Skip to main content

Resipi : Pajeon (파전) a.k.a. Penkek Daun Bawang

Assalamualaikum dan hi :)

             

Lama tak tempek resipi kan.. sebab sekarang dapur jarang berasap hihii... 

Oklah.. kali ni nak tempek resipi Pajeon atau Penkek Daun Bawang (Green Onion Pancake). Resipi ni dah pernah pun tempek dulu-dulu-dulu masa tahun 2011 hehe.. Takpelahkan..Ulang tayang.

Pajeon tahun 2011
Pajeon ni memang kerap buat kat rumah. Husband dan anak-anak suka. Kadang-kadang memang request masak pajeon ni bila taknak
makan nasi. Mengenyangkan juga dan disebabkan masakan Korea ni mostly tak guna banyak minyak macam makanan Melayu, so dikira menu sihat lah kan :)

Ok tanpa membuang masa jom jenguk resipinya..


RESIPI : PAJEON (파전) a.k.a. PENKEK DAUN BAWANG
Sumber : Maangchi

Bahan-bahan:
Daun bawang 4-5 pokok
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1 tsp pes kacang soya
1/2 tsp gula
Udang - dibuang kulit dan cincang/dadu

                

Bawah ni gambar pes kacang soya (doen jjang). Kalau tak guna yang ni boleh ganti dengan taucu sebab sama je cuma taucu lebih masih banding dengan doen jjang ni.

             

Cara-cara:
1. Potong daun bawang sepanjang 5inci. Untuk bahagian bebawang yang tebal, belah 2 memanjang dan kemudian potong sepanjang 5inci. Asingkan.

              

2. Untuk batter, masukkan tepung gandum, pes kacang soya, gula dan air ke dalam mangkuk. Kacau dengan whisk sehingga sebati.

              

3. Panaskan 3 tbsp minyak ke dalam kuali non-stick.
4. Susun daun bawang selari jadi bentuk 4segi. (Saya tabur je merata sebab nak bentuk bulat)
5. Taburkan isi udang atas daun bawang.

             

6. Tuangkan adunan batter sehingga rata.

              

7. Sambil masak tu tekan-tekan pancake tu dengan sudip.
8. Bila dah nampak garing, terbalikkan dan masak lagi sampai garing keemasan.
9. Dah siap masak boleh lah hidangkan panas-panas dengan sos nya.

Nota Tambahan :
  • Udang boleh cuba ganti dengan sotong, kupang, ayam.. ikut suka lah :)
  • Kalau buat nipis lagi sedap. So daun bawang pun tak boleh berlapis banyak-banyak.
  • Daun bawang cepat hangus so api tak perlu terlalu besar dan kena cepat-cepat langkah-langkah yang lepas susun daun bawang dalam kuali tu

              

SOS

Bahan:
2tbsp sos soya (kicap cair)
1 tbsp cuka
t tsp gula/madu
Bawang besar (didadu)
Cili hijaun/merah (cincang)
1 tsp bijan (dipanggang)

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecil dan hidangkan.

              


Haritu teringin nak try Pajeon kat Restoran DubuDubu. Lebih nipis dan garing tapi pada saya kurang daun bawangnya.. Dan berminyak sangat kot.. dengan harga pun boleh tahan.. takpelah.. buat sendiri lah lagi puas hihii...

Jangan mare :D


Comments

  1. halal ke kak pes kacang tu?minat...tapi ragu2

    ReplyDelete
  2. Mana nk dpt pes kacang soya tu.... halal ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. logo halal jakim memang takde sbb produk bukan keluaran malaysia.
      kalau tak nak guna ni, boleh ganti dengan miso jepun atau taucu. tapi taucu kita masin sangat, kena cuci dulu kot :)

      Delete
  3. Kalau guna black soy beans boleh tak? Saya nampak warna dia sama saya beli je...Boleh guna tak agak2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Black soy bean tak pasti lah rupa/rasa die.
      rasanya doenjang ni lebih hampir dengan taucu yang dah kisar tapi tak semasin taucu malaysia ni hehe..

      Delete
  4. Mcm mana nak tau doen jjang tu halal atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan/barang import tak ada cop halal jakim. kalau ada cop halal negara pengeluar memang bonus. kalau tak ada boleh tengok senarai bahan. kalau tak yakin, tak perlu guna. saya cadangkan mungkin boleh cuba guna taucu (tapi kena basuh sebab terlalu masin nanti)

      Delete
  5. Pes kacang soya ada jual kt sni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada di kebanyakan supermarket sekarang (aeon big/cold storage dll di bahagian makanan import).

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih besar dan cant…

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …