Monday, 9 November 2015

Berpiknik & Main Air di Taman KLCC



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sabtu lepas plan nak bawa anak-anak main air kat Taman KLCC. Lama bertahun sungguh tak pergi KLCC. Nak pulak bila anak dah bertambah ramai ni memang liat sikit nak ke tempat-tempat terbuka. Sebab susah sikit nak kawal semua anak nak pulak pesen Ammar yang terlajak aktif. Boleh jadi harimau jadian maknya ni :)

Tak bagitau pun kat anak-anak. Pagi tu je kejut-kejut suruh bangun cepat siap-siap nak pergi mandi kolam. Husna dan Aliff ingatkan nak mandi kat kolam renang bawah tu je. Tapi bukan rupanya :)

Kali terakhir pergi kolam kat Taman KLCC ni tahun 2012. Masa tu Ammar pun belum lahir lagi. Rajin juga pergi since adik perempuan ada duduk 'hostel' kat The Zone. So berdepan aje dengan Taman KLCC ni.

Masa tahun 2012
Agak lewat juga gerak ke KLCC. Pukul 9 lebih baru gerak. Sampai KLCC cari parking terbuka kat area Taman KLCC dan Masjid tu. Tak ada! Kawasan situ semua penuh construction!. Aikk.. dah hilang ke Taman KLCC ni?

Dalam hati fikir takkan laaaa.. Taman KLCC ni macam satu tarikan juga untuk pergi KLCC ni. Kalau terkubur macam.. emm something lost lah.

Tapi ada lagi rupanya hehe... nampak sangat lamanya tak pergi KLCC hehe...

Dok pusing tak tau nak hala ke mana. Stop tanya pak guard yang berlegar kat situ. Katanya kena parking kat basement KLCC. Hmm jauh la sikit nak menapak tapi boleh la..

Sampai kat kolam hampir pukul 10.00 pagi. Matahari memang dah memancar terik sangat dah. Sekarang kan subuh awal, maghrib awal. Pukul 6.30 petang dah mula gelap. So kalau pukul 10.00 pagi memang macam 11.00 pagi teriknya.


Orang tak ramai macam dulu-dulu. Anak-anak tak sempat apa terus lari masuk kolam.. Haihh... seronok sangat masing-masing.

Lepas mandi manda for sure lapar. So dah siap prepare bekal pasta goreng, roti dan peanut butter. Berpiknik sekali lah kami di situ :)


Bila tengok diorang ni.. emm cepatnya semua dah besar-besar... Hopefully dapat lakar lebih banyak kenangan-kenangan manis dalam hidup mereka. Macam setakat bawa diorang main air kat sini, nampak kecil je, remeh je pada kita yang dewasa ni. Tapi tengok je mata diorang, nampak kegembiraan yang teramat sangat :)

Love Love Love :D

2 comments: