Friday 19 August 2016

Makyong Mengidam Philips Pressure Cooker ;D

Assalamualaikum dan hello :)

Sekarang tengah penyakit ngidam nak beli pressure cooker (PC) elektrik.
Pulak dahhh.  Haritu kata nak beli jenis biasa masak atas dapur je macam mak punya sebab harga jauh lagi murah berbanding PC jenis elektrik.

Ginilah cerita tiba-tiba tukar fikiran tu...

Alkisahnya, lately ni anak-anak dok request nak bawa bekal gi sekolah macam dulu. Sebelum pregnant dulu rajin siapkan bekal Aliff & Husna tapi sejak mabuk pregnant dah tak larat nak bangun awal siapkan bekal/ bento.

Dok mengelamun fikir kalau la boleh masak pagi-pagi dengan cepat tapi tak perlu tunggu kan senang. Dok terfikir cepatnya masak guna pressure cooker sejak mencuba haritu, bolehlah nak masak pagi-pagi dengan pressure cooker. Macam masak nasi goreng just 7minit je (tak termasuk preparation).

Cuma masalahnya bila guna PC stove-top ni, nak kena mengadap/menunggu kat dapur. Tak boleh nak biarkan je. Kena tutup api karang hangit pulak kan... Sedangkan pagi-pagi lah masa yang super duper busy dan nak pantas macam lipas kudung nak buat segala-galanya hehe..


So sekarang tengah consider untuk beli pressure cooker jenis elektrik. Tekan-tekan set timer, tinggalkan je. Boleh buat macam-macam kerja lain. Boleh mandi, solat, tukar pampers anak, siapkan baju-baju anak..  Ececehhh...hihi

Dalam kepala dah set dah aim pressure cooker elektrik jenama Philips. Ada orang kata kapasiti kecil je 6L kalau banding dengan PC yang glemer tu lagi besar (8L kot).  Tapi ok je pada saya untuk kegunaan harian sekeluarga. PC Trio mak saya pun kapasiti 9L tapi selama ni saya tak guna full pun sebab tak masak banyak sangat macam kenduri :).

Ok sekarang tengah gigih hari-hari survey harga Philips Pressure Cooker HD2139 nak tengok mana-mana ada offer baik hehe... Dah siap join group pengguna Philips Pressure Cooker kat FB lagi haha!. Semangat sangat weh.. 

Jangan nanti jadi tukun tiruan sudahhh hehe...

Tuesday 16 August 2016

Resipi : Nasi Kerabu Kelantan Yang Memang Super Sedap

Assalamualaikum dan hello :)

Last last weekend saya menerai (try) resipi "nasi kerabu terlajak sedap" dari blog kak Azie Kitchen.  Hasilnya memang marvelous lah.  Jangan tanya berapa pinggan saya makan haha!! Tuan resipi dah kata terlajak sedap, saya dah try memang terbukti super sedap lah.. Habis punah dietku setahun lepas. Lepas bersalin ni kena gigih dapatkan balik berat ideal hehehe...

Save resipi dah lama dah pun simpan dalam Evernote dalam phone sejak dok belajar masakan-masakan Kelantan ni. Tapi belum berkesempatan nak buat. 


Ni lah pun masalahnya bila pregnant ni macam-macam makanan rasa nak makan. Haritu malam-malam dok tanya husband, ade tak orang jual nasi kerabu malam-malam.. husband cakap kat Kelantan pun nak cari nasi kerabu tengah hari pun susah, ni pulak nak cari malam-malam hihii.. 

Since minggu tu membuak-buak rasa nak makan nasi kerabu, cakap dengan husband nak masak sendiri lah. List kan semua bahan-bahan yang nak dibeli Jumaat tu, tapi bila balik kerja dok cari ikan sardin semua kedai habis. So pagi-pagi Sabtu lah shopping barang.

Nasi kerabu ni memang pada saya renyah juga nak membuatnya. Ambil masa yang lama kalau nak hadap 1 hari. So ingat Jumaat malam nak masak sambal tumis dengan sambal ikan. Tapi dek ikan takde, just dapat masak sambal tumis aje lah malam tu. Dan siapkan kopek bawang segala.

Saya memang ikut semua sukatan yang kak Azie share cuma nasi je saya masak 3.5 cawan sebab periuk nasi kecil. 

Saya copy paste resipi Kak Azie kat sini untuk mudahkan saya cari balik nanti. Apapun terima kasih :D



Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak

Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.

Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam

Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Sambal kelapa ini sedap juga makan dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.

Sambal Cili (saya tak guna resipi ni sebab dah memang ada sambal lada kat rumah)
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya.



Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan (saya tak guna sebab takde stok kat kedai huhu)
Tauge (saya tambah)

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 



Nasi
5 1/2 pot beras (saya masak 3.5 cawan beras)
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru) (saya guna pewarna kuning 4 titis sahaja)
2 helai daun pandan (saya gantikan dengan serai & daun limau purut)

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 


Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Daging bakar
Solok lada
 
Untuk daging bakar ni, saya still gunakan resipi kak Azie tapi taklah sampai 1kg daging. Just dalam 300g je. So saya bahagi resipi pada 3 untuk sukatan yang sesuai. Dan disebabkan masa kurang, saya tak perap lama-lama pun. Just gaul-gaul bahan, masukkan semua daging, bahan perapan dan air dalam pressure cooker dalam 15-20 minit. Masa tu daging dah just nice empuk, saya bakar sekejap atas non-stick pan bagi kesan 'hangus-hangus' sikit. 
Dah siap masak, hiris nipis.

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging
2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
5 biji cili kering
3 biji bawang besar
2 sb jintan putih
1 sb jintan manis
6 batang serai
2 1/2 sb gula pasir (lagi sedap guna gula Melaka)
11/2 sb garam

Cara cara:
Basuh daging dan tos dalam 2 jam supaya air benar benar kering.

Kisar semua dengan menggunakan sedikit sahaja air untuk menggerakkan blender.

Perap selama 2-3 jam sebelum daging dibakar di atas dapur arang. Semasa dibakar, renjiskan sedikit minyak. Selepas masak, hiriskan daging nipis nipis dan dihidangkan dengan nasi kerabu.
 


Solok lada ni saya belajar masa balik raya di Kelantan baru ni. Silap juga tak tengok betul-betul sukatannya. Just ingat bahan-bahan je. Kalau nak sedap mertua dan ipar saya kata guna kelapa parut dari kelapa yang masih muda. Tapi kalau kat kampung boleh la nak kait kelapa gitu. Pokok kelapa belakang rumah je. Kat KL ni kelapa parut standard je yang dijual kat kedai-kedai hihi..

Kita guna aje lah sumber yang ada. Takyah nak susah-susahkan diri.

Solok Lada
Oleh : Norliza Othman

5 biji cili hijau cerah
1/2 biji kelapa parut
2 ekor ikan sardin
1/2 batang serai
2 cm halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Asingkan isi ikan sardin mentah (tak perlu masak) dan tumbuk halus dengan lesung batu dan masukkan dalam mangkuk besar.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, serai dan masukkan dalam mangkuk yang sama.
Tumbuk kelapa parut (tak perlu sehingga halus) dan masukkan dalam mangkuk.
Gaul semua bahan dalam mangkuk.
Tambah gula dan garam secukup rasa.
Cili hijau dibelah memanjang dan dibuang biji.
Sumbatkan inti kelapa kedalam cili dan susun dalam pengukus.
Kukus hingga masak.


Ok lah dah siap masak.. Jemput makan semua :D..
Jangan lupa baca doa makan ye hehe...

Wednesday 3 August 2016

Bestnya Masak Guna Pressure Cooker :)

Assalamualaikum dan hello :D

Masalah! Masalah!

Sekarang tengah kemaruk gak masak guna pressure cooker hehehe.. Asal kisahnya mula dok survey pasal pressure cooker ni bila member sekolah up status masak nasi daging guna pressure cooker dia model Noxxa keluaran Amway. Walaupun ia part of marketing dia sebab saya tau dia dealer Amway (hehe).. tapi the idea tu yang menangkap minat saya nak explore pasal pressure cooker ni.

Macam-macam jenis ada

Sebelum ni actually agak takut-takut nak beli/ guna pressure cooker sebab teringat ada sorang member FB pun up status daputnya berkecah teruk lepas pressure cooker nya entah nak sebut ape eh? meletup? emm lebih kurang gitu lah. 

Tapi lepas dok surf, baca, survey, tengok video bla bla bla.. rasa konfiden lak nak guna pressure cooker ni tapi tak beli pun.  Decide pinjam mak punya pressure cooker brand Trio yang saya tolong belikan kat Lazada quite sometime jugak. Mak pun beli sebab terpengaruh dengan makcik yang dah cuba guna. Tapi yang saya tahu selama ni mak just guna untuk masak bubur kacang je. Bubur kacang memang favorite ayah. 1kg kacang hijau tu masak dalam 10 minit je (kalau tak silap). Tapi later kurang dah guna sebab mak kata ayah tak suka kacangnya terlebih lembut. Pulok dahhh hehe...

Sejak dari tu saya cari resipi-resipi yang guna pressure cooker ni. Just nak tau anggaran masa memasaknya. Tapi ada yang bagitau setiap pressure cooker berbeza masa memasak. Kenalah try and adjust ikut pressure cooker masing-masing.

1st time saya cuba masa raya kedua lepas. Rebus nasi impit segera sebab masa tu ketupat dah almost habis. Ikut guide dari FB (maaf tak ingat penyumbang), rebus nasi impit 40minit. So saya cubalah. Lepas 40 minit, release wap etc, tengok tekstur dah ok tapi saya suka tekstur bila add lagi 10 minit. So anggaran saya untuk rebus nasi impit segera pek mini tu 40-50 minit.

gambar hiasan ihsan google
Then saya cuba rebus ikan untuk buat laksam. Ada banyak blog saya baca kalau rebus ikan guna pressure cooker tak perlu nak asingkan tulang dah sebab tulangnya lembuttt macam sardin dalam tin tu. So saya cuba macam saranan, rebus 60minit. Dah siap, tengok ikan, mak aiii memang lembutnya lah hai.. so blend aje terus ikan dengan tulang tu. Senang jadinya nak buat kuah laksa/ laksam hehe..


Lepas tu saya try untuk rebus kentang dan carrot nak masak kuah lontong/lodeh untuk jamuan raya CSFJ tingkat 10. Dah siap potong kiub kecil-kecil semuanya, rebus. Silap pulak tak timing masa. Rasanya dalam 15minit, bila wisel start bunyi, biar kejap then tutup api. Kejap dah empuk kentang/ carrot. Syok aihh hihi..


Projek seterusnya masak bubur nasi. Kebetulan masa tak sihat disebabkan keracunan & keletihan lepas jamuan raya cawangan haritu, try resipi masak bubur nasi ni. Ikut saranannnya 1 cawan beras + 6 cawan air, masak selama 15 minit.  Pergh kejap aje kan.. tak lah lama menunggu nak siap bubur. Siap masak 2 kali lagi sebab anak pulak nak makan lepas balik sekolah. Nasib baik siap dalam 15minit je haha.. Senang kerja ummy hehe..

Tekstur buburnya tak hancurlah tapi dah lembut.  Masa buka periuk tu air memang ngam-ngam dah kering. So saya decide lepas ni  maybe saya nak add lagi 1-2 cawan air dan masa memasak tambah lagi 5-10minit ke.. Sebab saya suka bubur yang agak hancur dan berair sikit hihi..

Sudahnya sekarang pressure cooker mak dah macam tukar milik jadi saya punya lak haha.. Sebab saya lak yang lagi banyak guna periuk ni.. Banyak lagi resipi nak try lepas ni tapi belum ada masa nak try.  Lepas ni saya nak buat label resipi-resipi makanan yang saya masak guna pressure cooker ni lah. Sebelum ni tak ada snap gambar bagai. Rugi pulak :)
Pressure cooker Trio ni jenis periuk tekanan yang biasa-biasa, jenis masak atas dapur gas. Bukan macam Noxxa / Philips yang guna elektrik. Harganya pun amatlah berpatutan. Kalau kat Lazada kalau ada offer bagus, periuk kapasiti 9L boleh dapat bawah RM100 je.  Teringat satu status dari kawan FB, katanya tak perlu beli periuk mahal-mahal pun takpe. Fungsi sama je hehe.. Kira orang kata menang membeli menang juga memakai :D

Tu je. ok bai :)