Thursday 18 December 2014

Jalan-jalan Pulau Pinang : Holiday Inn Batu Feringghi

Assalamualaikum dan hi :)

Semoga kawan-kawan semua dalam limpahan rahmat Ilahi :)

Pulau Pinang kami datang :) ~ source: Google
PULAU PINANG

Awal Disember lepas, saya ada urusan kerja di Pulau Pinang. Sementelah cuti sekolah, husband nak bawa anak-anak ikut sekali. Usai selesai kerja bolehla nak bawa mereka berjalan-jalan.. Tapi silap planning pulak. Rasanya kali ni berjalan banyak ikut 'selera' kami UmmyAyah. Banyak keluar cari makan aje.. Maklumlah ramai yang kata Pulau Pinang ni syok makanannya. Tu yang lebih excited cari tempat makan aje.. 

So aktiviti bukan apa yang anak-anak nak.. macam main pantai/ kolam. Hmm terasa agak  bersalah gak.. In syaa Allah nak usahakan untuk aktiviti yang mereka nak buat pulak lepas ni. Go go fighting Ummy!! :)
peta Batu Feringghi
THE HOTEL : HOLIDAY INN BATU FERINGGHI

Kami bermalam di Hotel Holiday Inn Batu Feringghi. Ni hotel bos-bos yang pilih. Ingatkan dekat tapi adui, boleh tahan jauh gak. Okay actually taklah jauh sangat dari Georgetown.. dalam 17km je.. err jauh gak tu kan...

Hotel  ni memang facing pantai. Kalau nak suasana tenang aman damai, aktiviti pantai, memang sesuai duduk kat Holiday Inn ni. Dapat pulak bilik kat Beach Wing + Beach View. Memang terbaik :)

link bridge
Hotel ni ada Beach Wing dan Feringghi Tower yang dihubungkan dengan satu jejantas. Mula-mula di offer bilik kat Feringghi Tower. Tanya staff hotel, katanya berjalan dalam 4 minit lah. 

Tapi saya dok belek-belek gambar-gambar dari Google, nampak agak jauh jugak untuk anak-anak nak jalan kaki dari bilik ke cafe/ kolam/ pantai yang terletak di bangunan Beach Wing. So saya pilih aje lah bilik di Beach Wing + Hill View (view tak nampak pantai). Orang dewasa memang jalan 4 minit, kalau bawak anak-anak umur 2 - 7 tahun dengan jalan terkedek-kedeknya, mau jadi 20 minit hihii..

Dari jejantas nak turun tu ada tangga, susah pulak kalau nak angkut stroller semua. Even ada yang saya tengok pelanggan tak guna pun jejantas tu. Semua pakat melintas je jalan raya. :)

Okay jom tengok apa yang ada kat hotel ni. Tapi ni apa yang saya sempat singgah lah.. Tempat-tempat/ amenities lain saya tak ada lah masuk kat sini sebab tak guna/singgah :)

Pemandangan depan hotel Beach Wing
BILIK 225

Kami duduk di tingkat 2, non-smoking floor. Ada option nak bilik dengan 1 katil double atau 2 katil single. Saya pilih bilik dengan 2 single bed. Maklumlah 'askar' ramai kan :)

Ruangan depan pintu lif
walkway. bilik kami hujungggg sekali :)
Bilik kami no. 225. Hujungggg sekali. Bukak je tirai tingkap, facing betul-betul jejantas/ link bridge tu. Alhamdulillah.. keputusan nak upgrade bilik ke Beach Wing tu memang tepatt! :)

the room
Bilik pada saya dan husband, adalah amat selesa dan pleasing. Err adakah saya bias sebab saya suka warna coklatt?? hehe.. 



Bilik dikira hampir lengkap. Chiller, sterika, iron board, hair dryer, safety box, sejadah. Alhamdulillah, semua keperluan yang SAYA PERLU, mencukupi :)

MASALAH NAK  BEKUKAN ICE PACK DI HOTEL

Cumanya dari pengalaman saya outstation sana-sini, kalau hotel 4 star ke atas, memang yang ada chiller lah.. kalau 3 star, ada mini fridge yang ada compartment kecil untuk freezer. So kalau ibu-ibu menyusu yang nak mengepam ni kenalah ada freezer nak bekukan icepack kan.. So bila bilik hotel hanya ada chiller ni, terpaksa la tebalkan muka jumpa staff kat cafe/reception untuk tumpang freezer hotel untuk bekukan icepack.

Ikut pengalaman saya, kalau nak minta hotel bekukan icepack tu kena bagi awal-awal. Let say petang ke.. lepas habis kerja di luar. Sebab bila bagi malam dan nak guna the next day pagi, icepack yang saya dapat memang tak beku sepenuhnya lah.. So tak tahan lama sejuknya. Untuk persediaan, better bawa extra icepack, so boleh rotate penggunaannya. Hari ni guna icepack A, esok icepack B. So boleh simpan extra lama dalam freezer hotel.


Ammar suka betul buka tutup chiller ni. Sama aja lah perangai dia kat rumah.

TOILET

Toileteries.. Ok jugak. Lengkap lah pada saya. Towel pun lengkap set 3 helai seorang guest. Bagus bagus.. 





PANTRI

Saya suka mug dan gelas yang disediakan kat 'pantri' ni. Puas hati kot nak  bancuh kopi bagai. Berbanding cawan cinonet yang hotel-hotel lain selalu guna tu.. Mula-mula tak perasan pun kat mana teh/kopi nya. Rupanya ada drawer kecil bawah mug tu hihii..


Hai Zara.... Ok ni saja je ambil gambar terbalik :)


KIDS CLUB

Kids Club. Ni kat level lobi. Berhampiran kolam kanak-kanak. Saya tak tengok sangat dalam ni. Tapi apa yang saya baca dari info kat luar bilik ni, Kids Club ni untuk kanak-kanak kalau tak silap 4-12 tahun kot. Anak-anak kat sini buat macam-macam aktiviti dalam tu. Ada servis babysitting jugak, kalau tak silap rm10 sejam cuma tak pasti umur berapa kanak-kanak untuk babysitting ni.. 


CAFE

Tak snap gambar makanan kat cafe.. Err segan sikit hihii... Tapi benda yang paling kami suka kat cafe ni adalah Coffee Machine hihii... Yeahh dapat minum espresso, cappucino hari-hari dalam mug hijau yang besar dan comel tu :)

Makanan kalau ikut feedback kami, memang tak lah banyak pilihan sangat. Tapi dari segi rasa, ok. Sedap la juga... :)


KOLAM RENANG

Ni kolam renang. Nak berkubang dalam ni macam tak berani sangat. Karang terserempak dengan bos-bos acaner.. hihi.. Kolam untuk kanak-kanak tak nampak kat gambar ni. Tapi kecik sangat lah rasanya... 

kolam renang

aiseh... Zara meragam pulak
PANTAI

Hotel ni memang betul-betul tepi pantai. Tapi yang Beach Wing ye.. bukan Feringghi Tower ya.. Lepas breakfast boleh jalan-jalan tepi pantai..


Kat pantai ni ada aktiviti sukan air juga. Para sailing, jet ski, banana boat, speed boat ride dan fishing trip.

Harganya seperti berikut :
Para sailing - RM80 seorang
Jet ski - RM140 (30 minit) atau RM70 (15 minit)
Banana boat - RM25 seorang (minimum 3 orang)
Speed boat ride - RM120 (30 minit). Setiap bot 6 orang
Fishing trip - RM250 (3 jam). Setiap bot 8 orang.


para sailing

Ok, jemput jamu mata aje lah gambar-gambar yang ada ni..





oh pantai


Hehe.. itu aje la.. tak rajin nak taip dah.. gambar-gambar pun dah ok kan.. Kan orang kata picture speaks louder than words.. :D

Taraaa...

*Ni cerita tentang hotel aje.. Next entri cerita tentang makan pula ye :)


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


1 comment:

  1. penang memang best...kalau gi sana suka makan nasi kandar dan rojak pasembor...

    ReplyDelete