Tuesday, 26 July 2016

Jamuan Raya CSFJ 2016 Jadi Tragedi



Assalamualaikum dan hello :)

Dah 21 Syawal 1437H hari ini. Kat ofis ni masih meriah lagi dengan jamuan-jamuan raya cawangan. Tak ketinggalan juga kitorang kat CSFJ ni.  Last week Rabu jamuan raya CSFJ di adakan di Dewan Tan Sri Mahfoz. The next day pulak CSFJ Tingkat 10 buat potluck raya. Fuhh super duper penat.

Ada tragedi tau jamuan raya CSFJ tahun ni.. Jap lagi saya cerita hehe.. baca dulu..

Bhgn Prestasi & Bhgn Kontrak & Ukur Bahan. (Tiada dlm gambar, bos kami Ir.Zailan)


Tahun ni sama konsep macam tahun lepas juga. Ada gerai-gerai ikut Bahagian. Makanan pun dah di senaraikan oleh urusetia, Bahagian-bahagian kena pilih sape cepat dia dapat hehe.. Tahun ni Bhgn Prestasi still kolaborasi bersama Bhgn Kontrak & Ukur Bahan. Menu pilihan kitorang mee rebus & mihun sup. Semua order kantin JKR aje.. tak siapa volunteer masak 2 menu ni hehe..

Kebetulan pulak saya sekeluarga cuti balik beraya di Kelantan sebelum tu dan Selasa malam baru balik KL.  Kami sampai rumah pun dah jam 1.00 pagi. Lepas pinjam barang-barang dari rumah mak macam tray lauk, bekas isi sudu, bekas tisu, cari pulak barang kat rumah cam alas meja, kain batik, bunga, benang.. macam-macam lah barang dibawa untuk hias gerai ikut Bahagian.

The day before staf BKUB/BP dah pun buat apa yang boleh untuk setup gerai. Siap whatsapp gambar lagi kat saya kat kampung nun. Say sorry aje lah sebab tak dapat menolong banyak. Rabu ajelah saya boleh datang bawak/tolong apa yang boleh.
 
Gerai BP/BKUB yang togel
Gigih kan diorang.. thanks :)

Setup gerai hari Selasa petang

Next liza punya kerja kena tambah apa yang ada huhu

Papan menu dari Puan tapi menu silap daaaa

Rupa paras final gerai kami.. Asal boleh haha!

Tak snap banyak gambar pun. Bila jadi mak buyung yang mengembang ni memang kurang perasaan nak bergambar-gambar ni hehe.. muka penuh macam bulan mengambang je nanti ;)

Gerai kami dapat menang gerai terbaik tapi ada lah pihak yang tak puas hati sampai up kat FB.. hmm.. tapi actually saya tengok semua gerai memang best. Yang paling saya suka gerai Bhgn Kej Pemulihan Geoinformatik sebab siap buat frame FB/IG untuk jadi prop bergambar. Saya rasa diorang lagi patut menang sebab kreatif :)

Apapun macam biasa keputusan panel adalah muktamad hihihii... :). Toksah gaduh-gaduh, tahun depan ada lagi ;)

TRAGEDI JAMUAN RAYA CSFJ 2016

Kali ni siap ada tragedi lagi. Boleh dikatakan 90% staf CSFJ keracunan makanan malam tu. Saya pun tak terkecuali. Perut memulas-mulas dan sakitnya macam sakit contraction tau. Risau dah kot terlajak aktif sangat efek ke baby masa tu. Start jam 12.00 malam keluar masuk toilet sampai 4.00 pagi. Adalah kot berbelas-belas kali saya keluar masuk toilet. Sengsara betul!. Tidur pun separa duduk mengerekot, takut terbabas tak sempat masuk toilet. Haruuu!

Tapi Alhamdulillah banguh Subuh pagi Khamis tu ok, dah tak rasa memerut lagi.. Boleh la nak ke ofis sebab ada potluck raya pulak hari tu.

Entah apalah menu yang tercemar Rabu tu. Esoknya Khamis memang ramai juga yang ambil MC. Kot lagi dahsyat dari saya. Ada juga staf yang dok menyinggah toilet sampai ke tengah hari Khamis. Hmm memang lagi teruk dari saya lah tu. Mujur juga takde sape yang dengar masuk hospital sebab masalah ni. Kalau kronik macam tu, habis glemer lah CSFJ di viralkan orang Malaysia hihihii...

oklah baii :D

No comments:

Post a Comment