Skip to main content

Aliff Rayyan : 1 tahun 4 bulan

Assalamualaikum...

4hb lepas Aliff Rayyan dah genap 1 tahun 4 bulan.

Perkembangan? Macam kurang berkembang aje... ish ish ish..
ok.. let me see...

1. Aliff suka duduk kat birai katil/kerusi/tangga.. jenis kaki terjuntai camtu.

2. Berjalan? secara rasmi belum lagi.. aritu dah mula berjalan 13 Januari 2011 masa kat rumah mak. 2 hari je dia jalan. Hari ketiga mak saya dengan tak sabar2nya pegi bawak Aliff urut kaki die. Lepas tu Aliff dah taknak jalan dah sampai sekarang.. tak tau la ada kaitan ke tak ngan kesan urut tu. Pada saya Aliff boleh jalan tapi dia cam takut kalau tak pegang pape. So sekarang kene pimpin atau die pegang la dinding ke, meja ke, kerusi ke untuk jalan..

3. Nampak agak keras hati sikit. Kalau dia tak nak buat, dia takkan buat... Dulu ajar dia tatih, memang dia keraskan badan dia taknak bangun pun. Tatih apetah lagi. Sekarang dia nak jalan berpimpin, kalau nak lepaskan tangan, dengan cepat dia dudukkan diri dia.. Memang kena ikut flow dia la..

4. Sekarang dah macam stop menggigit. Tak taula kalau time nak tumbuh next gigi pulak. Sekarang gigi depan ada 8 (4 atas, 4 bawah) + 2 gigi geraham kiri kanan bawah. Total 10 batang gigi. Sangat tak suka gosok gigi. Kena paksa la sampai mengamuk2 la kat dalam bilik air..

5. Dah makan macam2 gak. Tapi kalau tak perhati dia makan, dia akan polok (sumbat semua sekali dalam mulut). Pastu mula lah cam nak tercekik & muntah balik. Memang menakutkan betul. Kalau kita tengok die makan, elok pulak dia gigit sikit2.. Bertuah betul!!

6. Kalau Husna nangis (Husna kuat cengeng sikit), Aliff selalu panggil "kakak..kakak..".. dengan style nak memujuk camtu..

7. Husna panggil "ummy", Aliff lak ntah bila dok panggil "mama..mama".. aishh.. Husna pun ngikut pulak panggil "mama".. alahh.. tak gemo den

8. Aliff masih fully breastfeed. Walaupun stok dah tak banyak mana, tapi still cukup la sebab Aliff tak kerap sangat menyusu.. suka makan
9. kalau kita sebut "bismillah.." automatik Aliff akan tadah tangan nak baca doa.. kalau duduk kat car seat je pun automatik tadah tangan nak baca doa naik kenderaan.. kita pun lom sempat duduk lagi hehe..

Ermm.. tadi mula2 rasa cam takde perkembangan sangat.. tapi sebenarnya banyak gak ehh.. Nak tulis lagi tapi cam dah terlebih panjang dah..
Kadang2 kita tak beri perhatian perkembangan yang pada kita kecik2 aje.. sedangkan itu mungkin pencapaian yang besar maknanya untuk anak tu..
ya, nampaknya saya yang kurang bersyukur.. alhamdulillah..

Comments

  1. Saya pon dok risay ryyan saya slow. Tapi rasanya persaan mak je kot..

    p/s : baru perasan nama nak sama.. hehe... Muhammad Ryyan .. Aliff Rayyan.. hehe

    ReplyDelete
  2. waaaa, dah setahun 4 bulan dah aliff.. comelnyer aliff wat mate tuh..

    * tetiba teringat, mase balik kuantan baru nih, ade anak kwn abg ipar aku, setahun 4 bulan gak, berat dah 16 kg! stress plak aku tgk budak tuh lagi besar dr Qisya.. huhuhuu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …