Monday 15 June 2015

NECK : Contoh Makanan Saya Dalam Tempoh Diet

Assalamualaikum dan hello :)

Lately ni kat newsfeed FB banyak saya baca kawan-kawan yang tengah berdiet. Macam-macam jenis diet yang digunakan. Dan yang paling glemer pastilah diet karbohidrat.

DIET MERANA
Yang menangkap perhatian saya seorang sahabat ni up status menu yang beliau ambil untuk diet. Beliau merana katanya, saya yang baca pun rasa merana gak :)

Mana tak nya.. memang menu tu merana sungguh.. Rasanya sekejap aje dah stop diet sebab tak tahan wooo... Cer tengok.. merana ke tak merana??



Pada saya terlalu rendah kalori yang diambil sedangkan badan kita sendiri ada tahap minima kalori yang perlu diambil untuk sistem badan kita berfungsi dengan baik.

Jangan dera badan anda ye...  Jangan diet semberono..

KEKALKAN BERAT BADAN SELEPAS 100 HARI NECK

Alhamdulillah.. saya telah habis Batch 1 program Now Everyone Can Kurus (NECK) anjuran team MFMS. Program ni bermula 1 Februari lepas selama 100 hari. Berakhir pertengahan Mei lepas. Kiranya dah sebulan saya menjalani kehidupan biasa tanpa perlu melaporkan aktiviti senaman atau pemakanan harian kepada coach dan urusetia program hehe...

Dan sebulan ni juga mencabar diri untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan cabaran untuk mengekalkan berat badan yang telah dicapai. Jujurnya saya ingin mengurangkan beberapa kg lagi dari berat terakhir 100 hari selepas program. Tapi saya nak cuba dulu fasa maintenance.

Berat terakhir saya lepas 100 hari join NECK adalah 58.6kg. Syukur dapat turun 10.5kg dari berat asal 69.1kg..

Dan saya memang amat-amat bersyukur AKHIRNYA!! dapat kucapai juga nombor 5. Selama 9 tahun kahwin rasanya memang tak pernah lagi jejak semula angka 50an untuk berat badan. Sampai give up dan simpan je penimbang dalam stor. Tak sanggup dah nak tengok angka timbangan sendiri.. Maluuu :)

Dan selepas sebulan program berakhir, saya just amalkan fasa maintenance yang diajar. Cuba mengekalkan berat sedia ada.. Alhamdulillah.. masih dapat dikekalkan. Dan actually berat sekarang dalam 57kg. Berat ni adalah masa saya kahwin.. :)

So sekarang saya dah tahu cara nak turunkan berta badan dan cara nak kekalkannya.. Alhamdulillah.,. tak sia-sia join NECK 1 Februari lepas. Berbaloi semua diet, jaga pemakanan, bersenam, ambil supplimen, kira kalori bagai... hasilnya LUMAYAN :)

ANTARA MENU MAKANAN SAYA SEPANJANG PROGRAM NECK

So untuk entri post-NECK kali ni saya nak share 'beberapa' makanan yang saya ambil sepanjang program berNECK tu.. mana yang sempat snap lah kan.. saya share secara random ye.. sebab saya pun snap secara random je.. tapi diet harian saya lebih kurang begitu la.. 

Yang penting makan 5 kali sehari. Dan makan NASI setiap hari.. 










Banyak gak berulang especially yang biskut dan roti tu yang kebanyakannya adalah makanan waktu snek 10pagi dan snek 4petang.

Makanan lain? Makan diluar? Ada juga... masa maintenance day. Tapi ada syarat yang perlu dipatuhi juga.. iaitu jaga portion. Saya ada makan Kenny Rogers, Nandos, KFC, Chicken Rice Shop, Subway dan lain-lain.

Amacam?? Merana ke tak merana pulak dengan menu diet saya ni :)

DIET NECK SAYA SUKA

Banyak orang kat luar kalau diet je dalam fikiran, tak makan.. atau tak makan nasi.. emmmmmm... dulu saya pun fikir macam tu.. tu yang tak pernah nak try diet.

Tapi lepas join NECK, saya diajar untuk kenal dan tahu sebab musabab kenaikan berat badan saya selama ni. Dan saya belajar tukar habit/ tabiat makan dan diajar tentang senaman di rumah!!

Saya tak pernah pergi gym okey sepanjang NECK.. 

Bila dah belajar, tukar, dan didik diri dengan habit baru, barulah nampak hasilnya.. :)

Walaupun Batch 1 dan Batch 2 dah pun tamat program 100hari.. NECK still berlangsung sehingga kini. Sekarang dah Batch 6 dah pun. Yang bermula 1 Jun lepas. Tiap-tiap bulan team MFMS organize program diet untuk kurus dan sihat ni.

Nak kurus??? Mulakan segera!.. Kalau tak mula, macam mana nak tahu hasilnya kan? :)

1 comment: