Skip to main content

Tutorial : DIY Birthday Goodie Bag Ammar & Aliff



Assalamualaikum dan hello ;)

Haiyoo... rasa bersawang berdebu dah blog ni.. 2 minggu tak publish apa-apa.. Banyak nak story tapi masa mencemburui hehe...

Ok just nak share, baru-baru ni ada seorang reader yang contact saya melalui emel. Beliau Tanya tentang goodie bag birthday Ammar yang saya DIY kan sebelum ni. Actually sebelum tu saya pernah buat untuk Aliff gak. Testing :)

Pada saya goodie bag termurah di pasaran hehe... dan yang best nya ada personal touch which memang saya sangat suka. Saya memang suka buat sendiri kebanyakan benda terutamanya untuk orang-orang tersayang. Kalau hadiah pun suka yang buat sendiri walaupun simple dan murah tapi sebab orang kata ‘air tangan’ kan...

Goodie bag paling murah, jimat dan penuh kasih sayang :)
Beli memang mudah dan super senang tapi kan ‘feel’ tu rasa ciput sikit. Dan DIY pun bole lah nak jimatkan kos hehe... Nak pulak semua pakat GST sekarang kan ;)

AGPTB (Alaaa Gurau Pun Tak Boleh)

Untuk buat goodie bag Ammar ni, bahan dan peralatan yang diperlukan tak banyak pun. Cekidautt

Bahan/ Peralatan:

  1. Brown/White paperbag/ snackbag  (boleh beli kat kedai yang jual barang packaging. Tapi kat 99speedmart pun ada gak. 100pcs harga RM3.50-Rm5.00 ikut saiz)
  2. Komputer/laptop yang ada Microsoft Word
  3. Printer
  4. Pembaris
Itu aje...

Caranya :

1.       Ukur dengan pembaris lah.. panjang dan lebar paperbag. Katakan 6" x 8.5”

2.       Di computer/laptop, Microsoft Word, set page size kepada saiz paperbag tadi
3.       Insert ‘textbox’ dan taip mesej ‘Ammar Naufal is 2’. Saya guna beberapa textbox kerana menggunakan font dan saiz huruf yang berbeza. 


4.       Susun atur textbox seperti yang dikehendaki.


5.       Boleh insert apa-apa picture untuk hiasan

6.       Rotate/pusingkan textbox dan picture sehingga 180darjah (terbalik). 

 

7.       Yang ini kena check dulu. Tengok setting printer masing-masing. Kena try print dulu. Kalau tak perlu terbalik, takyah lah terbalikkan 

8.       Print ke atas paperbag. Pastikan bahagian bawah (bottom) paperbag yang masuk dulu ke dalam printer untuk elak dari tersangkut.


Nak print ni saya kena print satu-satu. Tak boleh susun banyak-banyak dalam paper tray sebab sangkut.  Ada juga beberapa keeping yang sangkut tapi bila dah dapat rentak printer tu,ok je...

Saya mula-mula print dulu atas kertas A4 biasa untuk check sama ada ok tak font/saiz huruf tu.  Acu la kat paperbag tu. Bila rasa dah ok, baru start print direct kat paper bag.

Ada juga yang saran untuk lekat sejenis selotape yang senang cabut. tujuannya untuk elak paperbag tu dari tersangkut dalam printer (macam gambar bawah ni). Tapi saya takde guna pun.


Senang aje kan DIY goodie bag ni.. Selain untuk goodie bag birthday anak, boleh juga print personal message kat paperbag tu then isi bekal untuk anak ke husband ke isk isk... Contohnya macam kat bawah ni ha..


 Sweet aje kan :)

Tak perlu tempah cop khas pun ;D

Comments

  1. So creative..thanks for sharing the ideas...kipidad..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. nak tanya awak pkai printer apa erk u d.i.y ppr bag ni.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      saya guna printer canon pixma E510
      http://www.canon.com.my/personal/products/inkjet-printers/inkjet-multi-function/pixma-e510?languageCode=EN

      Delete
  3. Salam,

    Kreatif! Tapi concern sy bila print tu. boleh ye printer terima size paper bag tu? kena x adjust apa? saya teringin sgt nk buat.

    TQ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      kalau printer biasa dia memang ade adjust kat 'feeder' tu (tempat masukkan kertas tu). dan mungkin weight.

      biasa kalau dengan printer ni kadang2 paperbag tu sangkut.
      saya pun ada beberapa yang sangkut masa tu. memang print kena satu-satu je..

      kalau problem terkecik/terbesar atau tak, yang tu kita dah adjust saiz kertas (dlm word) ikut saiz paperbag tu..
      :)

      Delete
    2. salam,

      Sy da cuba da dgn printer HP kawan sy. Malangnya sangkut sokmo. Dalam 15 kali attempt, sekali je jadi. Sy pilih utk tempah cop je sbg langkah terakhir. Sobs..

      Anyway, thank you reply!

      Delete
    3. walaikumussalam..

      alahai sedihnye huhu.. takpe lain kali kot dapat try kat printer lain. lain printer lain pe'el nya :)
      thanks sudi cuba :)

      Delete
  4. terima kasih bagi tunjuk ajar.. esok birthday anak.. hari ni nak cuba print.. harap2 menjadila

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …