Monday 20 June 2016

5th Pregnancy dan Ramadhan Kareem :)

Assalamualaikum dan hello :)

Punyalah lama nak tulis apa-apa kat sini. Last January rupanya. Busy benau tahun ni kot hehe :)
Salahkan media sosial yang melambak-lambak kat luar. Kurang perhatian pulak pada blog ni.

Banyak yang berlaku sepanjang 6 bulan tahun 2016 ni. 

Perubahan pada diri saya sendiri, sekarang tengah pregnant anak ke-5. Minggu ni kandungan dah 22minggu. EDD 24 Oktober 2016. Baby tengah aktif bergerak2 dalam rahim ni :).  Asalnya ingat plan nak stop masa anak 4 je tapi mana lah tau ada rezeki lagi pula. Selalu doa mohon dimurahkan rezeki, tup tup Allah bagi sorang lagi anak... Anak pun rezeki juga kan :D

InsyaAllah didoakan jadi anak yang soleh/solehah.. Jantina.. emm belum tau lagi ;).  Harap-harap gigirl so Zara boleh ada geng nak main. Ni asyik kena buli dengan Ammar aje.  Dah tu berjangkit jugak perangai 'kasar' Ammar tu. 

 

Alhamdulillah kali ni masa ujian MOGTT (minum air gula), result ok, normal. So tak perlu lagi buat test BSP (blood sugar profile) yang membosankan tu hehe..  Pregnant kali ni sama macam sebelum ni, saya ambil Set Prenatal Shaklee so tak perlu nak ambil lagi vitamin dari klinik. Badan masih segar dan cergas lagi. 


Tapi risau lak nak aktif sangat macam masa pregnant Ammar. Dok ke sana sini, panjat itu ini.. sudahnya keluar Ammar aktif terlajak haha! Panjat melompat tak ingat dunia. Dah berapa kali luka sana sini, gi hospital gam kulit kepala, kene seterika bagai huhuhu... Rasa nak dok diam-diam je. So anak keluar jadi sopan santun hihihii...

Allah lebih mengetahui :D

Ok apapun since kita dah dalam fasa kedua Ramadhan tahun ni (Alhamdulillah atas nikmat Allah izinkan untuk kita bersama Ramadhan kali ini).. saya dengan rendah diri memohon maaf sekiranya ada salah silap terutamanya dari penulisan saya yang entah apa-apa ni.. Semoga dengan habisnya Ramadhan tahun ini, dosa-dosa kita diampunkan Allah dan kita dan keluarga kita diselamatkan dari azab siksa api neraka.


Selamat berpuasa, selamat beribadah. Moga Ramadhan tahun ini menjadikan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.. InsyaAllah :)

Wassalam..