Tuesday 26 September 2017

Kenapa akhirnya pilih IUCD

Assalamualaikum dan hello :)

Ingat tak dilema nak pilih kaedah perancang keluarga tu.. boleh baca sini

Ok, masa tu whatsapp kawan2 tanya siapa yang pernah guna alat2 ni macam IUCD atau implanon. Tapi mostly kawan2 semua kata rancang sendiri. Yang kawan yang ada problem kena minor surgery untuk buang IUCD tu pun katanya planning sendiri (secara azal) aje. Dah trauma dengan IUCD.

Tapi dapat whatsapp seorang kawan yang ada pengalaman guna dua2 IUCD dan implanon. 2 kali guna IUCD dan lepas bersalin anak no. 3 dia saja-saja cuba implanon pula.  Saja nak try katanya.  Dan bila saya minta pendapat, katanya kalau dah buka implanon nanti, dia akan pakai IUCD semula. 

So disebabkan kawan ni, makanya saya terbuka hati nak cuba IUCD pula. Nak pulak katanya IUCD ni FREE aje pasang kat Klinik Kesihatan. Hihi penjimatan banyak tu..

Saiz IUCD, kecikkk aje rupanya

So teruslah saya call Klinik Kesihatan terdekat dengan rumah (sebab masa call dia tanya dulu duduk area mana). Dan saya tanya boleh pasang IUCD tak kat situ.

Daripada maklumat yang saya dapat masa call,
  • Call untuk dapatkan tarikh temujanji pasang
  • Sebaiknya call awal-awal period (hari pertama)
  • Pemasangan lebih baik masa heavy period 
Nasib saya, call masa dah hari ke-5 period (agak lewat) tapi terus dapat tarikh keesokan harinya petang. Tapi atas masalah kelewatan kat klinik, tak sempat nak pasang petang tu sebab kena buat ujian kencing, ujian darah, menunggu lagi.. so doktor minta tukar the next day pulak. Datanglah lagi pagi tapi dah tak perlu buat urine test dan blood test dah. Tapi menunggu still 2jam jugak ;D

Pemasangan?
Siapa yang pernah buat pap smear, pada saya prosesnya hampir serupa ja. Sakit ke? Hmm.. kalau dah rasa sakit bersalin, ni kira kacang aje lah haha... Tapi untuk saya, tak rasa sakit, tak ada rasa tak selesa/ sakit perut dll. 

Satu tips untuk tak rasa takut, JANGAN TENGOK apa-apa alatan yang digunakan. Pandang tempat lain sudah haha.. Jangan tak tau, saya kalau kena ambil darah pun toleh pandang dinding.  Penakuttt huhu.. Sedangkan bila pregnant dengan diabetes ni punya banyak kali kena ambil darah, dengan ujian MOGTT, Hb1AC, BSP lah.. SO rules die, takyah la tengok.. hihi


Tapi biasa-biasa habis period 7 hari, drag tambahan 3 hari period berlanjutan... yang ni yang rasa kurang selesa sebab dah terbiasa habis 7 hari dan cycle on time :D. Cuma kena ingat je, kalau 15hari masih dikira period, tapi kalau lebih dari 15 hari dah perlu solat sebab dikira darah istihadah.

Saya ada juga terbaca period cycle mungkin akan terganggu dalam masa 3 bulan pertama pakai IUCD. Tapi ada juga yang saya baca pengalaman orang lain sampai 1 tahun terganggu period. 

Untuk saya sendiri baru 1 kali period selepas pasang, period datang agak awal (25hari) daripada cycle biasa (28hari) dan masih sama, 10hari. Biasa-biasa hari kedua dah heavy, tapi kali ni hari keempat baru heavy.. rasa tak selesa juga kan? Itulah agaknya ramai tak memilih pasang-pasang alat ni. Sebab bila ada terganggu sana sini, ganggu emosi jugak secara tak langsung pun :)

Lepas pasang, doktor akan bagi tarikh untuk check IUCD, benang. Nurse pun pesan boleh rasa benang tu, boleh check sendiri macam style meruang. 

So buat masa ni itu ajelah yang boleh dikongsi. Maybe lepas 3 bulan kita tengok sama ada period masih terganggu atau tidak.. Dan rumusan yang saya boleh buat adalah IUCD ni tak menggerunkan macam apa yang saya fikirkan.. anything kalau pelik2 berlaku cth pendarahan berlebihan ke, silalah rujuk semula doktor untuk check ok :D

No comments:

Post a Comment