Tuesday 9 September 2014

Akhirnya.. Berjaya Kawal Eczema Anak

Assalamualaikum :)

Hari ni saya nak share tentang masalah eczema anak rakan sekolah saya. 


Alhamdulillah, anak-anak saya tidak ada yang bermasalah eczema. Cuma bila baca FB wall kadang-kadang ada rakan-rakan yang menyuarakan masalah eczema anak masing-masing. Kesian sungguh bila baca.
all-in-one sleepsuit for eczema kids
Ada anak-anak yang asyik menggaru badan sampai luka-luka. Ada rakan yang terpaksa pakaikan anak baju tidur khas untuk elakkan anak-anak mereka menggaru badan semasa tidur.

Kita yang membaca pun rasa kesian, terganggu, tak selesa.. Apatah lagi anak-anak kecil yang menghidapinya. Lagilah sangat tak selesa. Kalau dapat menggaru sekuat hati biar sampai
berdarah pun tak kisah. Asalkan dapat menggaru.

kurap/ruam susu Aliff Rayyan
Anak saya yang hampir doktor nak diagnos sebagai eczema adalah semasa Aliff Rayyan kecil dan sentiasa ada kurap di pipinya. Mula-mula dianggap kurap/ruam susu biasa tapi bila asyik tak baik-baik, doktor pun mula beri ubat sapu untuk eczema. 

Kesian Aliff bila disapu krim begitu. Nampak macam terhakis pula kulitnya. Mujurlah semakin besar, kurap/ruam susu tu hilang sendiri. Cuma kadang bila diperhatikan betul-betul, kulit pipi Aliff sekarang memang nampak macam berbelak-belak (warna kulit tak sekata). 

Mungkin kesan kulit yang terhakis masa dia bayi dulu.

ECZEMA SEJAK LAHIR

Anak rakan saya ni katanya menghidap eczema sejak lahir lagi. Rakan saya ni menyalahkan diri beliau sendiri sebab katanya alahan/eczema anaknya itu mungkin disebabkan beliau telah memberi susu formula pada awal-awal kelahiran anaknya. 

Nak salahkan beliau pun tak boleh juga. Saya sendiri pun masa anak pertama belum ada cukup pengetahuan tentang susu ibu. Malah masa Husna lahir tahun 2007 dulu, penyusuan susu ibu secara eksklusif pun bukanlah sesuatu yang popular atau diberi sokongan seperti mana hari ini. Untung ibu-ibu sekarang:)

Berbalik kepada cerita rakan saya, anaknya beliau perhatikan memang mudah dapat ruam dan kulit kering terutamanya di bahagian pelipat, siku, peha, lutu, leher dan belakang badan. Kalau salah makan lagilah bertambah teruk eczema anaknya.

Hari-hari menangis dan tak lena tidur sebab kegatalan. Sayu hati ibu tengok anaknya begitu. Bila dah mula pandai menggaru, mulalah anaknya menggaru sehingga berdarah. Bila luka begitu, mudah pula dapat jangkitan/infection dan ambil masa pula nak sembuh.

Biasanya doktor akan bagi ubat sapu yang mengandungi steroid dan pelembap. Kesannya memang cepat baik tapi cepat berulang juga. Sama juga macam kes ruam/kurap susu Aliff dulu.

Rakan saya perlu pastikan kulit anaknya sentiasa lembap (tidak kering) sebab kulit kering itu yang menyebabkan kulit anaknya menjadi gatal. Beliau menggunakan krim natural-based moisturizer untuk anaknya dan perlu disapu setiap hari. 

krim steroid
Menurut beliau, krim natural-based ni memang mahal apatah lagi kalau khas untuk kegunaan pada kanak-kanak. Namun beliau berkorban untuk memastikan anak beliau tidak mendapat kesan sampingan jangka panjang akibat penggunaan krim steroid.

UJIAN ALAHAN / ALLERGY TEST

Ada pelbagai penyebab seseorang boleh mendapat eczema. Ada yang alahan pada habuk, makanan laut, ayam, produk tenusu dan macam-macam lagi.  

makanan yang boleh menyebabkan allergi
Kalau kita tak tahu, apa yang kita alah, kita boleh menjalankan ujian untuk kenalpasti. Malah kiranya ada anak-anak yang eczema, saya pun cadangkan untuk jalankan ujian ini. Ada yang sebut 'patch test'. Sebab ia banyak membantu ibubapa untuk uruskan alahan anak.

Macam rakan saya sendiri memang jalankan ujian RAST Test (Radioallergosorbent Test) untuk anaknya yang eczema itu. Hasil ujian ini, rakan saya dah tahu anaknya alah terhadap dust mites, shrimp/ seafood, chicken meat, ikan bilis, egg white, cow's milk, peanut.

Fuhhh... banyakkan benda yang anaknya tak boleh makan? Kesian pula kan... 

patch test
Tapi sebagai ibu yang prihatin, tentulah dengan hasil ujian ini rakan saya dapat mengawal dan memantau makanan anaknya kan? Cuma yelah, bila anak makin besar, nak halang pun kadang-kadang tak terhalang. Nak pulak yang memang dah boleh ambil/beli sendiri. Lagilah tak dapat nak kawal. Sudahnya kalau termakan benda yang tak boleh, jadi tergaru-garu balik lah nampaknya :)

PENYELESAIAN ALTERNATIF

Bila nampak kemungkinan yang beliau tak dapat nak kawal pemakanan anaknya, rakan saya mula mencari apa-apa alternatif yang boleh membantu mengawal eczema anaknya. Dan yang paling penting mestilah natural-based yang selamat tentunya.

Rakan saya ni memang pengguna produk Shaklee iaitu set bersalin tapi memang hanya beliau yang makan. Tak pernah terlintas pula beliau nak beri vitamin Shaklee pada anaknya.

Tapi selepas membaca testimoni pengguna lain, rakan saya telah memberikan anaknya Set Kanak-kanak iaitu Mealshakes, OmegaGuard, Vitalea Kids dan Chewable Vita C.


Syukur Alhamdulillah, menurutnya selepas 3 bulan memberi vitamin set kanak-kanak Shaklee pada anaknya, memang nampak perubahan positif.

Antara perubahannya, anaknya sudah jarang terjaga malam kerana kegatalan berbanding dulu akan terjaga setiap hari. Malah kalau termakan kek (alahan pada telur), kesan eczema 1-2 hari dah hilang. Kalau dulu bila naik eczema teruk, ambil masa 1 minggu untuk sembuh.

Syukur Alhamdulillah.. walaupun tidaklah pulih/hilang eczema sepenuhnya lagi, tapi perubahan positif itu memang menyenangkan hati rakan saya suami isteri.

Sehingga sekarang rakan saya masih lagi terus konsisten memberikan Set Kanak-kanak Shaklee untuk anak-anaknya.  

ANAK SAYA PUN SUKA :D

Set Kanak-kanak ni saya turut berikan kepada anak-anak saya. Bukanlah untuk mengawal eczema pun. Cuma yang saya perasan, anak-anak saya sudah jarang perlu dibawa ke klinik sejak mengambil Set ini. Kalau dulu setiap bulan mesti ada 'lawatan' ke klinik kanak-kanak :)

Alhamdulillah...

Anak-anak sihat..
Hati ibu bapa tenang..
Keluarga ceria, gembira, bahagia :)

Betul ke betul?? :D

No comments:

Post a Comment