Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Idea Deko : 56 Inspirasi Deko/ Hiasan Ruang Bawah Tangga

Assalamualaikum dan hello :)
Saja-saja tengok balik gambar-gambar dalam external harddisk nak delete mana-mana gambar yang 'boleh' delete.. Terjumpa balik folder idea-idea deko/ hiasan rumah. 
Saya memang suka google cari idea untuk deko-deko ni walaupun tak semua sesuai dengan rumah sendiri mungkin dari segi kos atau keluasan yang terhad.. tapi inspirasi tu yang penting :)
Since saya ingat nak clear kan sebahagian besar hard disk, saya rasa kalau simpan dalam blog pun ok jugak kan.. Later bila perlukan idea semula dah tau nak cari kat mana. Lagipun boleh share dengan pembaca blog juga.. kot dapat gak sikit 'saham' pahala sharing :) (in sya Allah)..
IDEA DEKO RUANG BAWAH TANGGA
Ok, kali ni saya nak share ni adalah idea deko khas untuk bawah tangga. Kebiasaan rekabentuk rumah yang mempunyai tangga ni, bawah tangga tu mesti dijadikan ruangan menyimpan barang atau biasa orang gelar stor.
Jaranglah kan ruang bawah tangga dibiarkan kosong. Tapi ni saya jumpa rumah yang bawa…

3 Petanda Apabila Kucing Datang Tiba-tiba

Assalamualaikum..

Suatu hari ketika aku sedang makan di sebuah kedai makan, tiba-tiba datang seekor kucing ke mejaku.
Kucing itu mengiau-ngiau sambil menyondol-nyondol kakiku.. Arrghh rimasnya..
Kucing itu memandangku dengan harapan.. untuk dapatkan sedikit makanan.. Ya, kucing itu lapar dan sedang meminta makanan denganku.
Aku angkat muka dan pandang sekeliling.  Banyak lagi meja lain. Tapi kenapa kucing itu memilih mejaku? Kenapa tak meminta pada orang lain?

Testimoni Pengguna Shaklee Collagen Powder

Assalammualaikum, Kebelakangan ni banyak sungguh produk yang mengandungi kolagen.. Ada coklat kolagen, minuman kolagen, rumpai laut kolagen dan macam-macam lah.. 
Kenapa tiba-tiba ramai yang sangat prihatin dengan kolagen ni? Apa yang best sangat ?
KOLAGEN DAN KECANTIKAN
Kolagen ni sinonim dengan KECANTIKAN. Dan biasanya kecantikan kulitlah kan.. 75% dari kulit kita adalah terdiri dari kolagen. Dengan mempunyai kadar kolagen sihat yang tinggi akan menjadikan kulit kita lembut, gebu, awet muda, dan kulit yang sihat. 
Tubuh kita memang dah ada kolagen sejak lahir lagi. Itu salah satu sebab kulit baby sangat halus, mulus, lembut, gebu dan lain-lain..
KOLAGEN MEROSOT MENGIKUT USIA
Tapi berita kurang baiknya adalah, kuantiti kolagen merosot mengikut peningkatan usia disebabkan pengurangan pengeluaran kolagen oleh tubuh dan kerosakan pada kolagen sedia ada.
Oleh itu, kulit kita makin berusia akan jadi makin

Senarai Peniaga/Kedai Online Yang Menipu Pelanggan

Assalamualaikum...
Just nak share apa yang rakan univ saya share di whatsapp group kami.  Ia tentang info pekedai online yang telah menipu ramai pembeli.



FENOMENA ONLINE BUSINESS
Sayang sekali.. online business adalah suatu yang sangat menguntungkan pada zaman sekarang.
Saya sendiri lebih suka beli barang secara online. Selain dari penjual di Malaysia, saya juga pernah beli barang dari Turki, Singapura dan US.
Cuma yang kurang best beli dari luar adalah

Hikmah Dari Seguni Paku

Assalamualaikum..

Kita manusia tak lari dari sifat marah. Biasalah dah nama pun manusia kan?.

Malah nabi juga telah mengajar kita bagaimana untuk mengawal marah. Tatkala marah kita sedang berdiri, maka kita perlu duduk. Kalau sedang duduk, kita berbaring.

Marah itu bersifat seperti api dan api asalnya dari neraka. Maka untuk memadamkan api kemarahan itu kita perlukan air. Maka jika kita marah, kita disarankan untuk mengambil wudhu' untuk mengawal marah.

Saya nak kongsikan kisah bagaimana seorang pemuda yang pemarah akhirnya dapat mengawal sifat pemarahnya..

KISAH PEMUDA YANG PEMARAH

Alkisahnya, ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pemuda ini terlalu mengikut nafsu

Asyrani Husna - Selamat Hari Lahir

#Throwback

Assalamualaikum..

Tahun ini hari lahir Husna disambut masa saya masih berpantang. Hari lahir Husna adalah pada 26 Ogos lepas iaitu 3 hari selepas kelahiran Amani Zara pada 23 Ogos 2014.


Beza tarikh Asyrani Husna dan Amani Zara hanya 3 hari.. Tahun-tahun akan datang memang confirm sambut bersama lah birthday mereka berdua ni :)

Alhamdulillah..

Walaupun tak dapat buat majlis yang sempurna, dapat juga buatkan majlis simple kecil-kecilan untuk sambut hari lahir Husna.

Since ummy nya tak boleh nak gerak ke mana-mana, just main

Jom Main Masak-masak - Sosej Roll

Assalamualaikum.. 
Saje-saje bila scroll gambar-gambar dalam FB Album, ternampak gambar ni.  Aktiviti masak-masak dengan Husna. Buat Sosej Roll aje pun :)
Masa ni Husna baru 3 tahun tapi minat sungguh masak-masak ni..
Jom tengok! Mana tau, boleh jadikan idea untuk aktiviti anak-anak kawan-kawan :)
JOM MAIN MASAK-MASAK BERSAMA CHEF HUSNA - BUAT SOSEJ ROLL


BAGUSNYA AKTIVITI BERSAMA ANAK-ANAK
Husna memang suka la menolong kat dapur (or actually menyebok). Kalau ikutkan ummy die ni tak berapa suka budak-budak

Akhirnya.. Berjaya Kawal Eczema Anak

Assalamualaikum :)
Hari ni saya nak share tentang masalah eczema anak rakan sekolah saya. 

Alhamdulillah, anak-anak saya tidak ada yang bermasalah eczema. Cuma bila baca FB wall kadang-kadang ada rakan-rakan yang menyuarakan masalah eczema anak masing-masing. Kesian sungguh bila baca. Ada anak-anak yang asyik menggaru badan sampai luka-luka. Ada rakan yang terpaksa pakaikan anak baju tidur khas untuk elakkan anak-anak mereka menggaru badan semasa tidur.
Kita yang membaca pun rasa kesian, terganggu, tak selesa.. Apatah lagi anak-anak kecil yang menghidapinya. Lagilah sangat tak selesa. Kalau dapat menggaru sekuat hati biar sampai

8 Kaedah Mengejutkan Bayi Dari Tidur Untuk Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum dan hi!..
Dah ada new baby ni pastilah tak lepas dari cobaan-cobaan (cabaran) semasa penyusuan susu ibu. Memang untuk saya sendiri penyusuan susu ibu walaupun untuk anak keempat, belum pernah lagi  'smooth' aje.. Memang ada sahaja cabarannya..
Di antara cabaran yang memang dihadapi untuk semua anak-anak saya semasa bayi adalah kesukaran untuk mengejutkan mereka dari tidur untuk menyusu.  Memanglah macam bonus besar bila baby tidur lama kan. Banyak benda boleh buat hihii...

Tapi dalam memastikan 'supply' susu yang mencukupi untuk target penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun, penyusuan kerap 8-12 kali sehari itu amat penting di awal-awal kelahiran baby. 
KENAPA BAYI SENTIASA TIDUR?
Di awal-awal kelahiran, baby memang kerap tidur dan biasanya lama. Ada banyak faktor yang menyebabkan bayi tidur je dan tidak mahu bangun untuk menyusu.
Di antara sebab-sebab bayi sentiasa tidur adalah : Proses kelahiran yang panjang dan ibu diberi ubat bius/penahan sakit.  Semasa…

Akhirnya... Amani Zara Nama Diberi :D

Assalamualaikum dan hello! :)
Diam tak diam dah 12 hari berlalu selepas kelahiran puteri saya yang ke-4.  Entri sebelum ni [Bila Baby A Bercerita] iaitu pada masa usia kandungan mencecah 38 minggu 4 hari, Baby A memang belum keluar lagi. 
TUGAS HAKIKI
Sungguh la kot, baby memang sangat bertoleransi dan bertimbang rasa untuk biarkan ummy nya senang hati dan lapang sikit fikiran selepas habis semua Audit Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) pada Jumaat 22  Ogos lepas. Siap datang closing meeting lagi hihii..
Alhamdulillah, BSFJ tak terima sebarang NCR. Malah OFI pun paling sedikit berbanding Bahagian lain dalam CKS. Lega lah juga kan? Kalau tak, banyak pula nak menjawab ke pihak atasan hihii...
JOM BERKENALAN DENGAN BABY A :D
Nama Baby A kami, UmmyAyah ikut je pilihan KakakAbang baby A. So nama yang dipilih adalah Amani Zara binti Abdullah
Amani : Cita-citaku, ketenanganku Zara : Puteri

Jom tengok gambar-gambar Amani Zara di hari pertama kelahirannya :)








Nama : Amani Zara Binti Abdullah Tarikh…