Skip to main content

NowEveryoneCanKurus : Semangat Hampir Rebah

Assalamualaikum dan hello :)
Semoga anda semua sentiasa dalam peliharaan Yang Maha Esa.

Hari ni just nak stori pasal liku-liku perjalanan bersama program NECK, Now Everyone Can Kurus.. Liku-liku lah sangat kannnn :)

Dah hampir 10 minggu saya berada dalam program NECK ni.  Banyak ups and downs juga tapi matlamat nak turunkan berat badan sehingga mencapai berat ideal masih tetap akan digenggam.. Cuma sebagai manusia biasa memang kejap ok kejap tak ok lah kan...

SAAT PALING KRITIKAL RASA NAK GIVE UP?
Kalau ditanya, tak pernah rasa nak give up ke?
Sejujurnya, pernah. Bila tau?? Minggu pertama program. To be exact, hari ke-2 hahaha!!!


Hari pertama agak kalut nak buat ape, nak buat camne..

Hari kedua, dok pening apa makanan yang boleh makan niii?????!!!!  Masa tu, pandang makanan ni nampak “TINGGI KALORI”, pandang makanan sana, nampak “TINGGI KALORI”

Sudahnya rasa aarrrrgghhhh tak boleh makan apa-apa la camni... TENSION gillerr kot haha!!!

Memang saat tu terasa nak hantar mesej kat coach dan organizer, nak cakap nak tarik diri dari program hehe... Tapi set dalam kepala “AKU MESTI TURUNKAN BERAT BADAN, MESTI!!”. Kuredahi juga..

Alhamdulillah.. Masuk hari ketiga, baru nak mula nampak caranya. Dan seterusnya semua menjadi lebih mudah dan mudah..

Nak pulak coach dan organizer ajar guna apps MyFitnessPal. Boleh track berapa kalori yang dah diambil untuk hari tu. So banyak membantu..

 

Myfitnesspal ni ada baaanyak database makanan tau. Makanan melayu pun ada. Search aje "asam pedas"... haaa keluar la nanti hehe..

Lagipun sejak join program NECK ni, saya dah tau apa formula dan rahsia sebenarnya macam mana saya boleh menjadi BAMBAM hehe... Bila kita dah tau apa puncanya, kita akan tahu macam mana nak turunkan berat badan dan kemudiannya bagaiman nak kekalkan berat badan ideal kita tu.. bagus kan? :)

PENTINGNYA SOKONGAN
Tapi syukur Alhamdulillah, dalam program NECK ni ada Telegram Group. Bila terasa down tu memang jadi bersemangat balik bila baca perkongsian rakan-rakan seperjuangan dalam NECK. Memang betul, tiap benda yang perlu semangat tinggi ni perlu dibuat secara berjemaah. Kalau seorang diri memang sekejap je boleh rebah kalau tak kuat semangat. 

 
Cer tengok geng-geng dalam Batch 1 masing-masing sentiasa update makanan dan workout masing-masing. Kalau baca je memang bole rasa terbakar gak la.. Dan bila update makanan, sebenarnya dapat guide ahli-ahli lain yang tak tau nak makan apa.  Kalau ada makanan yang kureng sesuai, nanti coach akan tegur lah dan nasihat apa yang patut.

Dalam grup Batch 1 NECK ada beberapa orang yang memang tak jemu-jemu berkongsi. Antaranya Kak Shar, Shiemz, Zara, Balkis, Kak Soljer, Kak Yam, Kak Laila, Kak Halimatun. Banyak kakak-kakak ni tau hehe.. Tapi semangat diorang, memang thorbaikkk!!

Termasuklah coach Abang Ketak.  Walaupun kena handle 3 Batch NECK sekarang ni tapi kami di Batch 1 langsung tak terasa terabai pun.. Tiap masa kalau apa-apa soalan atau masalah diajukan, cepat aje coach membantu.

DOAKAN SAYA
Doakan saya dapat capai berat badan ideal saya ok.  Saya bukan bersaing dengan sesiapa, tapi hanya bersaing dan berlawan dengan diri sendiri.

Ada ofismate saya yang KURUS bagitau, beliau dah jemu dan puas KURUS.  Saya pulak belum pernah kurus hehe... Jemu dah GEMOOOK a.k.a. BAMBAM

Walaupun lately banyak lak orang dok viral hashtag #gemokisawesome, pada saya mesti jauh disudut hati penyokong-penyokong hashtag ni PASTI nak berat badan ideal, kurus dan semestinya SIHAT!

So saya doakan anda yang masih bergelut dengan masalah berat badan ni akan KURUS dan SIHAT juga.

Pastikan hanya follow pelan diet yang sihat ok, jangan semberono ikut orang :)

Comments

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …