Friday, 11 June 2010

Info pasal road signages : part last



hai.. kembali bersiaran... hari ni full day ada mesyuarat anggota BSFJ kat Blok A, KKR.

well ok.. nak sambung sikit aje lagi..

kat bawah ni contoh jalan persekutuan utama kat semenanjung malaysia. Ni pun mungkin tak up to date sehingga 2010. seperti yg pernah diinfrom sebelum ni tanggung jawab penyenggaraan jalan persekutuan ni dibawah JKR persekutuan..


Untuk jalan negeri (dibawah tanggung jawab kerajaan negeri) 'nombor laluan' atau 'route no' jalan tu bermula dengan huruf dan kemudian nombor. Huruf2 tu adalah sama dengan plat pendaftaran kenderaan kat negeri masing..
contohnya
M11 (melaka),
B23(selangor),
C34(pahang) dan seterusnya..

Ok yang cam laporan trafik tu camne nak tau?

laporan trafik yg kita dok dengar tu agak teknikal sikit kan.. info macam tu digunakan untuk memudahkan pihak berkuasa cam polis, bomba ke untuk tahu secara spesifik kat mana kejadian contohnya kemalangan dsb..

so die akan cakap.. kemalangan berlaku di laluan 5, kilometer 123.. ala2 gitew la kan..

untuk jalan persekutuan, kita ada satu bende yg dipanggil Kilometer Post atau shortform nye KM Post..
ada 2 jenis KM Post.. Type A dan Type B..

Ok tengok gambar dibawah.. boleh bezakan dari bentuk KM Post tu sendiri.. satu tu kepala die cam mereng sikit.. satu lagi rata hehe..

::KM Post Type A (every 5km)::

so kalau korang jumpa KM post cam atas ni.. maka anda berada di
Route No 5, kilometer 215 arah selatan..
camne nak tau arah selatan? sebab bandar terakhir adalah JB

Maksudnya anda sedang memandu di laluan no. 5.. kalau anda terus kekal ikut laluan ni.. lagi 34km anda akan jumpa Muar dan untuk sampai JB lagi 222km..

katakan korang jumpa kemalangan ke..sesat ke.. kalau call polis tu boleh inform secara jelas dan tepat kat mana kedudukan korang ok..

::KM Post Type B (every 1 km)::

KM post type B ni kurang sikit info die berbanding KM Post Type A.. yang takde just info pasal bandar terakhir aje.. bandar terdekat ade aje =D..

Km post ni diletakkan setiap km.. yang akan berubah will be nombor seksyen die tu.. but kalau tak jumpa km post tu mungkin patah ke hilang ke.. sorry la yer.. =D

Ok itu untuk jalan persekutuan, kalau untuk highway lain sikit.. die tak guna km post, die guna 'penanda seksyen lebuhraya'

contohnya seperti ni..


so selalu jumpa kan?
sama jugakla kegunaannya tapi takde la info banyak2..just nombor seksyen aje..
so kalau cam gambar tu.. korang kat lebuhraya utara selatan (E2) di Kilometer 200.1
bende ni die letak setiap 100 meter.. selalunya kalau highway samada die letak kat tepi jalan or kat tengah2 kat median/pembahagi jalan tu..

so kalau dengar info trafik pasni, dah boleh agak la ye lagi berapa jauh korang akan sampai ke lokasi2 tarffic jam ke..kemalangan ke.. so boleh beware sikit ok.. kalau nak report apa2 pun lebih tepat k..

so aku harap dengan info ni membantu korang menggunakan jalan2 kat malaysia ni..
so balik kerja nanti/balik kampung boleh tinjau2 apa yg ada kat sekeliling jalan korang yer..

No comments:

Post a Comment