Thursday 27 March 2014

Berjaya Membuat TAKOYAKI :)

Assalamualaikum...
Tak pasti bila..
Tiba-tiba je terasa nak cuba..
.
.
.
T.a.k.o.y.a.k.i

First time try di Sushi King Aeon Jusco Rawang
Oklah jugak..not bad...

sumber : google

Lepas-lepas tu teringin lagi..suruh husband belikan kat situ, asyikla lupa walaupun memang dia dah ke Aeon Jusco tu..

Masa gi Midvalley dengan ofismate, jumpa stall Tako Tao.  Try yang isinya udang.. Okla jugak..

sumber : google

then minggu yang sama gak gi Sushi King Ikano nak jugak takoyaki Sushi King...  sebab masa tu cam teringinnnnn sangat..

Kesimpulan yang dibuat, yang Tako Tao tu ok lagi kot sebab ade fish flake & serbuk seaweed tu.. lagi menarik rasanya...

Bila husband bawa gi Tesco Ara Damansara, dia belikan takoyaki lagi.. inti ayam.. hmm macam tak berapa kena je rasanya... tapi ingatan en.suami tu amat dihargai :)

Pastu kemaruk pula gi google cara nak buat takoyaki, resipi takoyaki, mana nak beli takoyaki maker dll...
Selepas banyak survey.. akhirnya...

Bila husband tiba-tiba minta belikan barang kat Lazada [klik sini], terus masuk sekali beli takoyaki maker brand TRIO hehe...




Resipi takoyaki ambil dari LittleJapanMama [klik sini]






Perfect Crisp Takoyaki Batter Recipe (26 - 30 biji)


Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung (atau1 Tbsp katakuriko - tak tau ni apa jadi guna tepung jagung lah :))
2 biji telur (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk dashi atau serbuk stok/kiub ayam (saya guna kiub ayam)
3 tsp kicap/sos soya Jepun (saya guna kicap cair)

  1. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam mangkuk sederhana besar.  Gaulkan dengan menggunakan pemukul telur (whisk).
  2. Tambahkan telur, serbuk dashi/stok ayam dan 1 cawan air.  Gaulkan sehingga sebati/licin/ tiada gumpalan tepung.
  3. Tambahkan sos soya dan baki 1 cawan air. Sebatikan.
  4. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.  Sediakan bahan lain/inti pula.
Bahan inti :
Octopus - direbus dan dipotong kepada 26 bahagian (saya guna sotong biasa aje, tak jumpa octopus lagi)
Daun bawang - hiris nipis
1~2 Tbsp beni-shoga (halia jeruk merah) - saya tak guna
Saya tambah hirisan kobis bulat..


Bahan hiasan atas:
Sos Takoyaki (atau Sos Okonomi atau Tonkatsu) - tak guna sebab tak jumpa
Mayonis Japanese - saya guna Kewpie
Katsuobushi (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga.. asalnya tak  jumpa so guna seasoned seaweed aje, hancur-hancurkan..

Cara nak buat nye saya tengok youtube je.. oleh runnyrunny999



Nak bagi crispy/ garing, drizzle minyak kat celah-celah acuan tu sambil takoyaki tu dimasak..








Dalam pembikinan... :)... disarankan buat sambil duduk-duduk.. saya buat sambil berdiri kat kitchen counter top (nak elakkan Ammar mengacau).. tapi mak aiii sakit pinggan den :)









Siap!! Mula-mula takat buat satu batch aje.. tapi sekejapan dah habis.. Buat balik lagi satu batch :).
Mula-mula buat ni tak jumpa Ao-nori/ serbuk seaweed kat Jusco Rawang.  Later terjumpa kat Jusco Sunway Pyramid.  Tapi sampai sekarang tak jumpa sos okonomiyaki.takoyaki tu..


Takoyaki ni khas untuk Ammar.  Intinya hanya kepingan cheddar cheese :)



Kakak Husna & Abang Aliff berebut nak suapkan Ammar tersayang.. 
Saya tak rasa yang inti cheese ni tapi husband kata sedap :)

Puas hati dapat buat sendiri dan makan sebanyak yang mahu hehe :D


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Wednesday 26 March 2014

Soya : Baik atau Buruk??


Assalamualaikum..

Hmmm nampaknya makanan harian kita banyak juga yang bersumberkan dari soya..

Macam tauhu, tau foo fah, tempeh, taucu, malah termasuk juga kicap soya.. Memang tak lari lah kan...

Memandangkan soya bukan sesuatu yang asing dalam menu kita, maka kita perlu ambil peduli tentang soya itu sendiri... Di pasaran sekarang ada soya yang dikategorikan selamat dan ada yang tidak selamat..

Camne nak tau???


Jom kita tengok checklist di bawah.. ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?

Jom kita tgk checklist Soya yang selamat....Adakah kacang soya kegemaran anda…



Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.

Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?

 


Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.

Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat..



… dari Shaklee, Energizing Soy Protein!

PROMO ESP TINGGAL 5 HARI SAHAJA!!!  tamat daa :)


Bukan itu sahaja, ia juga sangat bagus untuk
penyusuan susu ibu!


Berminat? Hubungi kami hari ini untuk membuat pesanan.
Nak dapatkan harga murah dari harga pasaran? Jom daftar kehalian Shaklee anda bersama kami.. Keahlian seumur hidup :)



Saturday 22 March 2014

Tak ambil kisah kepentingan vitamin semasa hamil.. kesannya?..(kutanggung sendiri..huhuu)

Assalamualaikum...

Perkongsian dari blog Dr. Zubaidi :)

Jenama susu terbaik untuk wanita hamil

11/02/2014
By
pregnant woman milk

“Salam doktor. Saya sedang hamil sulong dua bulan, bolehkah doktor cadangkan jenama susu yg terbaik bagi ibu hamil?”

Wa alaikum mus salam.

Saya merasakan bahawa tidak ada keperluan untuk wanita hamil minum susu tepung berjenama kerana jika mereka boleh mengambil susu segar yang puan boleh beli dari pasaraya besar. Minum susu segar adalah lebih baik.

Namun begitu puan telah mengambil pemakanan yang seimbang, beserta dengan suplemen lain seperti kalsium, omega 3 dan multivitamin, tidak perlu puan minum susu lagi.

Jadi bagi menambah kalsium dalam pemakanan puan, selain dari pemakanan yang seimbang dan mendapat kalsium dari pemakanan seperti daging, puan mempunyai dua pilihan untuk menambahkan kalsium.

Jika puan mengalami alahan pada susu atau mengalami ceret-beret selepas mengambil susu segar atau susu tepung, puan boleh mengambil tablet kalsium.

Namun tablet kalsium boleh menyebabkan sembelit.  Bagi wanita yang mengalami masalah sembelit yang kuat, boleh mengamalkan mana-mana jenama susu tepung untuk wanita hamil atau meminum susu segar.

Bagi mereka yang mengalami ceret-beret, alahan susu atau sembelit perbanyakkan makan daging merah sebagai sumber protein dan kalsium.

Wallahu a’lam.

 ...................................................
[PENGALAMAN SAYA]


Pengalaman saya masa mengandung Aliff pada tahun 2009, entah kenapa memang amat amat tak suka nak telan apa-apa ubat/ vitamin sama ada yang klinik bekalkan atau beli sendiri..  dari mula mengandung, asid folik ke obimin ke calcium ke.. memang tak makan.. malas sungguh… 

Terbuang saja.  Saya bagitau nurse still ada banyak baki vitamin tapi dia cakap dah masuk dalam pakej bersalin.. So nak tak nak memang kena ambil saja-saja je asid folik/ vitamin tu…

Saya tahu semasa hamil memang penting untuk ambil kalsium secukupnya.. Untuk elak kekejangan, gusi berdarah dan baby pun akan ‘ambil’ kalsium dari ibu… so memang tau sangat.. cumanya entah eh… malasss…


Sudahnya saya merasai kesan kekurangan kalsium tu berlarutan sehingga selepas bersalin pun… Saya mengalami sakit lutut yang teramat sangat dan tak boleh berjalan/ berdiri lama sebab akan menyebabkan tumit kaki saya sakit yang terrrr amat sangat..

Bayangkan, masa tu umur baru je 27 tahun tapi nak turun naik tangga saya terrrpaksa berpaut pada susurtangan (handrailing) untuk mengurangkan tekanan direct pada lutut dan kalau nak berjalan.. kadang2 kena jalan berjingkit-jingkit sikit supaya tumit tak sakit.. Kalau berjalan di shopping complex memang lagi laaa… kejap aje dah cari tempat duduk.. sebab tak tahan sakit kaki.. Solat pun dah ala-ala orang tua sakit lutut, nak sujud tu kena 'turun' tangan dulu kat tempat sujud then baru turunkan lutut perlahan-lahan.. sakitnya sakitnyaaa.... huhuhu..

Tapi saya baru 27 tahun.. bukan 72 tahun tau?... Malu sungguh rasanya… huhuuu…

Masa tu la baru fikir camne nak buat..
Fikir punya fikir punya fikir…
Cari maklumat.. baca… study..

Kesimpulan yang saya dapat mungkin memang kesan dari kurang pengambilan kalsium..
So selepas tu saya terus pergi branch Shaklee untuk beli vitamin terutamanya kalsium…
(dulu dulu namanya Calcium Magnesium.. sekarang dah tukar jadi Ostematrix.. )

Dan saya mula taat amalkan vitamin kalsium dalam pemakanan seharian…
Syukur Alhamdulillah… saya tak ingat masa bila sakit-sakit lutut & tumit tu hilang sepenuhnya.. tapi hingga kini memang takde masalah tu…

Ok tu cerita 5 tahun lepas..

Untuk kehamilan seterusnya, saya dah belajar dari pengalaman...

Untuk kali ini saya ambil Set Kehamilan Shaklee (Full Set) memandangkan umur yang dah makin banyak ni (baru 32 tahun jerr punn :)), ditambah dengan Ammar yang masih mahu menyusu badan (walaupun perubahan hormon merubah banyak jumlah pengeluaran susu badan) dan tugas dan amanah sebagai pekerja, isteri dan ibu, saya perlu komited menjaga kesihatan saya..

dan yang PASTI saya memilih suplemen Shaklee untuk tujuan itu.. :D


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thanks for reading! :)

Nak dapatkan produk Shaklee lebih murah dari harga pasaran? 
Jom daftar keahlian Shaklee anda bersama kami.. Keahlian adalah seumur hidup :)



Monday 17 March 2014

Al-kisah.. sejarah saya dan Shaklee... & Family Wellness Set

Assalamualaikum,

Alkisahnya sejarah saya bersama Shaklee ni dah laaaamaaa… Mula-mula kenal Shaklee ni bila mak saya jadi Authorised Distributor nya.. hmm masa jaman old skool dulu2.. sekolah rendah ke sekolah menengah eh? Lupa pulak…

Saya pula mengenali Shaklee secara mendalam pada tahun 2004.  Saya diperkenalkan kepada Shaklee oleh rakan seuniversiti saya.. mula-mula rasa berat hati nak join member.. tapi setelah saya baca pelbagai maklumat tentang syarikat, sejarah Shaklee dan kebaikan produk-produknya, maka saya pun join member…

Sepanjang tempoh 2004 hingga sekarang, saya masih setia menggunakan produk Shaklee.  Malah, kalau saya nak beli/cari apa-apa vitamin pun, memang saya akan cari Shaklee.  Kenapa? Saya percaya dengan jenama ini..dan saya telah rasai kebaikannya..

Selama ni saya memang tak pernah nak share kat orang pun tentang produk Shaklee..  saya fikir, takpe la.. banyak lagi orang boleh share… Selfish? Mungkin… tapi entah bagaimana, baru-baru ni Allah bukakan hati saya untuk berkongsi dengan orang lain kebaikan produk Shaklee..

Okay, Set yang memang saya gunakan selama ini adalah Family Wellness Set (Set Kesihatan Keluarga).. Malah set ni boleh dikatakan 'mesti-ada' dalam set-set lain cth: set hamil/menyusu/kesuburan dll.

Selain itu, saya juga mengambil  Ostematrix & Alfalfa.

Family Wellness Set.. Apa yang ada dalam set ni?



ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Vita-Lea® Iron Formula

Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Sustained Release Vita-CTM 500 mg

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

PROMOSI ESP MAC 2014!!  dah tamat :)




Dengan setiap pembelian Set Promo BELI 6 PERCUMA 1, anda layak mendapat
PENJIMATAN SEHINGGA HAMPIR RM400 !!!
(Terms and Conditions Apply)

1) SPECIAL MEMBERS' PRICE
2) FREE SHAKLEE MEMBERSHIP (Worth RM65)
4) CASH BONUS

Thanks for reading! :)