Friday 21 November 2014

10 Tips Kawal Keguguran Rambut Selepas Bersalin Secara Semulajadi

Tolong! Tolong!
Baru je bersalin tiba-tiba rambut luruh dengan dahsyatnya! Apa nak buat ni??

Sikat je rambut gugur
Syampu pun rambut gugur gak
Mandi pun rambut gugur
Pegang rambut sikit pun rambut gugur lagi..
Arghh tension nya!!


Ok, mula-mula tarik nafas dalam-dalam dulu.. ok.. lepaaaasss..hihii.. :)

Masalah keguguran rambut memang tak lari bagi ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya orang tua-tua kata kalau baby start menyembur-nyembur/ main dengan air liur, banyaklah luruh rambut maknya. Tak taulah dari mana datang 'fatwa' ni :).

Saya pun bila keguguran rambut lepas bersalin ni, rasa gerun juga. Mana taknya, sampai nipis betul rambut. Kalau dikira-kira bilangan helaian rambut yang gugur, mau beratus-ratus helai agaknya.

Mak saya pun pernah tegur, “Kenapa rambut ko ni nipis sangat?? Sampai nampak kulit kepala dah ni”.  Tak terjawab masa tu, sedangkan asalnya rambut saya agak lebatlah juga..

Siap pernah terdetik dalam hati, ada penyakit kronik ke..
Astaghfirullah… Wal iyyazubillah…

KEGUGURAN RAMBUT? IANYA NORMAL KE TIDAK?



Perkara ni memang biasa sebenarnya. Dalam 50% ibu-ibu memang akan hadapi masalah ni termasuk saya juga. Masalah ni sepatutnya hanya sementara sahaja okay, bukan sepanjang hayat. Ia dipanggil Telogen Effluvium atau postpartum hair loss. (ops berbelit lidah menyebut :))

Masa kita hamil, hormon estrogen kita tinggi jadi rambut jarang gugur. Tapi bila kita dah bersalin, hormon akan kembali ke asal jadi mana-mana rambut yang sepatutnya gugur sebelum ni (tapi ditangguhkan 'kegugurannya' selama 9 bulan), luruh dengan super banyak dan boleh kata sekaligus!

Terpaksalah bertahan ye ibu-ibu.. selalunya ambil masa sehingga 12 bulan juga untuk rambut kembali tebal seperti asal.

So nak buat macam mana ye? Sebab memang tak boleh elak!

Disini saya kongsikan beberapa tips dan semula jadi/ natural remedy yang lebih murah, lebih semulajadi dan lebih mudah! Boleh cuba dan kongsikan pada rakan-rakan lain okay :)

10 TIPS KAWAL KEGUGURAN RAMBUT SELEPAS BERSALIN SECARA SEMULAJADI

1. ELAKKAN TEKANAN



Tekanan memang sumber banyak penyakit sebenarnya. Lepas bersalin memang lebih stress sebab banyak perubahan pada rutin hidup yang biasa. Ye lah, dah ada tambahan ahli keluarga kan? Tapi cuba elakkan. Nanti lebih banyak rambut gugur.

2. JENIS GAYA RAMBUT YANG PERLU DIELAKKAN



Elak gaya rambut yang 'menarik/menegang' rambut contohnya ikat tocang, ikat ekor kuda etc. Rambut memang senang luruh/putus walaupun setakat usap kepala aje.

3. MAKAN BANYAK BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN



Kekalkan diet pemakanan yang sihat. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi flavinoids dan antioksidan yang boleh memelihara folikel rambut. Ia juga dapat membantu merangsang pertumbuhan rambut baru.

4. GUNA SIKAT JARANG (WIDE-TOOTHED COMB)



Ia memang mengurangkan risiko telebih tarik rambut dan tekanan pada kulit kepala. Memang sikat kena lemah lembut je, kalau tak, nanti banyaklah rambut yang gugur dan putus.

5. KURANGKAN GUNA PERALATAN PENGGAYAAN RAMBUT



Kurangkan penggunaan peralatan penggayaan rambut elektik contohnya pengering rambut, curling irons, hot rollers (untuk kerintingkan rambut), flat irons (untuk luruskan rambut). Biarkan je rambut tu kering sendiri. Takyah guna alat-alat ni..

6. MASKER RAMBUT DARI YIS



Ada juga pendapat mencadangkan buat DIY masker rambut guna yis (brewer's yeast). Ini kerana yis mengandungi biotin, asid folik dan riboflavin. Boleh cuba juga.

7. BIOTIN



Biotin adalah sebahagian dari keluarga Vitamin B. Biotin sangat penting sebab ia membantu tubuh untuk menghasilkan protein contohnya keratin. Kekurangan Biotin selalunya dikaitkan dengan masalah keguguran rambut, kuku rapuh dan rambut mudah putus.

Kalau nak dapat lebih Biotin, boleh ambil suppliment Biotin 5mg setiap hari.
Boleh juga cuba guna produk penjagaan rambut (syampu/conditioner) yang mempunyai Biotin atau silica.

Dikatakan ia dapat membantu menyihatkan rambut dan merangsang pertumbuhan folikel. Tapi hasil penggunaan produk secara luaran ini tak dapat dipastikan berkesan atau tak. Boleh cuba..

8. AMALKAN PENGAMBILAN VITAMIN B, C, E, ZINC & SELENIUM



Amalkan vitamin/supplemen. Vitamins B, C, E, zinc dan selenium adalah semua nutrien yang diperlukan untuk dapatkan kulit, rambut dan kuku yang sihat. Kalau masa hamil dah mula ambil vitamin, teruskan walaupun dah bersalin.

Kalau ambil vitamin yang memang dikhaskan untuk ibu selepas bersalin, memang lagi terrrbaik sebab boleh penuhi keperluan nutrien ibu tu. Kalau taknak ambil vitamin, wajib pastikan makan makanan yang kaya dengan semua nutrien yang disebutkan.

9. AMBIL ASID LEMAK PERLU (ESSENTIAL FATTY ACIDS) OMEGA 3-6-9



Pastikan ibu-ibu makan banyak ikan yang kaya dengan minyak ikan ataupun paling mudah, ambil supplemen Omega 3-6-9 dari minyak ikan atau flaxseed.

Asid lemak perlu ni bukan setakat untuk kolesterol tapi dikatakan juga dapat menjadikan rambut lebih sihat dan berkilat (shiny).

10. TRIM/ POTONG RAMBUT



Trim hujung rambut yang bercabang. Rambut bercabang bermaksud rambut tidak sihat. Rambut yang tak sihat ni lebih mudah gugur.

Atau.. terus potong rambut jadi pendek. Hah! Ni memang pilihan utama saya. Setakat paras bahu pun okay juga. Rambut pendek lebih mudah diuruskan dan kurang stress pada kulit kepala sebab rambut tak 'berat'. So in syaa Allah memang kurang sikit rambut gugur.

Pengalaman sebelum-sebelum ni lepas habis pantang bersalin je, potong rambut jadi pendek. Kalau rambut panjang memang mudah rambut tu jadi kusut/berpintal dan kalau tersekat sikit kat sikat, mesti putus. Rambut pendek pun untung juga sebab low maintenance kan.. syampu/perapi pun tak perlu guna banyak :)

Itulah di antara tips yang saya perolehi dari pelbagai sumber.  Mana tau ada di antaranya berkesan untuk ibu-ibu yang hadapi masalah ni ;)

Sekiranya kawan-kawan rasa ada kenalan yang hadapi masalah yang sama macam ni di luar sana, silalah “like’ dan ‘share’ ye. Terima kasih… :D

1 comment:

  1. info yang bermanfaat. sy sedang alaminya. anak saya skr umur 4 bulan. risau juga sebab banyak sangat rambut gugur after basuh rambut.

    ReplyDelete