Wednesday 21 January 2015

Ammar Naufal is 2 : Birthday Tema Bola

Assalamualaikum dan hello :)

Kek ni dibuat sendiri dengan penuh kasih sayang :)
AMMAR NAUFAL 2 TAHUN
Ahad baru ni balik kampung. Alang buat majlis hari lahirnya. So alang kepalang famili masing-masing balik kampung, tumpang sekalilah sambut birthday Ammar Naufal. 

Ammar Naufal dah pun berumur 2 tahun pada 14 Januari 2015. Syukur Alhamdulillah... Ummy doakan Ammar Naufal diberi keberkatan usia, keberkatan rezeki dan dalam perlindungan Allah setiap masa.. 

Birthday Ammar ni plan pun agak ad hoc. Niat nak buat dah ada tapi kurang yakin sempat buat atau tak. Nak pulak Husna, Aliff dan Ammar sekaligus kurang sihat, demam dan muntah-muntah (angin). 

Tapi gigihkan juga sebab nak simpan kenang-kenangan anak-anak.. 

Gambar famili dulu :)
Disebabkan masa pun suntuk, decide buat birthday tema bola sepak aje.. throwback birthday party Aliff Rayyan tahun 2012. Fikir-fikir sebab masa tu masing-masing famili dah ada jersi bola, so guna semula aje lah.. Jimat!

Birthday Aliff Rayyan tahun 2012
KEK BOLA DAN D.I.Y GOODIE BAG
Kek buat sendiri, goodie bag pun DIY sendiri je.. simple aje tapi memang seronok buat untuk anak-anak.. Lagipun anak-anak suka nak tolong, ambil bahagian nak tolong ummy ni.. So untuk isi goodie bag, memang bagi kat Husna, Aliff dan Ammar buat. Kalau ikutkan, nak deko kek pun diorang nak tolong buat tapi sorilah.. tak dapat ummy nak bagi.. nanti lagi lambat nak siap!


DIY goodie bag
JERSI BOLA ANAK-ANAK
Time cari jersi Harimau Malaya yang lama tu, boleh pulak tak jumpa. Aduhaii.. biasa ade aje.. time nak guna tak jumpa. Terpaksa juga la cari baru. On the way nak balik ke KP tengok ada pasar malam kat Paya Jaras baru nak buka. Singgah la cari baju untuk anak-anak. 

Sebab awal lagi sampai dalam pukul 3 lebih, penjual tu pun baru nak pasang khemah pasar, terpaksa la tunggu sampai dia siap. Dekat sejam kot berlegar-legar kat pasar tu. Beli jersi murah aje.. Dapat beli jersi Kelantan aje untuk Husna, Aliff & Ammar. Saja beli jersi Spain ni sebab saiz paling kecil, tengok muat pulak dengan Zara :)

Kat pasar malam dapat la RM10 sepasang (dulu dapat RM8). Tapi adik beli jersi kat kedai borong di Tanjong Karang dapat RM5 sepasang..kain lagi elok lak tu.. ciss..

Amani Zara pun ikut tema tau :)
Since Ammar pun baru 2 tahun, dia belum pandai sangat nak bergaya depan kamera. Keras aje.. Mungkin juga still ngantuk sebab dia dipaksa bangun tidur sebab nak start majlis hihii.. Ok lah.. layan gambar aje lah... 



Huru hara gak nak susun kanak-kanak ni bergambar :)
Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sporting walaupun last minute plan. Korang memang terbaikkk!! 



Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

2 comments:

  1. cantiknya kek naufal....pandai ummy dia buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. dah lama tak buat kek.. belum tahap pro tapi boleh la sikit-sikit.. :)

      terima kasih amirah sudi 'ziarah' disini :)

      Delete