Friday, 15 January 2016

Bento 040116 : Nasi Goreng Bintang Hatiku :)



Assalamualaikum dan hello :)

Lama tak bersiaran. Rasanya kena buat banyak backdated entry hehe..

Ok just a few gambar yang tak berapa cantik kualitinya. Bento a.k.a bekal untuk Husna & Aliff dan kalau 'bernasib baik' ada jugalah bekal kami ummy ayah ni hihi.. Buat masa ni Alhamdulillah masih dapat sediakan bento untuk Husna & Aliff ke sekolah kebangsaan (pagi) setiap hari. InsyaAllah akan diusahakan sedaya mungkin.. dengan izinNya :)

Ni gambar bento pada hari pertama persekolahan. Menu biasa-biasa je.

Menu :
Nasi goreng bayam & carrot bentuk bintang 3 biji
Telur mata kerbau
Salad & tomato ceri
Mayonis 


Bekas bento ni actually 2 tingkat. Tapi just bagi Husna & Aliff guna 1 tingkat aje. Bekas ni comel je dan harga sangatlah berpatutan :).


Untuk ummy & ayah ada extra bekas kecik bulat (warna coklat gelap) tu, isi sambal belacan super pedas ;D.

Tu je..
p/s: kalau  buat tiap hari 1 entri bento, over tak? hehe..

Wassalam...

2 comments:

  1. salam liza...lama tak jengah blog liza..rindu rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ayu.
      Sy sendiri pun dah lama tak jengah blog sendiri. blog kawan2 pun sama :)

      Selamat menempuh life baru di KK :)

      Delete