Thursday 15 January 2015

Tips Super Mudah Susun Buku Sekolah Anak Ikut Jadual Yang Ibu Bapa Wajib Tahu!!

Assalamualaikum dan hai :)

Ni entri sempoi aje..

Tengah hari semalam ada member share gambar ni. Katanya benda ni dah viral di FB pasal formula/ tips mudah nak susun buku-buku sekolah anak!


Perghh.. memang terbaikk!!..

Apesal la tak pernah terfikir idea ni.. Kasi 1,000,000 Like. Jutaan terima kasih buat tuan punya idea ni.. Thank you!! Semoga Allah membalas sejuta kebaikan buatnya...

Memang sangat memudahkan lah..
In syaa Allah no more tertinggal buku hihiii...

TAK ADA STOK KAK..


Semalam sejurus aje habis kerja terus shoot pergi ke Popular Bookstore Sunway Pyramid. Dok pusing-pusing habis tawaf satu kedai tak jumpa pun sticker kecil berwarna tu. Sudahnya tanya staf yang tengah dok susun barang. Katanya "sticker tu tak ada stok kak"..

Aikk?? apakah semua ibu bapa dah borong semua hihii....

Ah sudah.. mana pulak nak cari  ni?

Teringat AEON Jusco. Terus terjah sana pula di bahagian stationary. Jumpa lah juga cumanya hanya ada warna oren, hijau dan putih.. Aiyoo.. macam mana la melaksanakan misi  ni??

TIRUVASI?

Tiba-tiba terfikir, beli aje lah sticker warna putih then warnakan sendiri..
Lagi jimat banding nak beli semua sticker berwarna. Kalau 1 pek warna dah RM3.90, 5 pek 5 warna dah hampir RM20. Guna pun tak la banyak sangat pun..



So saya proceed aje dengan idea 'beli sticker putih & warnakan sendiri'. Ada beberapa pilihan macam mana cara nak warnakan. Even boleh ajak anak tolong  warnakan sekali pun boleh :)
1. guna highlighter
2. pensil warna
3. magic color
4. water color (tapi kena keringkan dulu lah)

Yang saya pilih --> guna HIGHLIGHTER

Then minta Husna pilihkan nak guna warna apa untuk hari apa..

Inilah pilihan Husna..
Oren - Isnin
Hijau - Selasa
Biru - Rabu
Pink - Khamis
Kuning - Jumaat




Hasilnya!!
Buku teks & buku aktiviti
buku teks + buku aktiviti + buku tambahan dari bookshop..
So dengan gigihnya ummy ni men'tagging' buku-buku sekolah Husna dengan sticker ni.. Settled buku teks dan buku aktiviti.. Bila part buku tulis, dah jadi blur balik. Sesuai ke tak sesuai eh tagging berwarna ni.. Sebab nampak too obvious menarik perhatian.. dan sticker kalau letak di kulit buku tulis tu selalunya mudah tertanggal.

try.. try..
Saya cuba dulu tampal sticker ni kat buku tulis.. cuba aje.. Kalau later rasa tak best, saya cabut aje balik.. hihii..

IDEA LAIN..

Dan saya terfikir juga, kalau tak nak guna sticker ni, boleh aje guna kertas berwarna dan selotape aje atau guna double-sided tape. Emm.. amacam?? :)

boleh gak guna post-it note ni..warna warni..
ni pun cun jugak :)
Masa tengah edit gambar-gambar nak masukkan dalam blog ni lunch hour tadi, bos tegur. Katanya dia pun nak  buat kot.. Tapi belum mula lagi.. Viral sungguh ni eh :)


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. 

3 comments:

  1. ok gak idea ni kan. tp kalau dah alang2 tangging kaler baik tulis je hari kat situ.. tulis kecik2 ke singkatan.. saya baru nak wat weekend ni.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak tu ayu,
      terfikir jugak just tulis nombor aje ke.. 1..2..3..4..5.. pun ok gak kan..
      tapi last-last pilih color aje sbb takyah nak belek lama2 or kena baca hehe.. nampak terang dr jauh.. :)

      tq ayu singgah n komen di sini..

      Delete