Wednesday, 28 July 2010
:: Lunch @ Restoran Cheng Ho ::
Kami amatlah lambat keluar untuk lunch sebab menunggu ex-boss yang tiba2 kene panggil meeting dgn pengarah kanan.. sudahnya almost kol 2 baru keluar ofis.. gile lapar tak hengat.. dah le tak breakfast pagi tu pasal lambat sampai opis.. haihh..
Lunch hari tu kat Restoren Cheng Ho milik Amy Search.. (tapi tak nampak la Amy Search nye..).. owh.. sebelum ni aku pernah dengar nama aje.. ok, sekarang dah jejak kaki =D.. Restoran ni makanan die konsep chinese muslim punya style..
Bos pilih set untuk 10 orang (kami 7 org aje..).. so menu die nasi putih, tomyam seafood (kot), daging black pepper, siakap 3 rasa (kot), tofu dgn oyster sauce, mixed vege, omellete + long bean,red ruby+jackfruit, chinese tea. btw, saya betul2 tak hengat ape nama makanan yg kitorang makan pasal orang lain yg order..so menu tu lebih kurang la camtu la.. nama sebenar tak ingat =D..
Makanan? tak sempat nak snap sebab semua orang cam kebulur aje hehe.. tak ingat nak posing2 bagai..gambar pinggan kosong ade laa =D. Makanan semua sedap2.. licin habih semua pinggan mangkuk.. walaupun chinese style, tomyam & tofu die memang pedas la.. lenkali kalau nak order, mesti order taknak pedas la.. (err.. ada hajat juga ye nak gi balik hehe..)
Restoran ni terletak di Block 3b-15-17g, Belakang Pasaraya Carefour, Seksyen 4, Wangsa Maju.
Friday, 23 July 2010
~~Al-kisah Biskut Raya~~
Bulan puasa dah hampir dekat.. nampaknya sana sini promosi kuih raya dah mula. Dah tu email dari yahoogroup Rnet dah banyak soalan2 resipi berkaitan kuih raya.
Saya belum berfikir nak buat biskut raya apa tahun ni.. err puasa pun belum oiii!!
Saya suka buat sendiri, tak berapa suka beli.. test mana2 resipi yang nampak cun atau banyak review bagus2. Kalau hasilnya memuaskan hati saya and hubby adn Husna pun kata okay, then buat la banyak2 ke..
Sejarah saya start buat kuih raya ni of course la lepas kawin, tahun 2006. Masa tu memang excited nak cuba macam2 resipi, tengok menarik aje..try buat.. dah tu masa tu tak reti pulak nak cut half bahan2 resipi tu.. buat ikut sebijik2 resipi.. so ada yang dapat baaanyaaakk gile sampai dah penat nak terap biskut hehe.. ada yang terbuang je sebab tak jadi.. memang pembaziran ok.. sebab banyak resipi yang hampeh la.. saya tak ingat berapa resipi saya buat tapi baaanyaak laa... =D tak percaya leh tanya hubby saya hehe
Tapi selepas 4 tahun, takkan la saya maintain je perangai tak berapa bijak tu kan?.. of course dah banyak pengajaran yang saya dapat... sekarang saya tak buat banyak2 jenis biskut. Cukupla setakat 3-4 jenis ke tapi yang confirm sedap (pada saya la..).. dan yang pasti banyak biskut coklat laaa.. sebab kami ♥♥♥ coklat hehe =D.
:: antara biskut raya tahun 2008 ::nota: gambar biskut raya tahun 2009 ntah kat mana saya simpan.. kalau jumpa, saya upload later ~~
Thursday, 22 July 2010
Sesi Menambah Kalori : Pot Luck Ofis ♥♥
aiseyman.. hari ni belum wat kerja lagi.. ooppss kantoi lak =D
Lamaaaa tak buat pot luck.. dan akhirnya hari ni ada sesi menambah kalori.. =D

Monday, 19 July 2010
Cuti dah nak habis..tapi...
Sehingga kini cuti dah habis untuk...
4-5 Januari - balik kelantan (2 hari)
26 Januari - EL (1 hari)
9 Februari - EL (1 hari)
3 - 4 Mac - anak2 demam/tak sihat (2 hari)
13 Mei - EL (1 hari)
3 - 4 Jun - prepare Husna nye besday (2 hari)
18 Jun - dragonboat (1 hari)
*EL biasanya sama ada anak2 tak sihat or saya yg tak sihat..
total cuti yang sudah diguna = 10 hari
event akan datang...
29 - 31 Julai - wedding SIL kat kelantan(2 hari) ~ni baru dpt tahu last 2 weeks aje ni..
24 September - wedding my adik kat Lahad Datu (1 hari)
8 - 13 September - raya kat kelantan (3 hari)
7 - 11 Oktober - preparation & wedding my adik kat sini~umah kami (3 hari)
total hari cuti diperlukan = 9 hari
baki cuti yang hanya 5 hari sahaja.. ni belum termasuk mana-mana cuti kecemasan..
Unpaid leave?? banyak wooo nak unpaid sampai 4 hari..
saya bercadang untuk tak apply unpaid leave sebab mungkin unpaid leave diperlukan pada masa2 kecemasan lain..
so camne? wa suda pening wooo.. (@_@)v
Wednesday, 14 July 2010
My Love : Asyrani Husna
:: Husna bace doa makan ::
Asyrani Husna.. 26hb bulan depan dah nak genap 3 tahun.
Banyak Husna dah pandai.. (puji anak sendiri ko.. hmm sape lagi nak puji kalau tak mak die hehe..) taktau nak list camne.. tapi yang paling pandai ialah buat perangai =D. Kadang2 amatlah mencabar kesabaran ummy. Selalu kalau ummy dah hangin, memang ayah akan take over terus.. kalau tak, memang 'kene' la ngan ummy.. adoii..
Sekarang Husna memang amatlah dengki dengan adik Aliff.. selalu kalau ummy tak pandang, mesti Husna pukul Aliff. Tapi kalau tak sakit sangat Aliff selalu takde reaksi..blurr aje muka.. kalau sakit betul baru Aliff nangis.. nasib baik anak bujang ummy ni kuat..
Sekarang Husna suka tiru apa Aliff buat.. kalau Aliff panjat belakang ummy/ayah, Husna pun nak join sekaki, kalau Aliff main mainan, Husna rampas nak main jugak.. memangla kalau Aliff buat nampak comel la..tapi Husna wat mesti kene tegur ngan ummy/ayah.. mesti Husna bengang hehe..
Kadang2 ummy marah Husna.. nanti bila dah ok ok, Husna datang kat ummy tanya "nape ummy marah Husna..?".. alahai.. ummy taktau nak cakap camne.. cian anak ummy ni..
Husna masih maintain tak kasi ummy dok rapat2 ngan ayah. tapi ummy pun maintain suka usik anak ummy ni.. nanti nangis la Husna sebab ummy dok rapat2 ngan ayah.. saje aje..=D
Husna pun masih maintain sangat sensitif kalau tengok tv cerita sedih2 hatta cerita doraemon or ultraman cosmos (altrames komos, husna katalah)
Husna pada ummy dah memang dah petah bercakap.. cuma kadang2 kalau bende pelik2 tak sure jugak apa yg die cakap. tapi overall semua yang keluar dari mulut Husna tu boleh difahami. Pelat tu ade la sikit2..standard arr kan..=D
Doa pun dah boleh ikut sikit2 cam doa naik kenderaan, doa makan, doa tidur..
Tapi yang merisaukan ummy ni, Husna agak kurang berminat dengan buku. Sekejap aje dah bosan.. Nenek pun komplen.. Takpela.. belum lagi kot.. =D
Tupperware Brands Product Fair @ SCC
wah wah wah.. pagi2 dah terima email menggoda duit ku hehe.. ada Product Fair Tupperware kat SUnway Convention Centre nampaknye.. alamak.. 18hb tu ade kenduri lak kat Tanjung Karang.. uish uish.. camno ni.. sempat tak nak ushar2 aje ni.. Sunway Convention Centre ni tak silap aku kat CP3 SunwayPyramid.. jangan Sunway lain sudah..

EVERYONE’s invited to our Product Fair on
18 July,
Sun, 1.30-7.30pm
It’s going to be a day of fun and excitement and a great opportunity
to know Tupperware Brands; touch, see and feel our products, learn about the
opportunities we offer and have an experience of the exciting world of TupperwareBrands!
We’ve got an exciting line-up of activities – lots of fun and games to win great prizes from Tupperware Brands.
Bring a friend along too. Admission is FREE!
For further information, please contact our toll free number at
1300 88 5500 (Malaysia) OR visit our website at
http://www.tupperwarebrands.com.my/
Tuesday, 13 July 2010
Pinjam Buku Secara Online : Q'reazant Enterprise
Q'reazant Enterprise
42-1-1A, Jalan Medan PB2B, Medan PB2,
Pusat Bandar Bangi.
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
43650
contactus@qreazant.com
Opening Hours: Tuesday through Sunday 11.00 am to 7.00 pm
Close on Monday
.................................................................................................................
Artikel di bawah merupakan artikel dari myMetro

SANTAI...ruang membaca disediakan bagi kanak-kanak.

Deretan buku pelbagai genre dan bahasa tersusun kemas di atas rak mengikut susunan abjad nama penulisnya.
Rak buku berkenaan pula dicat dengan pelbagai warna yang menimbulkan suasana ceria dan tenang, sekali gus menepis stigma negatif mengenai kedai buku.
Premis yang menawarkan perkhidmatan pinjaman buku itu bagaikan mini perpustakaan bagi individu yang gemar menjadikan buku sebagai teman dan tempat mencari bahan bacaan.
Bagi pemiliknya, Raja Nazatul Akhma Raja Fuaddin, 28, idea membuka kedai ini tercetus apabila melihat koleksi bukunya semakin banyak dan ruang di rumahnya semakin terhad untuk menempatkan bahan bacaan itu.
Katanya, sejak kecil dia dan adik-beradiknya yang lain diterapkan dengan minat membaca oleh ibu bapa dan hampir setiap bulan pasti ada bahan bacaan baru dibelinya.
"Lama-kelamaan buku semakin banyak dan menimbun sehingga rak buku tidak lagi mampu menampungnya.
"Daripada terperuk 'dihiasi' habuk, saya terfikir ada baiknya jika buku itu dikongsi dengan orang lain dan dari situ tercetus untuk idea untuk membuka kedai ini," katanya yang menjalankan perniagaan bersama adiknya, Raja Ezatul Akhma, 24.
Pada mulanya dia hanya menjalankan servis itu daripada rumahnya, namun apabila jumlah pelanggannya semakin bertambah dia mula berfikir untuk mencari ruang lebih besar dan selesa.
Katanya, sehingga kini dia memiliki hampir 4,000 jenis buku yang merangkumi pelbagai jenis, genre dan bahasa yang mengikut selera pembaca.
Tambahnya, plabagai bahan bacaan, daripada ilmiah hinggalah ringan seperti komik dan majalah boleh didapati di Q'reazant.
Dia berkata, harga kebanyakan buku, terutama yang ditulis oleh penulis antarabangsa, lebih mahal berbanding buku tempatan.
"Sesetengah pembaca kurang berkemampuan mendapatkan bahan bacaan terbabit serta berasakan mungkin tidak berbaloi mengeluarkan belanja besar untuk sebuah buku yang dibaca hanya sekali.
"Justeru, di Q'reazant kami menawarkan pelbagai buku hasil tulisan penulis antarabangsa, termasuk yang menjadi kegemaran pembaca di luar negara," katanya.
Raja Nazatul berkata, setiap bahan bacaan yang ditempatkan di premisnya mendapat permintaan tertinggi pembaca di negara ini.
"Lazimnya setiap dua bulan sekali kami membeli bahan bacaan terbaru sama ada melalui syarikat penerbitan mahupun ketika pameran buku berskala besar.
"Kami hanya memilih bahan bacaan yang menduduki tangga teratas dalam senarai kedai buku terkemuka di negara ini bagi memenuhi cita rasa dan selera pembaca," katanya yang mempunyai memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran), Universiti Putra Malaysia.
Tambahnya, setiap kali 'memborong' buku, dia akan memperuntukkan hampir RM6,000 untuk mendapatkan bahan bacaan yang benar-benar berkualiti.
Sementara itu, Raja Ezatul menolak persepsi masyarakat yang sering melabelkan seseorang yang menggemari buku sebagai ulat buku dan kurang bersosial dengan masyarakat luar.
"Jika dilihat di negara Barat, membaca menjadi budaya mereka, malah kita boleh melihat di mana-mana saja mereka akan membaca jika ada waktu terluang.
"Cuma di negara ini, minat membaca di kalangan masyarakat masih rendah dan dan secara tidak langsung mengundang pandangan skeptikal sesetengah masyarakat kepada individu (gemarkan buku) berkenaan," katanya.
Sejak kedainya beroperasi tiga tahun lalu, sambutan diterima memuaskan dan kebanyakan pelanggannya adalah golongan perempuan berusia 20 hingga 30 tahun.
Lebih menarik, Q'reazant turut menawarkan servis pinjaman buku secara dalam talian dan pelanggan boleh membuat pilihan buku melalui laman webnya.
Katanya, pembaca boleh melanggan pakej disediakan dengan bayaran tertentu secara bulanan dan buku yang dipesan akan dikirim kepada pembaca dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.
"Bayaran dikenakan termasuk kos penghantaran. Kami menjalin kerjasama dengan Pos Malaysia bagi memudahkan proses penghantaran buku yang dipesan.
"Apabila pelanggan mahu memulangkan semula buku, mereka hanya perlu memaklumkan kepada kami dan anggota Pos Malaysia akan terus ke rumah mereka untuk mengambil buku itu. Cukup mudah," katanya.
Bagi pinjaman dalam talian, tiada tempoh masa pinjaman ditetapkan, sebaliknya mereka perlu membayar yuran pinjaman setiap bulan.
Raja Ezatul berkata, bagi pembaca yang meminjam terus daripada kedai, mereka perlu membayar deposit dan sewa bagi setiap buku dipinjam.
"Apabila mereka (pelanggan) memulangkan buku, kami akan mengembalikan semula wang deposit. Had tempoh pinjaman sebuah buku adalah 30 hari. Setiap kelewatan dikenakan caj RM0.50 sehari," katanya.
Selain itu, Q'reazant mengadakan bengkel membina kemahiran komunikasi dan sains untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun pada Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
Katanya, mereka juga mengadakan kelas tuisyen berskala kecil bagi murid sekolah rendah untuk mata pelajaran Matematik, Sains dan bahasa Jepun.
>INFO
> Ditubuhkan sejak 2007 dan terletak di Bandar Baru Bangi
> Memiliki lebih 4,000 jenis buku pelbagai genre dan bahasa
> Pembaca boleh membuat pinjaman secara terus atau menerusi dalam talian (on-line)
> Tempoh pinjaman yang dibuat di kedai adalah 30 hari
> Bagi pembaca yang membuat pinjaman menerusi on-line, tiada had masa ditetapkan
> Untuk keterangan lanjut sila layari www.qreazant.com atau www.facebook.com/qreazant
>PROFIL
NAMA: Raja Nazatul Akhma Raja Fuaddin
UMUR: 28 tahun
ASAL: Bangi, Selangor
ADIK-BERADIK: Kedua daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Kejuruteraan (Rekabentuk Industri), Universiti Takushoku, Jepun dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran), Universiti Putra Malaysia
>PROFIL
NAMA: Raja Ezatul Akhma Raja Fuaddin
UMUR: 24 tahun
ASAL: Bangi, Selangor
ADIK-BERADIK: Bongsu daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Perniagaan (Sumber Manusia), Universiti LaTrobe, Australia



