Monday, 16 March 2015

Diari NECK : Timbangan Minggu Ke-6



Assalamualaikum dan hi..

Lately susah pulak nak cari masa nak update blog.. Aduhhh... Mentor dah bagitau, bukan cari masa, tapi BERI masa.. kena revise balik jadual ni..

Sejak join program NECK Now Everyone Can Kurus ni, sebenarnya dah bertambah satu lagi tanggung jawab. So kat sini nak kena revise PRIORITY pulak.. 

Ok lah dah OOT lak :)

Sebenarnya belum pernah tulis lagi kan diari untuk program NECK ni.. Diam tak diam dah 6 minggu program berjalan. Banyak gak suka duka pahit manis tu.. Yang paling manis tentulah bila ada penurunan dalam timbangan.

Berat asal saya pada 1 Februari hari pertama NECK bermula adalah 69.1kg. BMI 28. Kategori gemuk. Dah hampir dengan angka 30 tu.. Kategori Obesiti. Huhuu... 

berani tak nak kira BMI anda?? :)
Nak tulis pun malu sebenarnya tapi ini fakta dan hakikat. Dah tak mahu duduk dalam bayang-bayang dan zon selesa dah.. 

Tu pasal la join NECK. Dan untuk lebih bersemangat dan konsisten, husband pun ku ajak join sekali so boleh buat secara berjemaah, sentiasa remind each other dan beri sokongan dan nasihat :)

Timbangan Minggu ke-6 pada 15 Mac 2015.  Sebenarnya agak risau juga kalau-kalau bukan takat takde penurunan tapi lebih malang lagi kalau ada peningkatan.. Hadoi..


Sebabnya memang diakui aktiviti senaman agak kurang 2 minggu ni. Masa bercuti di Langkawi haritu pun jadual agak kucar kacir juga. Ada juga buat skipping, abs workout, buttock workout, leg workout. Tapi kurang buat cardio, erobik. Harapkan banyak berjalan dengan beban je (carry Zara dalan SSC). 

Workout luar lagilah memang jarang sangat sebab macam renyah jugak nak bawa 4 orang anak-anak yang kecil-kecil lagi.. Gym lagilah tak pernah jejak lagi walaupun sangat tempting tengok kawan-kawan grup NECK yang workout di gym :)


Itulah pun tarikan untuk saya join program NECK ni. Sebab tak perlu sekat makan secara drastik dan TAK PERLU pergi gym. Di rumah sahaja pun boleh dan dengan senaman yang bersesuai pun boleh turunkan berat badan. 

Confirm lah BEST!

Nanti saya cerita lah pasal apa yang saya buat dan makan eh :)

Ok back tu cerita timbang. Selepas 6 minggu, Alhamdulillah saya berjaya turunkan berat sebanyak 6.3kg. So sekarang secara rasminya berat saya pada 15 Mac 2015 adalah 62.8kg.


Weeehuuuu Alhamdulillah...

Mak saya pesan tak payah la update kat FB pasal berat tu hehe.. katanya nanti kalau gemuk balik malu pulak... Pulak dahhh... Sape soh gemuk balik ??? hihii...

Takpe, saya anggap tu sebagai cabaran untuk saya terus capai berat ideal saya dan insyaAllah maintain berat tu sampai bila-bila..

Lagipun coach dan mentor program akan ajar cara untuk maintain berat masa fasa maintenance.
Sekarang just fokus untuk turunkan dulu berat badan okayyy :)

Doakan saya berjaya capai berat badan ideal ya.. Sekiranya umur panjang, saya nak jalani hidup dengan keadaan kesihatan yang terbaik, kurus dan sihat. Saya taknak bergantung pada ubat atau banyak menghabiskan masa di hospital kerana sakit.
InsyaAllah...

Saya doakan anda pun kurus dan sihat! :)

Perjalanan saya menuju mencapai berat ideal saya bermula bila saya membaca ebook ni.. anda pun boleh mulakan juga.. :)




No comments:

Post a Comment