Wednesday 11 October 2017

Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands

Assalamualaikum dan hello :)

Ok sambung cerita dari part Cameron Highlands-Hari 1-Dari Subang ke Brinchang.

2.45pm kami check-in RPP Cameron Highlands.

Check-in beramai-ramai
ruang menunggu

Masa di RTC Perak saya dah terima call dari pengurusan RPP Cameron nak confirm kan sama ada saya jadi masuk atau tak.. Jadiiii insyaAllah hihi.. ;)

Masa check-in hanya tunjuk kad pengenalan. Bayaran telah pun dibuat dalam masa 7 hari dari tarikh booking. So ala-ala lenggang kangkung gitu.

waktu saya check out, 8.30pagi
Dah siap isi borang dan buku, pegawai tu serahkan kettle dan 2 remote control (astro & aircond). TV on tekan button belakang tv je.  Remote control dan kettle perlu diserahkan di kaunter semasa check out nanti.

Kami menginap di Bilik Biasa aje. Tak dapat nak booking Apartmen. Fully booked. Pejabat pengurusan RPP terletak di blok Bilik Biasa juga. Dan hanya 2 tingkat (tiada lif). Kami dapat bilik Anggerik 5 (A5) yang berada di tingkat atas pejabat pengurusan. Total Bilik Biasa : Tingkat atas bilik Anggerik 1-12, tingkat bawah Bilik Mawar (3-6) (sama level lobi pendaftaran).

semua ni Bilik Anggerik
our room
 

Walaupun namanya hanyalah Bilik Biasa tapi keluasannya macam bilik family. Ada 1 katil queen dan 1 katil single. Dan boleh bentang toto lagi. Dan harganya cuma RM50/malam hehe... mana nak dapat weh..

sampai bilik kasi landing atas katil jap :)
1 katil queen, 1 katil single

Tapi dengan harga macam tu tak boleh expect high end punya servis lah kan.. Ada beberapa perkara yang perlu take note yang mana RPP tak sediakan di dalam bilik. So kena bawa dari rumah ok.

Disediakan
  1. Ironing area ada disediakan di ruang tangga betul-betul depan bilik kami.
  2. Aircond ada dalam bilik tapi sepanjang masa tak on pun hehe
  3. Sejadah ada disediakan
  4. Gayung ada
  5. Penyangkut baju ada pelbagai jenis. Rasanya orang-orang yang duduk situ yang tinggalkan (agaknye...)
  6. Peti ais mini
 Tidak disediakan
  1. Tuala mandi
  2. Alat mandian (ada disediakan 2 biji sabun saiz mini tu sahaja)
  3. Teh/kopi/gula/air mineral(Air mineral ada dijual di kaunter pendaftaran RM1/botol)
  4. Sarapan
  5. Bantal/selimut extra
  6. Hair dryer
air mineral RM1/botol kat kaunter pendaftaran. Borong habis 5 botol sebelum pergi MARDI petang tu.

ironing area



Servis tukar cadar ke, cuci bilik, ambil sampah 

Rasanya macam tak ada.

Sampah kita kena buang sendiri sebelum check out ok. Ada 2 tong sampah disediakan dalam bilik. Mulanya saya ingat tak cukup besar palstik sampah tu, rupanya bila dibuka, plastik tu sangat besar dan cukup tampung sampah bekas-bekas makanan untuk 2 malam kami di situ.


signage kat pintu bilik
plastik sampah yang disediakan memang Xtra Large. Ni sampah we ols 3hari 2malam
Siaran TV/Astro
saya pun tak pasti apa siaran yang ada. Tak ada maklumat dalam bilik. Tapi antara yang dapat buka HBO, Astro Ceria, ada siaran sukan tapi tak ingat channel apa. Tak sempat sangat pun nak tengok tv. Kata motif nak berjalan... hihi

Tempat BBQ
Ada disediakan beberapa tempat.

tempat BBQ depan Asrama

Taman Permainan
Taman permainan ada dalam kawasan blok Bilik Biasa ni. Senanglah anak-anak nak main. Tapi masa kami berada lepak di bilik agak sedikit. Banyak spend masa kat luar. Dan bila time memang nak lepak-lepak je, hujan pulak turun. Walaupun tak lebat mana, tak ada lah nak bagi anak-anak main dalam hujan.

excited!

view dari koridor bilik

RPP Cameron Highlands ni agak dekat dengan tapak Pasar Malam Sg. Ruil. Kalau ada pagar jalan belakang, rasanya kami dah jalan kaki aje ke pasar.

tapak pasar malam kat apartment yang boleh nampak tu

Depan RPP pula ada kebun strawberry iaitu Healthy Strawberry. Jalan kaki depan pagar masuk RPP aje. Dah sampai. Tak payah jauh-jauh. Boleh petik strawberry juga kat sini.

healthy strawberry tuuu kat depan pagar RPP

View sangat cantik dari RPP Cameron Highlands ni. Tengok sunrise dan sunset.. subhanallah sangat indah :D

ada balkoni untuk menikmati pemandangan dan udara nyaman
sunrise
pemandangan sunset dari balkoni bilik

Dan bila kabus tebal.. fuhhh sejukk... tapi memang awesome :D. Cuba tengok video ni. Ni waktu petang tau masa hujan renyai :D






Itu je cerita RPP Cameron Highlands.. sambung next pulak. Trip hari pertama ke Taman Agroteknologi MARDI.

Wassalam...

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas 

No comments:

Post a Comment