Friday 1 July 2016

Ramadhanku & Salam Aidlifitri Semua

Assalamualaikum dan hello :)

Hari ni last day kerja sebelum mula cuti raya next week. Ramai staf kat ofis dah mula bercuti pun hari ini.
Sejujurnya tahun ni saya tak de feel raya.. Rasa bersalah pun ada sebab Ramadhan kali ni paling sikit pengisian. Cuba juga sedaya yang boleh. Tak pasti sama ada sebab letih pregnant atau letih otak lepas kerja tanpa henti seharian kat ofis. Balik rumah je memang rasa nak letak kepala kat bantal je hehe..

Persiapan raya tahun ni? Hmm.. tak ada persiapan. Dah kata takde mood pun tadi kan hehe.. Biasa tiap tahun menjahit baju raya dan buat beberapa jenis biskut raya. Tapi tahun ni yillekk.. memang tak buat satu pun. Baju pun tak buat, biskut pun tak buat. 

Tahun ni ingat baju raya sendiri & husband pakai je la apa yang ada. Lagipun tengah pregnant 6 bulan malas nak cari  baju yang pakai time pregnant je. Rugiiii.. Mujur la anak-anak dah ada beli baju dari bulan April hari tu. Hehe terlajak awal. Ada la hikmahnya rupanya beli baju yang diidamkan sangat tu.. Rupanya mak nye tak sempat nak bukak mesin pun :D

Anyway since tahun ni turn beraya di Selangor, boleh la rileks sikit sebab tak balik awal nak elak jem. Masih sempat lagilah nak uruskan apa-apa last minute kat kl ni hehe.. Nak gi Jalan TAR malam raya pun masih sempat. Dan yeayyy saya gembira sebab tahun ni dapat menganyam ketupat hehe.. terutamanya ketupat kerbauu :)

Apapun buat semua kawan-kawan.. selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.. Hati-hati memandu di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dan beraya dengan gembira. Mohon ampun dan maaf jika ada salah silap tutur kata, tulisan dan perbuatan.. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan lebih banyak Ramadhan pada tahun-tahun akan datang.. insyaAllah amin..

Di bawah ni saya kongsikan pada semua nombor telefon pegawai syarikat Konsesi yang menjalankan kerja penyenggaran Jalan Persekutuan (bukan highway ye). Apa-apa kecemasan/ laporan/ aduan boleh hubungi mereka sepanjang musim perayaan ni.


No comments:

Post a Comment