Wednesday 4 February 2015

Now Everyone Can Kurus (NECK) : Semuanya Tentang KALORI

Assalamualaikum dan hello :)

Hari ni dah pun hari ke-4 program Now Everyone Can Kurus (NECK).  Dalam masa 4 hari ni memang banyak yang dipelajari especially tentang KALORI.


Berapa kalori yang diperlukan badan setiap hari
Berapa banyak kalori dalam setiap makanan
Berapa kalori yang dikeluarkan dari badan untuk jenis senaman tertentu
Macam mana nak tengok kalori pada setiap makanan
Macam mana nak kira berapa banyak kalori yang badan kita perlukan
Macam mana nak kira berapa banyak kalori yang kita kena bakar

Selama ni dok dengar orang cerita kalori kalori kalori.. tapi sampai kesudah tak pernah nak ambil tahu. 
Kami diajar juga untuk sentiasa baca label pada pembungkus makanan. Berapa kalorinya. 


Selama ni tengok label kat produk pun setakat cari logo halal, expiry date ataupun bahan yang digunakan (kalau takde logo halal).

Memang serius tak pernah langsung tengok label kalori hehe...
Asal sedap aje sebatt.. asal sedap aje.. beli.. asal sedap aje balun..
Huhuu..
Patutlah hebat ternakan lemak dalam badan ni.. Kesian badanku.. huhu...


Makan pun main sebat aje.. Orang bagi sepinggan, sepinggan habis.. Bagi 2 pinggan, 2 pinggan habis.. Senaman tak ada pulak tu.. Portion makanan langsung tak jaga.

Mentor dalam NECK banyak kali pesan.. Makan 70%, Senaman 30%
So sangat-sangat penting untuk jaga makanan yang kita masukkan dalam badan kita.

Dulu masa zaman U, masa tu memang maintain berat 52kg bertahun-tahun. Memang makan banyak. Dah macam portion orang lelaki dah. Tapi masa tu tiap-tiap hari turun padang jogging dan tasik UTM tu untuk training kayak. Kira 2 jam senaman. Pergi kuliah pulak naik basikal atau jalan kaki dari kolej. 

masa tournament kayak di putrajaya. kurus tapi gelap sebab sunburn :)

saya berbaju kuning. siap gi daki gunung lagi :)
Dulu tak terasa pulak jauhnya.. Sekarang ni nak pergi kedai depan rumah pun mau naik kereta jugak...Aduh.. insaf tapi tak pernah nak ambil tindakan..

So bila Empayar Maria Firdaus organize program Now Everyone Can Kurus (NECK) ni, rasa inilah langkah pertama untuk hidup yang lebih sihat!

Kejayaan bermula dengan langkah pertama!

Semuanya bermula apabila saya membaca ebook ini... Dan saya ambil tindakan untuk join. 


Lepas join dalam group coaching NECK di Telegram, memang saya yakin inilah yang saya cari-cari. Bila tengok ramai-ramai update perkembangan masing-masing, menu yang diambil, tips, exercise, fuhh memang terbakar.. Masing-masing nak hidup kurus dan sihat.. Memang best betul!!

And the best thing, tak perlu skip NASI. Tapi kami diajar banyak mana portion yang perlu diambil dan KALORI.. Semuanya tentang KALORI!.. Siap boleh makan 6 kali sehari tapi ingatt, K.A.L.O.R.I!! Hehe...

Serius best!! Seronok arrr :D


Program 1st Batch ni berlangsung selama 100 hari. Dan pendaftaran masih dibuka sehingga 5 Februari 2015 (kalau tak silap). Sesiapa yang berminat nak join, still OPEN ehh.. Yang 2nd Batch coming soon but tak tahu lah bila...

Jom pilih untuk sihat! :)

No comments:

Post a Comment