Thursday 29 January 2015

Now Everyone Can Kurus (NECK) : Pasangan Gemuk Yang Nak Berubah..

Assalamualaikum dan hello :)


KAMI PASANGAN GEMUK :(
Lagi beberapa hari nak mula program Now Everyone Can Kurus a.k.a NECK. Saya dan husband plan nak join program ni. Almaklumlah, masing-masing dari saiz M dah jadi saiz XL dan XXL dah.. 

So dah anak 4 orang ni, umur pun dah 3pulohan, kenalah mula ambil kisah kesihatan termasuk penampilan hehe..

Bila try kira BMI, memang dah kategori overweight.. hampir-hampir nak cecah tahap obesiti. Isk isk... :(

Lambat betul nak sedar eh.. bertahun-tahun 'menternak' lemak tak sedar pun.. Tak pe, janji jangan sampai tak sedar-sedar langsung sampai kesudah.. 

Sebelum saiz badan naik sampai 4XL haruslah ambil tindakan sewajarnya..

orang Malaysia sekarang ramai yang gemok
TAK PERNAH DIET
Sejujurnya saya belum pernah lagi serius nak men'diet'kan diri. Kejap-kejap pregnant la.. menyusu la... so tak jadi diet nya.. Tapi masa dok kerja kat UPSJ Selatan, rajin gak gi jogging, badminton sebab ada ramai geng. Hmm memang kalau ada ramai-ramai kawan sama-sama buat lagi bersemangat lah.. Tak lama.. lepas tu dah pregnant Ammar pulak.. stop sudah...

Tapi lepas bersalin Zara, memang berazam nak turunkan berat badan so walaupun still menyusu, saya nak join NECK ni untuk belajar cara terbaik yang saya boleh guna untuk turunkan berat badan tapi dalam masa yang sama masih menyusu dengan jayanya.. 

Lagipun ada Set Slimming Untuk Ibu Menyusu. Jadi saya yakin, in syaa Allah, kualiti dan kuantiti susu untuk Zara akan masih tiptop :).. In syaa Allah..

DIET DRASTIK??
Saya tak pernah tahu pun cara terbaik nak diet. Selalunya dengar orang cerita pasal Diet ****. Tapi still tak pernah try lagi. Dengarnya macam ambil protein aje.. no karbohidrat. betul ke??

Diet karbohidrat ni macam tak sesuai sangat dengan saya. Sebab pernah bila tak makan nasi, later bila makan tu sampai terlajak terlebih-lebih pulak makan nasi.. Sudahnya mau naik lagi banyak berat berbanding yang diturunkan.. 

Lagipun saya still breastfeeding. Tak sesuai sangat nak diet secara drastik ni.. 

perubahan kawan yang pernah join prog NECK sebelum ni
our mentor pun terbukti dapat menurunkan berat badan dalam masa 3 bulan dengan program NECK
DIET PROGRAM N.E.C.K YANG BEST
Bila saya dapat tahu program NECK ni boleh je makan nasi, takde skip makan, tak perlu nak pergi gym, siap boleh makan 5 kali sehari pulak tu (tapi kena tahu cara yang betul). Aihh memang menarik lah. Nampak macam sesuai. 

Lepas saya baca ebook mini NECK dan kemudiannya ebook lengkap dan video-video tips kurus tu, memang bersemangat nak join. 

Ya la.. nak kurus tapi dengan cara yang sihat! Dan boleh diaplikasi sepanjang masa.

Kalau yang drastik ni banyak tengok yang akhirnya GAGAL. Malah berat badan jadi makin bertambah berkali ganda pula.. 
Nau'zubillah...


Apa lagi yang BEST tentang program Now Everyone Can Kurus (NECK) ni?

1) Ada hadiah untuk peserta yang berjaya! Hadiah utama WANG TUNAI RM1000!!, hadiah kedua & ketiga pun ada gak.. 
2) Turunkan berat badan secara berjemaah. Lagi syok dari buat sorang2
3) Support Group di FB/Telegram
4) Ada PERSONAL TRAINER akan guide, coach dan monitor cara yang betul dan berkesan untuk turunkan berat badan. Boleh makan NASI tau :)

BEST ke BEST??

101 IMPIAN & MATLAMAT
Saya rasa bersyukur program ni datang pada masa yang tepat. Memang saya ada tulis dalam senarai 101 Impian & Matlamat saya untuk turunkan berat badan dan capai berat badan ideal pada bulan Jun 2015.

Mungkin ini jawapan dariNya? :)

Masa terbaik untuk kurus dan sihat adalah 10 tahun lepas. Dan masa kedua terbaik adalah SEKARANG!

Nak join sekali? Nak kurus sihat?
Mulakan langkah pertama anda..


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

No comments:

Post a Comment