Friday, 19 June 2015

Tips Minum 8 Gelas Air Kosong Di Bulan Ramadhan



Assalamualaikum dan hello :)
Alhamdulillah 2nd day Ramadhan..
 

Okay harini nak share pasal AIR KOSONG :)

MINUM AIR KOSONG BOLEH KURUS!
Umum memang tahu kebaikan minum air kosong dan keperluan minum sebanyak 8 gelas air kosong setiap hari. Even antara tips untuk kurus atau menurunkan berta badan adalah dengan minum air kosong secukupnya 2-3 liter. Ada yang up sampai 4 liter. Percaya tak? :)

Tapi bulan puasa ni kita pun garu kepala juga, macam manalah nak minum cukup 8 gelas air ni atau 2-3 liter air ni.. dan realiti yang sadis nya sebenarnya bila berbuka puasa mesti kita minum minumam manis kan.. hehe.. tuan tanah ni pun same je..

Malang sekali untuk pengetahuan semua, minuman bergula atau yang manis ni melambatkan proses penurunan berat badan tau. Sebabnya minuman bergula ni mempunyai kalori manakala air kosong 0 kalori. So memang la betul teori kalau banyak minum air kosong boleh turun berat badan dengan cepat!.

Jom bulan puasa ni kita ubah sikit rutin. Kita berbuka puasa dengan AIR KOSONG je. Elakkan minuman bergula tau.. Kata nak KURUS.. bukan nak gemuk kan ;)

AIR KOSONG ITU MEMBOSANKAN!
Kalau rasa air kosong tu tak best or boring, boleh SEJUKkan. Dan kalau nak rasa lain sikit boleh letak sepotong hirisan lemon (bukan perah lemon tau) atau boleh juga letak daun pudina dalam botol air kosong. Then simpan dalam peti sejuk. Lain tau rasa dia. Rasa segar. Husna pun suka. 


TIPS MINUM 8 GELAS AIR KOSONG DI BULAN RAMADHAN / PUASA
Disini saya share gambar yang kawan kongsikan di FB. Tips nak minum cukup 8 gelas air kosong di bulan Ramadhan ni... kredit kepada empunya Nurul Azlyana. Moga Allah beri kebaikan padanya..

Selamat beramal :)
Wassalam...

No comments:

Post a Comment