawa ahli keluarga tonton sendiri secara live di Dataran Merdeka, terus terasa teringin nak bawa anak-anak tengok live sambutan Hari Kemerdekaan tahun hadapan.  

Tu pun kalau diadakan di KL/Selangor ni lah kan.. 

KU BERSYUKUR TANAHAIRKU MASIH AMAN  

Alhamdulillah...
Saya rasa bukan saja saya, malah ramai kita yang memang bersyukur dilahirkan dan membesar setelah negara kita mencapai kemerdekaan.

pic : malaymailonline
Terima kasih diucapkan buat semua perajurit yang menggadaikan nyawa demi sebuah kemerdekaan.

Kadang-kadang selalu terbaca frasa atau ayat-ayat sinis komentar orang-orang kita.. 
"Yeelaaahhhh... Malaysia kan masih aman..."
Betul, Malaysia masih aman. Disebabkan Malaysia masih aman lah..

Kita masih boleh tidur lena di atas tilam vono kesayangan di kediaman kita.
Kita masih boleh bersesak-sesak keluar shopping semasa Sogo Sale  atau Jalan TAR
Kita masih boleh beratur panjang nak dapatkan parking untuk menikmati sepinggan meatball di Ikea Damansara ;)
Kita masih boleh melihat anak-anak kita bersuka ria di taman permainan
Kita masih boleh meredah kesesakan lalulintas setiap pagi dan petang untuk pergi dan balik bekerja
Kita masih boleh berbisnes Shaklee dan membantu menambah nilai hidup orang lain..

Syukur bukan??

MENGGALAS SENAPANG ITU TIDAKKU MAMPU

Siapa yang sanggup berada dalam medan peperangan?
Siapa yang sanggup galas senapang dan bertempur di barisan hadapan?
Siapa yang sanggup tinggalkan tilam empuk dan keluarga untuk gadai nyawa dan jiwa untuk dapatkan semula keamanan negara?

Siapa?

Ya, menggalas senapang itu tidakku mampu..
Malah tak tercapai akal bagaimana nak lalui hidup kiranya Malaysiaku ini masih dijajah..

TERIMA KASIH UNTUK KALIAN

Terima kasih buat mereka yang memilih kerjaya untuk berbakti kepada nusa dan bangsa
Terima kasih juga buat isteri-isteri serta anak-anak mereka yang hidup mereka yang setiap saat redha dan bersedia pada bila-bila masa bilamana 'tulang belakang' mereka dipanggil untuk mencurah bakti

pic: malaymailonline
Hanya insan-insan terpilih sahaja yang sanggup melalui semua ini..

Makanya saya masih bersyukur..
Saya harap anda juga bersyukur..

Mari kita doakan agar Malaysiaku ini kekal aman hingga anak cucu cicit kita nanti...

Amin Ya Robbal 'Alamin..  

pic: themalaysianinsider
Selamat Hari Kemerdekaan !!

No comments:

Post a Comment